klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Friday, July 15, 2011

Malasnya

Seorang aku seperti biasa.... bila ajer suami aku outstation, aku mula lah buat perangai. Bukan perangai tak elok tau, tapi perangai buruk. Aku jadi malas. Kalau tidak, aku siapkan sarapan, then makan tengahari. Kalau rajin sikit siap ngan minum petang dan sampailah makan malam. Tapi bila aje suami aku gi jauh, mood aku pun hilang, berubah ikut sekali suami aku tu pergi jauh... Akibatnya, aku jadi malas nak siapkan makan. Sian bapa mertua aku kat rumah ni. Anak2 dara aku pulak tu terlebih rajin masuk dapur... Sian kat aku. Aku jugak lah yang kena masuk dapur. What to do, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Bila settle semuanya, aku lebih suka duduk dalam bilik ajer, guna iphone or baca buku.... Buruk tul perangai aku.... ish3. Sebab tu suatu ketika dulu bila suami aku kata nak mintak gi mission PBB, memang tak rela nya aku.

Tapi tu masa mula2 kena tinggal ajer, bila masuk minggu kedua, aku dah mula aktif. Nasib baik ni kat tempat orang, kalau kat Malaysia merata gak aku boleh jalan. Mengeteh pagi2 kat kedai mamak makan tosei ke, petang2 gi KFC or Mc D ke atau aku akan lepak kat rumah adik ipar aku... Macam2 boleh buat.. tapi kat sini, patah kaki rasanya. Bukan sebab tak de kereta tapi sebab aku tak mahir jalan2 sini dan kena pulak bawak keter left hand drive... Masih takut2 lagi walaupun aku dah sampai ke sekolah anak aku. Siap masa korner tu aku naik atas divider la gak gara2 left hand ni. Tahniah buat aku. Belum lagi dengar suami suami aku jerit suruh ke kanan sini. Tension tau tak bawak keter kalau rasa diri diperhatikan. Kat KL, aku mmg dah terrer kalau hal cilok mencilok ni. Tapi kat sini, lain sikit. Keter pulak dah lah besar Renault Espace Grand....

Ni buat tatapan adik2ku dan sesapa yang rajin jenguk blog aku, aku paparkan my new old car or is it my old new car?   Emmmmmm, anyway..... jeng jeng jeng....

aku sempat snap satu aku gambar. nak aku snap lagi.

Keter ni aku beli ikut iklan cam dalam mudah.com tu. Tapi kat sini linknya http://leboncoin.com.fr
Owner keter ni pak arab. Kat sini, memang ramai gak Pak Arab yg nak jual keter tapi seriusly aku cakap, keter dia condition tu okey ajer lah tapi keadaan dalamnya, mak oiii. Memang tak berjaga. Mula2 dapat keter tu, tak sanggup rasanya aku nak naik. Tapi setelah di makeupkan oleh suami dan anak2, dan dibubuh freshener, barulah ada hati nak naik. Thanks buat anak2 yang tolong vacuum keter dan cuci keter, suami aku siap ganti karpet dalam keter tu.

3 comments:

shida said...

caya la...lawa..besar lgi tuu

harleena said...

Besar tu la masalah sikit kt sini. Jln dh lah sempi2, tempat parking pulak kecik2.

RaNiA said...

bapak besar keta..hehehe...