Hari ni, 13hb Disember 2010. Ada lagi 7 hari untuk aku berangkat ke Toulouse untuk bersama2 dengan suami dan anak2ku.
Makin dekat harinya, makin malas rasanya untuk aku mengemas segala barang2 untuk dibawa pergi dan mengemas rumah yang sememangnya semakin bersepah2. Pagi2 ni, aku dan shuhada ke kedai mamak di bukit jelutong untuk bersarapan. Selalunya aku makan tosei tapi hari ni ubah selera. Nak try puri pulak. Shuhada makan maggie goreng tapi tak makan habis pun sebab sakit perut. Apa lagi, bungkus laaaa. Lepas sarapan, aku terus hantar shuhada ke Kota Damansara, ke rumah Nurisha. Bapa Nurisha ambik alih tugas selanjutnya untuk bawak anak2 ke Berjaya Times Square. Aku terus ke Cosway di Subang Perdana untuk beli beberapa barang, antaranya minyak hitam. Then, terus ke bengkel kereta di TTDI Jaya untuk servis kereta. Lepas servis kereta, aku terus ke Mymaidin Bukit jelutong untuk beli beberapa barang lagi antaranya kopi hang tuah, milo, honey star, rempat segera kari ayam maggie. Semuanya untuk di bawak ke Tolouse. Aku juga mintak kotak kosong untuk kuisi barang2 yg nak di bawak ke sana.
Balik rumah, malas pulak nak mengemas, jadi aku ngadap laptop and tengok tv. Sampailah ke Maghrib, Shuhada mengirim sms mengatakan dalam perjalanan balik ke Kota Damansara. So, lepas ni, aku pun nak ke sanalah untuk ambik anakku balik. For lunch tadi, aku makan maggie goreng tapau breakfast pagi tadi. Alhamdulillah, kenyang gak. For dinner, tak tau la lagi nak pekena apa pulak. Okey, stop dulu. aku nak bersiap2 untuk ambik Shuhada.
Lupa pulak, semalam aku dah gi ambik kereta Atoz kat Auto Destiny dan aku bagi adik ipar aku guna. Untuk apa pun kalau kereta tu ada kat sini, bukan aku boleh pakai pun dua2 kereta sekali.
Monday, December 13, 2010
BORING
Posted by harleena at 12:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment