klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

imej dari jakartaphotoclub.com

Lagi beberapa jam, kita akan meninggalkan 2011 dan memulakan lembaran di tahun baru masihi 2012. Banyak lagi entri2 yang masih belum aku masukkan untuk dijadikan kenangan buat anak2 dan mungkin jugak cucu2ku di masa akan datang. Semoga blog ni akan terus bertahan buat 10 atau 20 tahun akan datang atau mungkin lebih.
Entri akan bersambung lagi dengan kenangan tahun 2011..

Salama tahun baru buat semua yang sudi menjengukkan diri ke blog aku yang tak seberapa ni..

Monday, December 26, 2011

Mangga ngan kuah rojak

Aku rasa, inilah penutup entri aku untuk malam ni.. Keletihan, baru balik dari shopping... hehehehe. Just beli kelengkapan untuk gi main salji, insyaAllah hari rabu ni. Last time pergi masa kat Cauteret dulu (entri still terperap lagi), pakai kasut biasa ajer. Akibatnya, stokin dalam kasut tu pun boleh diperah. Sejuknya, tak yah citer laa. So, ni buat persediaan awal sebelum pergi.

Berbalik untuk entri malam ni, lepas dinner yang anak2 sediakan (meggie goreng.. Sedap. Thanks anak2 umi), aku potong mangga dan buat kuah pencicah. Simple ajer. Malas nak tumbuk so aku potong halus cili api, campur ngan kicap manis sikit dan kicap masin. Campur ngan gula. Lastly but not least, aku cincang2 kacang. Gaul semua bahan. Simple tapi sedap..



Aku dan majalah Nur

Sapa2 kat Malaysia tu, cer korang gi beli majalah Nur keluaran Karangkraf... Bukan apa, ada citer tentang aku kat dalam majalah tu... hehehehe. Aku juga yang tak boleh baca. Berapa lah agak2nya kalau nak suruh poskan majalah tu sampai ke sini. Jom tengok sikit tentang citer tu yang dihantar oleh adik iparku di Malaysia... Gambar tangkap guna bb ajer, so tak berapa clear.. Thanks adik2..








Tiramisu

setelah lama tak share resepi kat blog ni, arini nak share simple tiramisu resepi. Semalam ada kawan dtg rumah. Kebetulan, still ada tiramisu dalam fridge tu, so bagi la Zabidah and Ieyna rasa. Bagi aku, kurang minat sikit versi ni sebab aku guna cream Anglaise dan terasa sangat vanilla flavour tu tapi Za ngan Ieyda kata, sedap... Hehehehe, malu I orang kata sedap.. Chewah, perasan la ko... Anyway, seperti yang dijanjikan pada Zabidah dan ieyna, ni nak share resepi tiramisu..

Dan semalam memang resepi tetamu yang berkunjung ke rumah sebab aku semalam dalam percubaan buat roti peranchis a.k.a baguette.. Kat sini boleh beli murah ajer baguette ni, tak sampai satu euro tapi disebabkan teringin gak nak rasa bugette buatan tangan sendiri, aku buat jugak... Ok laaa. Dalam scale 1-10, aku bagi 4. First time le katakan. hehehehe. Kena try buat lagi ni..

Semalam gak aku buat yorkshire pudding dan aku buat beef stew untuk makan ngan pudding tu. Walaupun namanya puding tapi ni jenis savoury pudding. Boleh ajer nak makan ngan kari ke, sambal ke or stew cam aku buat tu.. Resepi yorkshire pudding ngan roti baguette, di entri lain. Entri ni nak share pasal tiramisu. Aku memang minat gak makan tiramisu ni. Selalu kalau gi KFC kat Blagnac nun, aku selalu mintak tiramisu tapi dalam 2-3 kali aku makan, tak pernah tergerak nak tengok ingredient dia sebab bagi aku, KFC tu halal dan aku ingatkan semuanya halal dimakan oleh Malaysian muslim macam aku ni hinggalah satu hari tu aku tergerak nak baca. Baca punya baca punya baca (tulisan perancis, jenuh nak faham) tapi yang aku faham sekali tentang E-codenya... Tengok2, ada pulak E471. Ya Allah, selama ni tak terlintas nak tengok pun. So, sejak tu, aku tak makan dah tiramisu kat KFC dan sekarang ni, langsung tak makan pun kat KFC sebab dag tak ada halal cert lagi dah...

Back tu tiramisu, aku search dan jumpa banyak versi dan resepi tiramisu ni. Ada yang guna whipped cream yang mana susah juga nak buat sebab kat sini aku still tak jumpa whip cream  yang tak ada E471. Ada resepi pakai telur dan for sure telur tu tak masak. Bagi aku, okey ajer tapi rasanya anak aku tu kalau tau ada telur tak masak, dia tak makan. Dan ada yang guna serbuk agar2 and lastly aku jumpa yang gunakan Cream Anglaise yang senang didapati di supermarket macam Carrefour, intermarche atau mana2lah.. Ni resepinya yang aku dapat dari sini: Arif-France





























TIRAMISU simple..

