klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Friday, December 31, 2010

dah pukul 3.55 am. aku tak tidur lagi ni. Memang jadi burung antu la aku kat France ni. Hari ni nak siap sarapan awal pagi, lepas tu nak terus masak lunch. Pukul 11 pagi ni, keluar lagi dgn Kay dan all the ladies. Nak gi survey perabut kat IKEA pulak. Betapa malasnya aku nak pergi sebabnya AKU TAK MINAT NAK PILIH2 PERABUT NI.

Nak share gambar masa lunch kat Ikea tadi. Masing2 makan ikan ajer sbb tak berani makan ayam atau daging. Penat gak mencari2 barang kat IKEA dan mensnap2 gambar perabut2 kat IKEA ni.
Salmon bersama sayur bayam/french fries/kentang rebus 4 ketul dengan harga 6.50 euro. Soft drinks harganya 1.2 euro atau mineral water Avien 1 euro.

ikan salmon bersama sayur bayam yang tawar.

Antara yang ke IKEA

Dh makan, tray dan pinggan diletak kat sini

 Settle makan dan sebelum gerak untuk ke Alinea semula, sempat singgah di kedai IKEA. Masing2 beli ikan salmon, aku pun beli lah gak sbb harganya mmg murah.
1 kg siap diperap dengan harga hanya 28 euro

Aku tak beli yang ni, aku beli salmon yang tak diperap. Beratnya 500 gm dan dah dipotong 4 potongan dengan harga 8.50 euro.

Masing2 gak beli ROSTI yg merupakan macam penkek kentang. Murah gak.Harganya dalam 1.55 euro untuk 8 kepingan. ni rupanya bila dah dimasak.


Masa kat airport nak ke Toulouse dulu, aku singgah ke duty free shop. DI samping beli rokok, aku beli gak coklat daim ni. 385 gm dengan harga rm42.00. Tapi bila tengok harga kat IKEA ni, punyalah murah coklat daimnya. 400 gm hanya 5.25 euro. Kalau dikonvert pun, harganya still murah. Ni kena masuk list barang2 yg nak dibeli kalau balik Malaysia. Kena beli banyak2 ni.....

4 comments:

waniezas said...

ingat bila dah kat tempat org akak bleh tdo... sama jugak yek akak..

shida said...

bestnyer dpt pilih perabot...ape g kak ina...pilih la yg terbaik punya.....kesian abis tu kak ina still tido ms kt malysia jg ker?..

kakchik@ella said...

Salam kak,

Bestnya saya tgk prjlnan kehidupan akak sebagai Perantau di bumi Allah. Seronok baca kak. Kip on writing ye kak. Nnt ella dtg tgk akak ari2. hihi ..

harleena said...

Wani, shida: bab tidur, sama ajer kt sini or malaysia. Mmg problem.
ella: thanks sudi baca nukilan akak ttg kehidupan di perantauan ni. Salam perkenalan buat kalian.