internet connection slow giler pagi2 buta ni....
Aku masih jetlag ke lagi? Amenda tu jet la?. Sebelum ni aku tak pernah tau pun pasal jet lag. Ye laaa, aku kan tak pernah naik kapal terbang. Kesiannya aku. heheheheh. Tapi sekali dapat naik, terus jauh perginya. Jom kita cek kat wikipedia amenda jet lag tu:
Jet lag, medically referred to as desynchronosis, is a physiological condition which results from alterations to the body's circadian rhythms; it is classified as one of the circadian rhythm sleep disorders. Jet lag results from rapid long-distance transmeridian (east–west or west–east) travel, as on a jet plane.
A helpful way to minimize jet lag is to adapt to the local time and eat accordingly. Also, exposure to sunlight during the day is helpful.
Katanya exposure to sunlight during the day is helpful... Sunlight pun macam bawak diri ajer musim2 sejuk ni.
Akibatnya, inilah jadinya. Orang tidur, aku berjaga ngadap internet. Nak ngadap tv, sepatah haram pun tak tahu amendanya dia mengarut. Siang karang jam 3 petang, mulalah aku nak tidur. Pukul 3 pm kat sini dah pukul 10 malam kat Malaysia. Pukul 6-7, aku pun berjagalah. Masalah besar ni. Kt Shah Alam pun masalah tidur, kat sini pun masalah tidur gak.
Semalam , suamiku ke Paris ngan bossnya untuk urusan kerja hingga hari Jumaat.
Pagi dalam pukul 10, aku keluar ngan Cora, Ira anakku , Wina, Kak Yah dan Ina untuk ke pasar. Beli sayur sikit and juga buah2 sikit. Aku beli gak buah avocado walaupun ada kat malaysia tapi tak pernah rasapun. Kat sini, murah gak avocadonya, dalam 2 euro untuk 4 biji. Yang buat mahal arini sebab aku beli buah laici. Anak dara kecik ni nak makan buah laici la pulak. Cari anggur, hari ni tak de yang murah. Selalunya dalam 2 euro boleh dapat anggur sekilo. Pastu, dia mintak pulak tomato ceri. Tu pun dalam 2 euro gak. masalah time membeli belah ni macam itik cakap ngan ayam la. Nasib baik Cora ada. Pandai gaklah dia cakap Perancis.
limau besar2 ni kalau tak silap, 1 kg dlm 1.50 euro |
laici. sekilo 3.95 euro. |
buah tomato ceri |
mari2 beli buah lai, 99 sen ajer sekilo. |
punya la ramai orang beli buah. |
Tadi kat pasar dah habis dalam sebelas euro. Kalau convert duit Malaysia ni, dah dekat 150-160 hengget dah aku belanja. Mak oooiiii, mahal tu.
Harleena, jangan convert.................... jangan convert.
Mana boleh tak convert, elaun sini belum dapat lagi. Still belanja ngan duit RINGGIT MALAYSIA tau. Aduhhh. Harap2, dapatlah stok ku bertahan 2 minggu. hehehehe.
Ambik kau, berbundut2 beg kita orang, penuh kat belakang tu. |
Beg plastik biru tu nampak cam tahan lasak. Beli masa nak bayar tadi dengan harga 1 euro.
Kalau rosak or koyak, boleh ajer ditukar kat kaunter tu.
2 comments:
bestnyer tgk buah2 tu semua cm segar kn...terliur shida kak ina......ok la semua stil murah g...tapi betul jgn cnvert....klu tu tkt dgr harganya...hehhehe
hahaha..cam kami dedulu ler, nak bei sikit compare ngan mesia punya..alih2 bia dah lama ni..malas nak convert2 dah..pakai ambik jer..
Post a Comment