terima kasih sudi follow

Monday, July 18, 2011

Laptop rosak

Nampaknya seminggu ni aku terpaksa menyepikan diri dari berblogging angkara laptop aku rosak. Semuanya bermula dari link yang anak aku tekan dlm wall fb dia.. Mulanya, laptop tu shutting down sendiri dan kemudian restart gak sendiri.. Berkali2 gitu dan akhirnya terpaksa di off kan suisnya.. Bila dibuka kembali, masalah yg sama berlaku dan di tutp srmula suisnya buat ke sekian kalinya. Akhirnya, langsung window tk boleh buka... Aku dh tk tahu nk buat apa kecuali tunggu keulangan suamiku seminggu lagi.. Moga dia dapat memperbaiki apa2 yg patut. Byk gambar2 kenangan dlm lappy tersebut yg blm diburnkan dlm cd.. Tension2 lbh2 lg buat anak2. Cuti sekolah tanpa lappy. No more malay drama or movies, no more korean movies, no more era rentak music terkini, no more online games, no more fb.... Abis tu, apa la depa nk buat ni.. Nk jln2 cuti sekolah ni pun tk boleh. Tension2.... Mmg abis la iphone aku ni jd rebutan pulak lepas ni...

coconut blossom

lama aku tak kongsi resepi dalam blog aku ni... Kekadang, malas nak tangkap gambar dan kebanyakkan masanya, tak berpeluang nak guna laptop. Hari ni aku nak kongsi resepi yang dah lama aku belajar. Kira citer lama ni yang postnya dah ada kat fotopages aku tapi aku import masuk blog balik... Hari ni aku nak kongsi resepi coconut blossom..
Beginilah rupanya coconut blossom


inti diletakkan di bahagian bawah sebelum dituangkan adunan diatasnya


Resepinya:

COCONUT BLOSSOM
Bahan-bahannya

A
1 kg tepung superfine
250 gm tepung super soft (guna tepung superfine pun ok gak)
950 gm gula kastor
600 ml santan
300 ml air
3 sudu besar ovellette
8 biji telur

B
Pandan paste
Strawberry paste
Chocolate paste
Inti kelapa (dibulatkan) . Inti kelapa serupa dengan inti kuih ketayap.
Mangkuk kertas.

Kaedah membuat:
1. Masukkan telur dalam mangkuk adunan. Kemudian, masukkan air dan gula. Putar sebentar.
2. Masukkan tepung yang telah diayak, ovellete dan putar sebentar.
3. Masukkan santan. Putar sebati. Bila adunan dah bercampur sebati, naikkan speed. Putar hingga kembang.
4. Bahagikan adunan kepada 4 dan campurkan perasa yang ada. Satu bahagian dibiarkan warna asal.
5. Bulat-bulatkan inti kelapa sebesar guli dan masukkan dalam paper cup.
6. Paipkan adunan plain ke dalam paper cup 1/2 penuh. Paipkan pula adunan pandan ke dalam adunan plain hingga 3/4 penuh. Ulang dengan menggunakan adunan chocolate dan strawberry di tengah adunan plain.
7. Kukus lebih kurang sepuluh minit.

 

wajah dan hati yang cantik

A· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.



B· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

C· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
senyum juga merupakan sedekah
D· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

E· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

F· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Saturday, July 16, 2011

Rindu,biarlah ku cuba buang jauh rindu ku ini agar ianya tk menganggu hidupku.

Ketenangan, datanglah kau semula ke dalam hidupku setelah kucampak jauh rindu yang membelenggu diriku..

Ya Allah...Berilah aku ketabahan dan ketenangan dalam diriku bagi melalui hari2 yang mendatang tanpamu sehingga kau kembali semula ke sisiku...

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Friday, July 15, 2011

menu 15 Julai 2011

Dalam malas2, aku ke dapur gak. Menu simple ajer. Hari ni aku buat ayam masak merah ngan sayur bayam tumis air ajer... Jap aku aku masukkan gambar. Sejak ada iphone, semua gambar kat situ, masalahnya iphone aku tu selalu ajer missing in action. Ada ajer anak2 aku yang sambar buat main game atau tatap fb kat situ...

