klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, July 18, 2011

coconut blossom

lama aku tak kongsi resepi dalam blog aku ni... Kekadang, malas nak tangkap gambar dan kebanyakkan masanya, tak berpeluang nak guna laptop. Hari ni aku nak kongsi resepi yang dah lama aku belajar. Kira citer lama ni yang postnya dah ada kat fotopages aku tapi aku import masuk blog balik... Hari ni aku nak kongsi resepi coconut blossom..
Beginilah rupanya coconut blossom


inti diletakkan di bahagian bawah sebelum dituangkan adunan diatasnya


Resepinya:

COCONUT BLOSSOM
Bahan-bahannya

A
1 kg tepung superfine
250 gm tepung super soft (guna tepung superfine pun ok gak)
950 gm gula kastor
600 ml santan
300 ml air
3 sudu besar ovellette
8 biji telur

B
Pandan paste
Strawberry paste
Chocolate paste
Inti kelapa (dibulatkan) . Inti kelapa serupa dengan inti kuih ketayap.
Mangkuk kertas.

Kaedah membuat:
1. Masukkan telur dalam mangkuk adunan. Kemudian, masukkan air dan gula. Putar sebentar.
2. Masukkan tepung yang telah diayak, ovellete dan putar sebentar.
3. Masukkan santan. Putar sebati. Bila adunan dah bercampur sebati, naikkan speed. Putar hingga kembang.
4. Bahagikan adunan kepada 4 dan campurkan perasa yang ada. Satu bahagian dibiarkan warna asal.
5. Bulat-bulatkan inti kelapa sebesar guli dan masukkan dalam paper cup.
6. Paipkan adunan plain ke dalam paper cup 1/2 penuh. Paipkan pula adunan pandan ke dalam adunan plain hingga 3/4 penuh. Ulang dengan menggunakan adunan chocolate dan strawberry di tengah adunan plain.
7. Kukus lebih kurang sepuluh minit.

 

2 comments:

Mas said...

wahhh...cantikk apam tu kak...
nampak gebu jerk...

Ida,Japan said...

slm kenal....jln2 sini & follow