Hari ni nak citer tentang kolam. Kolam aper tu, of course la kolam renang yang terletak kat belakang rumah aku ni.... Malangnya, tak macam kolam renang tapi lebih pada kolam katak. Mana aku tak panggil kolam katak, rasa2nya adalah 7-8 ekor katak dalam tu. Bapak katak campur mak katak tak kira lagi berudu punyalah besar2.... Jap aku nak masukkan gambar kolam renang cun kat belakang rumah aku ni...
Pergg, air dia mmg macam air kolam ikan. Bau, tak yah citer laaa. Agen tuan rumah tu kata, dia orang akan cucikan kolam tu dalam musim panas. So, dari pindah masuk bulan Mac kami pun tunggu punya tunggu punya tunggu... Kini dah musim panas. Katanya 1hb Jun aritu nak antar orang cuci tapi sekarang dah 5 Julai.. Semalam dia datanglah tengok kolam tu. Pam rosak dan tuan rumah kata orang yang ambik upah cuci tu akan belikan tapi bila tanya orang tu, dia kata tuan rumah akan belikan... Orang Peranchis ni mmg pemalas la agaknya (tak semua, jangan ada yang terasa pulak). Ada ke datang utk cuci 3 kolam datang sorang2, dah tu datang pukul 6 petang pulak tu. Then ada ke dia suruh kita sendiri yang sauk segala kotoran dalam kolam tu. Habis tu, apa kejadahnya upah yang kita bayar kat dia tu... Dah la tak cuci lagi kolam, bulan 8 dah nak puasa. Bila la agaknya boleh mandi dalam kolam
ikan renang tu... Ish3.
|
sauk atuk, jangan tak sauk |
|
atuk dengan kain pelikat tu, jangan cicir dah. heheheh |
gambar2 buruh free yang tolong buangkan segala benda yang ada dalam kolam tu....
0 comments:
Post a Comment