Gambar jap lagi...
ayam masak merah

ni la rupanya sayur bayam kt sini

tumis air ajer

Malasnya

Seorang aku seperti biasa.... bila ajer suami aku outstation, aku mula lah buat perangai. Bukan perangai tak elok tau, tapi perangai buruk. Aku jadi malas. Kalau tidak, aku siapkan sarapan, then makan tengahari. Kalau rajin sikit siap ngan minum petang dan sampailah makan malam. Tapi bila aje suami aku gi jauh, mood aku pun hilang, berubah ikut sekali suami aku tu pergi jauh... Akibatnya, aku jadi malas nak siapkan makan. Sian bapa mertua aku kat rumah ni. Anak2 dara aku pulak tu terlebih rajin masuk dapur... Sian kat aku. Aku jugak lah yang kena masuk dapur. What to do, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Bila settle semuanya, aku lebih suka duduk dalam bilik ajer, guna iphone or baca buku.... Buruk tul perangai aku.... ish3. Sebab tu suatu ketika dulu bila suami aku kata nak mintak gi mission PBB, memang tak rela nya aku.

Tapi tu masa mula2 kena tinggal ajer, bila masuk minggu kedua, aku dah mula aktif. Nasib baik ni kat tempat orang, kalau kat Malaysia merata gak aku boleh jalan. Mengeteh pagi2 kat kedai mamak makan tosei ke, petang2 gi KFC or Mc D ke atau aku akan lepak kat rumah adik ipar aku... Macam2 boleh buat.. tapi kat sini, patah kaki rasanya. Bukan sebab tak de kereta tapi sebab aku tak mahir jalan2 sini dan kena pulak bawak keter left hand drive... Masih takut2 lagi walaupun aku dah sampai ke sekolah anak aku. Siap masa korner tu aku naik atas divider la gak gara2 left hand ni. Tahniah buat aku. Belum lagi dengar suami suami aku jerit suruh ke kanan sini. Tension tau tak bawak keter kalau rasa diri diperhatikan. Kat KL, aku mmg dah terrer kalau hal cilok mencilok ni. Tapi kat sini, lain sikit. Keter pulak dah lah besar Renault Espace Grand....

Ni buat tatapan adik2ku dan sesapa yang rajin jenguk blog aku, aku paparkan my new old car or is it my old new car?   Emmmmmm, anyway..... jeng jeng jeng....

aku sempat snap satu aku gambar. nak aku snap lagi.

Keter ni aku beli ikut iklan cam dalam mudah.com tu. Tapi kat sini linknya http://leboncoin.com.fr
Owner keter ni pak arab. Kat sini, memang ramai gak Pak Arab yg nak jual keter tapi seriusly aku cakap, keter dia condition tu okey ajer lah tapi keadaan dalamnya, mak oiii. Memang tak berjaga. Mula2 dapat keter tu, tak sanggup rasanya aku nak naik. Tapi setelah di makeupkan oleh suami dan anak2, dan dibubuh freshener, barulah ada hati nak naik. Thanks buat anak2 yang tolong vacuum keter dan cuci keter, suami aku siap ganti karpet dalam keter tu.

Thursday, July 14, 2011

pesanan barang2 dari Malaysia

Buat adik2 ipar tersayang, seperti biasa bila ada yang akan kembali semula ke sini setelah balik ke Malaysia, aku pasti akan kirimkan barangan dari Malaysia yang tidak terdapat di sini. Pening gak aku mikirkan apa nak dipesan, lebih2 lagi aku takut tak muat pulak beg suami kesayanganku itu.

Akhirnya aku pun buatlah satu senarai yang panjang. Aku pesan peanut butter, coklat gummy yang mmg tak boleh makan kat sini sbb terdapat dna babi, ragi, ovalet, ubat migraine ku dan banyak lagi... Semuanya dah ku inboxkan ke fb adik2ku.

ni pesanan dari Ira. kalau isinya sikit, belilah banyak bungkus

 Ucapan terima kasih ku ucapkan buat kalian atas susah payah kalian....

