klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, April 5, 2012

Puding kelapa dan kad dari Finland


Aku nak kongsikan puding yang aku buat 3-4 hari lepas. Aku pun dah lupa exact hari. Tak kisahlah tu, yang penting aku dah lama teringin nak buat puding ni. Macam sedap ajer rupa dalam gambar tu. Yang buat aku fikir 3-4 kali untuk buat puding kelapa ni sebab dua orang anak2 aku memang tak gemar dengan kelapa. Tapi disebabkan tahap keinginan tu dah tinggi, so aku buat juga. Resepi ni aku dapat dari buku masakan LANGKAH DEMI LANGKAH BERSAMA CHEF ANUAR 2.

PUDING KELAPA

Bahan-bahan:
7 biji telur
350 gm gula kastor
1/2 sudu teh essen vanila
300 ml susu segar
200 gm kelapa kering
125 gm mentega cair
50 ml mentega cair untuk melengser
hirisan pic untuk hiasan

Cara-cara:
1. Kacau telur bersama gula dan esen vanila sehingga sebati.
2. Masukkan susu diikuti kelapa kering dan kacau rata.
3. Tuang mentega cair ke dalam adunan dan kacau sebati
4. Lengser acuan dengan mentega cair
5. Tuang adunan ke dalam acuan.
6. Bakar menggunakan teknik double boiler pada suhu 170 C lebih kurang 30 minit.
7. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan. Hias dengan hirisan pic


dalam oven dgn teknik double boiler

baru keluar dari oven

buku masakan chef anuar "Langkah demi langkah bersama Chef Anuar"

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapakn Selamat Ulang Tahun blognya yang ke-2 buat Nieza nun jauh di Finland. Maaf, lambat gi ambik bunga.. Sibuk sokmo sejak dua menjak ni. Anyway, semoga Nieza terus berblogging dan terus berkongsi segala pengalaman di perantauan. Terima kasih jua atas segala perkongsian resepi-resepi yang sememangnya enak dan gambar2 yang mengancam dalam blog Nieza.

Walaupun persahabatan hanya terjalan di alam maya, akak harap, ianya terus berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah, seandainya masing2 telah kembali ke tanahair tercinta, mungkin ada rezeki kita untuk bertemu. Kalau berkesempatan, nak juga jalan2 ke Finland tu. hehehe..  Doa akak semoga Nieza dan keluarga sentiasa dilindungi Allah dan teruskan coretan Our Journey Begins.. Luv u sis..



4 comments:

izahdaut said...

wooww cantiknya puding. sebijik mcm dalam buku tu. sedap

Nieza said...

Assalam kak, memang nampak sedap ni...sama mcm chef buat dah tu. kalau dah cuaca panas ni terasa nk mkn puding jer kan.nanti boleh cuba.

terima kasih kak.sudi ambil kad dan bunga ni. tq atas doa dr akak juga.Sama juga buat akak sekeluarga di perantauan moga dilindungi Allah selalu hendaknya. semoga satu hari nanti kita dpt kenal dialam realiti pula..InsyaAllah.

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Harleena,

Ingatkan buah pelam tadi....cantik dan tentu sedap! Dah masuk spring kat sana?

Harleena Kassim said...

Izahdaut: cantik dan sedap gak bagi yang suka kelapa..

Nieza: sama-sama. InsyaAllah, ada rezeki bolehlah kita bertemu face to face.. hehehe

Moh Kembara: Kak, cantik dan sememangnya sedap. Kat sini dah masuk spring. tempat akak pulak?