klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Tuesday, December 28, 2010

Barang dapur

Gula kat rumah dah nak abis. Niat di hati nak cari gula, kalau tidak, besok sarapan ajer la ngan air sejuk. So, dlm pukul 10, keluar dengan suami kesayangan ke kedai untuk beli bekalan dapur sebab 29hb ni, suami aku tak de. Nak ke Paris selama 3 hari untuk urusan kerja.

Aku lupa laa apa nama supermarket yang aku pergi tu. Besar juga, tak perasan ada berapa tingkat. Masuk2 ajer pintu, lalu bahagian yang jual minyak wangi. Kat sini, boleh ajer nak test mana2 minyak wangi. sembur ajer kat badan jenama apa pun. Macam2 jenama ada.

Barang2 dapur ada kat tingkat bawah. Ni antara barang2 yang aku beli.


Seraga penuh barang yang dibeli termasuk sabun baju, saghetti,roti dua buku, buah limau ngan kiwi serta pisang, bihun, fresh milk dalam botol, keropok Lays, cheese ngan thai cili sos..Semua barang yang dibeli tu tak sampai 27 euro. Kalau aku gi maidin beli barang yang sama, rasanya mau dekat 40 hengget. Bagi aku, kira okey laa harga barang2 makan kat sini. (pls don't convert sebab kehidupan disini pun dah guna currency sini). Antara harga barang2....
bihun mahal gak kot, dalam 2 euro
spagheti dalam 67 sen ajer for 500 gm.
 keropok lays ni kalau tak silap mahal gak harga kat Malaysia. Kat sini dalam 1.16 euro
Pisang ni harga standar Mymaidin. 1kg dalam 1.60 euro tapi limau ni 1kg hanya dalam 1.45 euro.


Jenuh gak nak membeli barang2 cam roti or cheese sebab nak kena baca bhn2 dalam benda2 tu.
Lepas membeli barang2 tu, terus balik apartment. Rupa2nya benda yang nak dibeli tak dibeli. Aku lupa jugak nak beli gula.

1 comments:

waniezas said...

mmg murahla kak..