250 gram cheese mascorponne
1 pek cream anglaise
Gula icing ikut manis (Dlm 1 sudu kecil)
biskut sponge fingers
2 sudu teh nescafe + 1/2 cwn air panas + 1sudu teh gula


Cara2:
1. Putar cheese mascaponne + cream anglaise + gula aising
2. Susun biskut jejari span dalam mangkuk, sira dengan nescafe hingga basah keseluruhan biskut.
3. Lapiskan dengan campuran cheese tadi. Ratakan.
4. Susun lagi biskut atas adunan cheese tadi. Sira lagi dengan nescafe hingga rata.
5. Lapiskan lagi dengan campuran cheese.
6. Ulang step 2 td dan diakhiri dengan adunan cheese di atas sekali.
7. Akhir sekali, ayakkan serbuk koko diatasnya dan hias dengan hirisan coklat.
8. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan... voilla..


bhn2 utk buat tiramisu
susun jejari span dan sira dengan nescafe

2nd layer of span.

lapiskan dengan adunan mascaponne+cream anglaise

Enjoy the recipe.....

Wednesday, December 21, 2011

Royal Albert

hari ni aku dok perabih masa kat laptop sambil jenguk2 royal albert. Amendanya royal albert tu? apalagi, pinggan mangkuk royal albert laaa. Jom jamu mata sat...
nota:- ni aku tengok kat ebay.uk

rege dlm US $69.99 tak termasuk pos



4 keping gambar tu tea set untuk 6 orang... Rege? dalam 70 pound tak termasuk pos... Ada berani ke?
hehehehe
set ni pulak regenya $125 tak masuk pos
Cukup dulu buat hari ni.. Lagi lama aku tengok, naik juling dah mata aku... hehehehe.. Kalau ada kesempatan, baik aku gi london terus, beli kat sana.. Kalau nak tengok lagi gambar2 tu, silalah jenguk ke sini... royal albert



Winter break

Hari ni dah masuk 5 hari anak2 bercuti. Hari ni gak dah masuk 3 hari suami aku gi Sevilla, Spain untuk meeting. So, walaupun winter break, aku dan anak2 dok terperak dalam rumah ajer laa. Hari2 hujan pulak tu. Angin, tak payah citer laaa. Kadang2 dah macam ribut kat luar tu. sabtu depan, baru suami aku balik dari Spain, barulah aku nak plan gi jalan mana2 pun. Cuti pun tak selama as summer break. 3 Jan, anak2 dah kena masuk sekolah balik. Aku plan nak bawak anak2 gi Carcasonne. Aku dah pergi Carcasonne tu tapi gambar2 aku tak share lagi kat blog ni padahal dah pergi masa bulan 3 aritu. Then, aku plan gak nak bawak anak2 gi main salji. Tempat? Belum pasti lagi tapi still dalam France laa. Mungkin tempat yang aku pergi awal tahun dulu or maybe tempat lain pulak. Gambar2 aku gi main salji awal tahun dulu pun, aku tak sempat kongsi dalam blog ni lagi..
Aduuuuhh, baru aku perasan (lama dah perasan sebenarnya) yang aku ni dok ngumpul punya la banyak gambar2 tapi tak masuk2kan dalam blog lagi.. Nampaknya, kenalah masukkan sikit2..


Saturday, December 3, 2011

Muhasabah diri anda

Kekadang terlalu mudah untuk mencari yang tidak benar dari melihat kebenaran.
Adakah kebenaran itu sering terlindung dek satu kesalahan yang muncul?
Sesekali tanyalah kenapa, bukan kepada orang lain melainkan kepada 
wajah yang terpantul di cermin ketika melihat diri sendiri.
Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan perkara-perkara remeh.
Tinggalkan hari semalam dan teruskan perjalanan untuk hari-hari mendatang.
Semoga Allah terus melindungi diri ini dari kebencian 
dan rasa hasad dengki makhluk bernama manusia.







Thursday, December 1, 2011

Cermin2kan Hati Anda...

Cermin-cerminkanlah diri anda pagi2 ni... Pesanan untuk aku sebenarnya...Muhasabah diri, bersihkan hati. Jangan biar hati diselubungi prasangka pada orang lain... Selalulah bersangka baik pada orang lain... Bukan senang nak berperang dengan hati... Selalunya pasti akan kalah. Kalaulah aku boleh jadi sepositif suami aku, tentu hati aku tak akan terasa begini.. Pandanglah semua benda dari sudut yang positif...


Dalam setiap badan manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya. Itu adalah HATI

Tsabit bin Qurah berkata: Kerehatan badan adalah dengan kurangnya makan, kerehatan jiwa adalah dengan kurangnya dosa dan kerehatan lidah adalah dengan kurangnya bercakap.

Berilah setiap kerehatan itu kepada diri, moga kelak hati suci kembali. Jika lalai ubatnya adalah dengan menyedari tugas yang Allah beri, Maka ubatlah hati yang penuh dosa dengan bertaubat kepada ilahi

Kadang2 aku rasa hanya aku ajer yang dok jaga hati orang, takut kalau2 ada hati yang terluka. Cuba sedaya upaya buat orang selesa tak tak rasa kecik hati dalam segala hal... tapi dalam masa yang sama, aku tak rasa orang berbuat benda yang sama.. Maka kekadang, hati rasa kecil sekecil kuman ajer tapi still terasa jauh di sudut hati aku ni... Tapi, biarlah... Terus pandang segala hal dengan positif..
I think, that's gonna be the new me... I'm just me, so accept me as I am...