klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Wednesday, April 18, 2012

upside down pineapple cake

tergaring la pulak...
Jom kita belajar buat upside down pineapple cake.. First time makan, kat rumah seorang sahabat di sini, rumah Dr Siti tapi keknya dibuat oleh seorang sahabat lain, kak Zizah. Memang sedap kek tu. So, aku pun search kat internet untuk dapatkan resepinya. Ngikut tekak aku, sedap lagi kek yang kak Zizah buat dari version yang aku dapat kat internet ni. Anyway, aku kongsi gak resepi yang aku dapat dari web simple resepi.com. Nak tengok versi orinya, boleh klik sini: -- Pineapple Upside Down Cake Kat bawah ni, aku dah translatekan resepinya ikut pemahaman aku...

Pineapple Upside Down Cake
Bahan-bahan:
Topping
1 cawan gula perang
1/2 cawan butter (unsalted) - aku pakai ajer butter yang ada..
1 tin nenas hiris (dlm tin)

Cake
1 1/2 cawan tepung serbaguna
6 sudu besar tepung kek
6 sudu besar serbuk badam
3/4 st baking powder
1/2 st garam
1 3/4 cawan gula kastor
1 cawan butter (room temp)- (kalau diconvertkan, dalam 226 gm butter)
4 biji telur (A)
3/4 st essen vanilla
3/4 cawan sour cream

Cara-Cara:
1. Mula-mula, kita buat topping dulu. Campurkan gula perang dengan butter dan cairkan dengan api sederhana hingga gula hancur dan kelihatan adunan berbuih. (dalam beberapa minit).
(Bila gula mula hancur, jangan kacau).
2. Tuang campuran gula+butter dalam loyang non stick berukuran 10 inci.
3. Susun nenas atas lapisan caramel..
4. Panaskan oven ke suhu 170 C.
5. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, serbuk badam, baking powder dan garam. Gaul rata.
6. Dalam mangkuk berasingan, putar gula dan butter hingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar setiap kali telur dimasukkan.
7. Masukkan pula esen vanilla dan putar hingga sebati.
8. Masukkan bahan-bahan kering di selangselikan dengan sour krim, putar rata setiap kali campuran.
9. Tuang adunan di atas karamel yang telah disusun dengan pineapple ring tadi.
10. Bakar kek lebih kurang 1 jam - 1 jam 15 minit atau hingga bila dicucukkan lidi, ianya keluar bersih tanpa ada adunan yang melekat.
11. Sejukkan dulu sebelum dikeluarkan dari loyang.

nenas yang disusun atas karamel sebelum dituankan adunan kek

4 comments:

shida said...

sekali bakar daaaaa...huhu

umiyumi said...

Salam kak.. kek ni sedap tak? teringin juga nak buat tapi takut budak2 tak makan pulak. jenuh nak ngabihkan :)

Amie said...

Assalamualllaikum Harleena,
salam kenalan dari kak Amie, follow sini ye

Harleena Kassim said...

Umiyumi, kalau ikut rakan2 yang makan kek ni, katanya sedap tapi rumah akak ni macam biasa, kek tak laku. Kalau teringin, buat 1/2 adunan..

Amie, salam perkenalan..

Shida, boleh try kukus. Lagi moist lah kut..