klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Wednesday, April 4, 2012

Hepi Birthday To Me

Hari ni, 44 tahun yang lalu maka lahirlah seorang Aku yang bernama Wan Harleena Kassim ke dunia ini. Diberi sepenuh kasih sayang dari Umi dan Abah kerana merupakan satu-satunya anak perempuan. Betapa beruntungnya aku rasakan. Kini, Umi telah pergi, yang tinggal hanyalah Abah yang kini berada amat jauh dari mataku. Tapi, biarpun jauh dari mata, tapi sentiasa dekat di hati. Kini, aku bahagia melayari kehidupan di samping seorang insan bergelar suami yang sangat aku cintai, bersama-sama 4 orang cahayamata yang kian hari kian melangkah kaki ke alam dewasa yang kelak akan meninggalkan aku berdua bersama suami tercinta. Alhamdulillah, aku cuba sebaik mungkin menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Doaku sentiasa buat mereka agar menjadi insan yang berguna buat ugama, bangsa dan Negara.

Bukak ajer FB arini, beratus2 ucapan yang aku dapat dari rakan-rakan fb baik yang mengenali aku secara terus mahupun hanya di alam maya. Aku ucapkan ribuan terima kasih buat semua atas ucapan yang diberikan. Aku doakan agar semua rakan-rakanku dirahmati Allah selalu.


Pagi ni, aku dikejutkan oleh bunyi loceng di pintu. Bila aku bukak pintu, ternampak parcel depan rumah tanpa ada sesiapa di situ.. Ku bawa masuk ke dalam rumah. Bila kubuka kadnya, ternyata dari anak2 angkatku di Toulouse. Sungguh terharu rasa di hati menerima jambangan bunga tersebut. Terima kasih semua. Umi turut doakan agar kejayaan sentiasa bersama kalian..


Nak buat kek birthday, tapi tak berkesempatan. Ni tengah update blog, jap lagi nak masak. hari ni, bz day gak sebab anak2 balik tengahari. Then, nak gi sekolah balik sebab Syakirah ada persembahan teater. So, chow for now. Nanti ada masa, aku update lagi..

7 comments:

Nieza said...

Happy birthday kak...alhamdulillah diatas keizinanNya bertambah lagi usia akak hari ni.Semoga hari-hari yg dilalui mendapat keberkatan ilahi selalu..insyaAllah.

izan mama mia said...

hapy besday..mg ceria dan bahagia sll...diberkati oleh NYA

Aku Seorang Pengembara said...

Hepi birthdey Yong...Semoga berbahagia selalu...Bestnye dapat bunge depan pintu.....

tun_telani said...

happy birthday lg sekali kak ina..semoga sentiasa dibawah lembayung rahmatNya

MaryaYusof said...

As salam Kak Harleena,

Happy Birthday! Barakallahufik~

Untungnya ramai org sayang... Dpt bunga lg :)

Terlepas beberapa entry, tgk rendang & kuih seri muka tu...terliur pulak... Nak buat kuih seri muka beras pulut xpernah jumpa kat sini... masih lg xberapa fhm bahasa mrk...hik3...

Skrg di sana nak masuk spring.. mesti cantik2 bunga2 yg berkembangan nnt...bestnye kak :)

man said...

happy besday

Harleena Kassim said...

terima kasih semua untuk ucapan selamat hari lahir..