klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Tuesday, November 22, 2011

Pagi2 pekena nasi

Pagi-pagi pekena nasi... hehehehehehe, tu tandanya berat badan aku pun makin naik dalam musim sejuk ni... Pagi-pagi seawal 5.45-6.00 am, aku dah bangun buat bekalan untuk suami dan anak2. Semalam, aku masak gulai udang dengan sambal telur.. Bila semua dah keluar ke sekolah, aku pun pekena lah nasi pagi2 sejuk tu. Tengahari sebelum start final bola, aku pekena nasi lagi untuk lunch.
Pagi ni pun sama gak. Pagi2 lagi aku dah bangun untuk masak. Menu pagi ni, daging masak kicap dengan sambal kentang.. dan seperti biasa, aku pun sarapan gak ngan nasi jugak.. Aduihhhh, mana boleh tahan cam ni.. Sehari 3 kali pekena nasi, belum citer roti di antara nasi tu... Ish3. mau naik berat aku 4-5 kg abis winter nanti..

Menu campak2 aku pagi ni....

daging masak kicap
 Tak yah citer la kot camana nak masak daing ni. Sure semua dah tau and lagi terrer kot. Aku pulak, memang tak dak resepi, main campak2 ajer...  aku share sikit la resepi aku ni untuk tatapan anak2 aku nanti. Kot2 nak buat daging masak kicap... hehehehehe.
Mula2, blend la bawang besar, bawang putih ngan halia..
Kentang tu potong2 dan goreng dulu bagi empuk sikit..
Guna minyak goreng kentang tu, goreng daging sikit.. Angkat and ketepikan..
Pastu tumis la bhn yang blend tadi ngan kulit kayu manis ngan bunga lawang sampai berbau harum. Masukkan daging tadi. gaul rata.
Pastu, bubuhlah kicap, air asam jawa sikit.. tambah air sikit and bubuh lada hitam sikit... Masukkan kentang tadi. Gaul-gaul dan akhir sekali, masukkan cili merah yang dipotong2...

Taaaraaaaaaaaa, jadilah daging masak kicap..

sambal kentang
Jom citer pasal buat sambal  kentang pulak... Kentang tadi yang dah dipotong2 kecil tu (Potong macam nak buat wedges). Goreng dulu kentang tu..
Sebelum tu, blend bawang besar ngan cili kering... Kat rumah ni, memang bawang besar dah diblend siap2. begitu gak ngan cili kering. semua dah siap sedia dalam peti ais. Tunggu untuk digunakan ajer.
Asingkan kentang yang dah digoreng tadi..
Tumis cili kering ngan bawang blend tadi ngan sedikit minyak. Goreng sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula..
Bila semua dah seimbang rasanya, campurkan semula kentang goreng tadi. Gaul rata..
Siaplah sambal kentang aku...
Jom makan.....

3 comments:

Nieza said...

kak, sedapnya lauk daging kicap tu...msk simple tapi sedapkan.. saya suka:)

memangla musim sejuk ni buatkan kita lapar jer kan...saya sejak 2thn dok sini berat naik memang berkilox2 la...nk exercise sejukx2 gini lagi ler malas.

umiyumi said...

Salam kak.. sedapnya daging kicap tu isk.. musim2 winter ni mmg selera nak makan nasik kan. tp kami ni bkn takat winter, dah ujung spring nak masuk summer pun asyik nk mkn nasi jugak hehehe

harleena said...

Nieza and umiyumi, simple ajer masak kicap tu. Makan ngan nasi panas, memang tersangat la sedapnya. Kena pulak ngan sambal belacan...