Wednesday, July 13, 2011

Missing U

Alarm hp suami aku pun berbunyi menandakan tiba masanya untuk suamiku packing barang2 ke dalam begnya... Jam 5.00 am nanti, aku akan berpisah sementara dengan suami yang akan pulang ke Malaysia untuk urusan tugasnya... Outstation for almost 2 weeks, lamanya kurasakan. Biarpun kekadang aku terpaksa berjauhan dengan suami demi tugasnya tapi aku sebenarnya masih belum dapat membiasakan diriku berjauhan dengannya. Sebaik ajer dia berangkat pergi, aku akan terasa betapa kosongnya hidupku, betapa keseorangannya aku.  Keriuhan anak2 kekadang tak dapat mengubati rasa rinduku pada suami....
Sayang, semoga selamat pulang ke tanahair dan semoga selamat kembali semula ke sini.

coretan ringkas

Jam menunjukkan pukul 11.54 pm, 12 Julai 2011. Hanya waktu ini yang aku punya waktu terluang untuk coretan ringkas aku. Pada waktu2 di siang hari, anak2 ambik peluang menggunakan laptop, maklumlah sekarang ni sekolah sedang bercuti, "summer break"..
Semalam, akhirnya muncul jua "pool man" yang membawa pam baru untuk kolam katak renangku. Setelah pam dipasang, dia memasukkan lebih kurang 1/2 baldi klorin ke dalam kolam. Sekejap ajer, air kolam mula bertukar jadi warna putih dan bau klorin mmg kuat terasa di hidungku. Seronok betul rasa di hati, kolamku tak nampak kotor lagi....

air kolam sebelum dibubuh klorin

setelah dibubuh klorin

Tuesday, July 5, 2011

Berudu Gajah

Sauk punya sauk, Shuhada dapat sauk katak besar. Dibuang dek atuk kat luar pagar. Sauk lagi, dapat berudu. Berudu kat sini, punya la besar, tak macam berudu kat Malaysia tu.. Untuk kenangan sebelum kolam dibersihkan, aku ambik la gambar berudu tu sebelum dicampakkan ke luar pagar...


Rasa2nya, cukup dulu entri buat hari ni. Aku nak gi dapur dan buat cucur udang pulak untuk minum petang.....

Kolam

Hari ni nak citer tentang kolam. Kolam aper tu, of course la kolam renang yang terletak kat belakang rumah aku ni.... Malangnya, tak macam kolam renang tapi lebih pada kolam katak. Mana aku tak panggil kolam katak, rasa2nya adalah 7-8 ekor katak dalam tu. Bapak katak campur mak katak tak kira lagi berudu punyalah besar2.... Jap aku nak masukkan gambar kolam renang cun kat belakang rumah aku ni...

Pergg, air dia mmg macam air kolam ikan. Bau, tak yah citer laaa. Agen tuan rumah tu kata, dia orang akan cucikan kolam tu dalam musim panas. So, dari pindah masuk bulan Mac kami pun tunggu punya tunggu punya tunggu... Kini dah musim panas. Katanya 1hb Jun aritu nak antar orang cuci tapi sekarang dah 5 Julai.. Semalam dia datanglah tengok kolam tu. Pam rosak dan tuan rumah kata orang yang ambik upah cuci tu akan belikan tapi bila tanya orang tu, dia kata tuan rumah akan belikan... Orang Peranchis ni mmg pemalas la agaknya (tak semua, jangan ada yang terasa pulak). Ada ke datang utk cuci 3 kolam datang sorang2, dah tu datang pukul 6 petang pulak tu. Then ada ke dia suruh kita sendiri yang sauk segala kotoran dalam kolam tu. Habis tu, apa kejadahnya upah yang kita bayar kat dia tu... Dah la tak cuci lagi kolam, bulan 8 dah nak puasa. Bila la agaknya boleh mandi dalam kolam ikan renang tu... Ish3.




sauk atuk, jangan tak sauk

atuk dengan kain pelikat tu, jangan cicir dah. heheheh

gambar2 buruh free yang tolong buangkan segala benda yang ada dalam kolam tu....

Monday, July 4, 2011

Entri terlepas-Lawatan VVIP ke Mondonville

15 Mac 2011, 4 hari setelah berpindah masuk, kami akan menerima kehadiran tetamu VVIP yang datang melawat atas urusan kerja.. Malam ni, diadakan dinner tapi di rumah Ketua Team yang terletak berhadapan dengan rumahku. Kami masak beramai2 dan aku terpaksa meninggalkan acara masak untuk menjemput VVIP yang tiba. Setelah itu, kembali semula ke rumah dah bersiap2 untuk acara makan malam... Gambar yang akan menceritakan suasana malam ini...