Hari ni, 21hb Dis 2010 tibalah tarikh untuk aku dan Shuhada berangkat ke Toulouse, France. Beberapa hari ni memang aku sibuk gila especially sehari dua sebelum tarikh 21hb ni. Sebelum berangkat ke KLIA, aku sempat diziarah oleh jiran2. Thanks buat kalian yang sudi menjengukku buat kali terakhir sebelum meninggalkan Malaysia buat beberapa tahun.
gambar2 yang sempat disnap bersama2 jiran Nusarhu. Terima kasih buat semua kerana sudi menjengukku. |
Lebih kurang jam 6.45, kami pun berangkat ke KLIA. Aku yang memandu sendiri kereta Matrik dan tiba di KLIA setelah mengeluarkan beg, aku serta adik2 iparku mencari tempat parking kereta. Di dalam KLIA, abangku Jeffry dan adikku serta isterinya telah sedia menunggu. Sebenarnya perasaan berdebar2 sentiasa ada dalam hati memandangkan ini merupakan kali pertama buatku dan anak menaiki kapalterbang. Semasa check in tiket, aku ada menyatakan bahawa aku tak pernah lagi menaiki kapalterbang lantas dia mensyorkan agar aku diberikan seseorang untuk assist aku sehingga menaiki pesawat. Alhamdulillah, kalau tidak rasanya sesat larat aku dalam KLIA tu. Mula2, aku singgah dulu dalam kedai bebas cukai untuk beli rokok dan coklat. Then, kami dihantar ke Golden lounge untuk makan. Aku hanya minum teh tarik dan Shuhada memesan Mocha iceblended. Kami masing2 memesan soto ayam dan mee tomyam. Tom yam punyalah teramat pedas. Terasa pedih bibir ku. Soto pun aku tak berapa nak makan. entahlah, tak berapa lapar rasanya perut ini. Dalam pukul 11.15 wanita yang menjadi assist aku menjemput kami dan dihantar terus ke dalam kapal terbang. Tak sempat nak ambik gambar dalam kapal terbang tapi tahniah buat pramugara dan pramugari yang memberi layanan amat mesra buat kami berdua.
Dalam kapalterbang, kami dihidangkan sate (walaupun aku dan shuhada menolak untuk makan malam). Kami masing2 hanya makan 2 cucuk seorang sebab masing2 terasa pening. Sepanjang malam dalam kapalterbang, aku tak boleh tidur hingga diajak berbual oleh seorang pramugara yang namanya David. Malah dia juga mensyorkan aku minum teh cammomile supaya aku boleh tidur. Aku setuju ajer sebab nampak dia beria2 tapi malangnya aku minum teh dalam terpaksa sebab teh tu teh herba tanpa gula. Mana aku pernah minum teh tak bubuh gula. Aku ni kan hantu manis.. Jenuh gak aku minum tapi setakat suku cawan ajer.
Perjalanan dari KLIA ke Amsterdam mengambil masa 13 jam. Tiba di Amsterdam dalam pukul 6.15 pagi dengan suhu -9 C. Turun dari kapalterbang, terus cari tempat untuk check in tiket ke Toulouse pulak. Yang buat aku panik bila wife boss aku, kak Yah tunjukkan tiket untuk dia dan anaknya ke Toulouse. Bila masa pulak Kak Yah dapat tiket ni? Rupanya masa check in kat KLIA, Kak Yah dah dapat dua sekali tiket. Satu ke Amsterdam dgn MAS dan satu lagi ke Toulouse dari Amsterdam dengan pesawat KLM.
Beratur kat kaunter untuk check in, punya la ramai orang. Kat kaunter tu, aku tanya kat mana nak dapatkan boarding pass. Mamat keje tu kata, gi ke kaunter T2 lepas pemeriksaan immigresen tu. Aku tengok kat kaunter T2, mak oooiiiii, punya la ramai orang beratur. Adalah dalam 100 orang agaknya. Nasib baik sempat tanya kat somebody yang bertugas kat situ. Katanya, tak yah beratur kat situ, just pergi kat gate kapalterbang yang nak berlepas tu. Alhamdulillah, dapat gak aku boarding pass tanpa ada apa2 masalah. Jam time tu dlm pukul 8.00am. Agak lama gak nak tunggu next flight. Dalam pukul 9.15, masing2 sibuk keluar untuk naik shuttle bas ke kapalterbang. Time keluar dari bangunan tu, rasa nak beku tangan. Turun dari bas, terus masuk dalam plane. Dari dalam kapalterbang, boleh nampak lapangan terbang Amsterdam putih ajer dipenuhi salji.
Kami tiba di Toulouse dalam pukul 11.45. Yang buat lamanya sebab nak ambik beg. Kat luar, suamiku serta dua anak sedia menanti kami bersama agent yang menguruskan penginapan kami.
Jom layan gambar2 kat airport.
3 comments:
Alhamdulillah... Sampai juga Ina & Syuhada di Tolouse.
Semoga semuanya berjalan dgn lancar di sana.
Jgn lupa tempek gambo2 kat sana ye...
terima kasih Liza. Gambar akan menyusul.
sedih kan nak tinggalkan tanahair?
Post a Comment