klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, April 12, 2012

Cuti Easter Day


Seperti biasa, ni entri terlepas lagi.. Entri untuk hari Isnin, 9hb April 2012. Kat sini, easter day so pejabat cuti dan kebetulan kat Mondonville ni ada Vide Grenier... Aku ni entah bila la nak citer pasal vide grenier ni, tak berkesempatan lagi. As intro, VG ni sebenarnya macam garage sale laaa. Kalau kat UK, orang panggil car boot sale. So, seawal pagi ni, aku sempat buat sebiji kek dulu, pineapple upside down cake. Then, aku bersiap2 untuk ke  ke VG dengan jiran depan rumah, kak Yah dan wife ADA yang kebetulan datang dari Paris bercuti ke Mondonville ni.. Karang ada pulak yang tanya amendanya ADA tu... Well, it stands for Assistant Defence Atache.. Okey, back to VG.. Jalan-jalan kat VG, sempat la sambar satu dua benda termasuk tea set.. Gambar2 berkenaan VG akan aku kumpulkan untuk entri VG di suatu masa dan ketika kelak... hehehehe.
with Kak Mala




Harris, Ain and parent







 



Balik dari VG, aku terus masuk dapur. Goreng mee, goreng samosa yang aku buat malam tadi dibantu oleh anak sulungku, Shuhada. Aku ajak famili ADA sarapan dulu kat rumah. Kebetulan, masa tu famili Harris pun sampai dari VG jugak. So, secara tak langsung, adalah acara makan-makan. Habis makan-makan tu, aku dan famili berjalan beramai2 ke vide grenier semula, jenguk2 apa2 yang patut sambil jamu-jamu mata. Balik dari VG, famili Izan pun dah sampai begitu juga famili Zabidah yang terpaksa singgah ke rumah kak yah dulu sebab aku tak sampai2 rumah lagi. Aku goreng satu round mee lagi sambil berkumpul ramai-ramai, bersembang-sembang... Alhamdulillah dan terima kasih atas kesudian sahabat-sahabat berkunjung ke rumahku ini. Next entri, aku akan sharekan resepi pineapple upside down cake yang aku buat pagi tadi.

3 comments:

Mamasya said...

Salam Harlena.seronok bila berkumpul gini....sembang sambil makan2 tambah dgn xtvt ke garage sales...lagi meriah.

Nieza said...

bestnyer kak...mesti boleh shopping brng murah tu kan. dapat berkumpul ramaix2 tu pun dah best:)

Harleena Kassim said...

mamasya, mmg best sembang sambil makan2, mengeratkan silaturrahim.. Tapi the best is garage sales laaa.. hehehe

Nieza, kat sana tak ada ke garage sale?