klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Tuesday, November 8, 2011

Sambutan Aidil Adha - 6 Nov 2011

Sambutan Hari Raya Aidil Adha sekali lagi di buat di rumah aku di Mondonville. Asal perancangan, sambutan kali ini nak diadakan di rumah baru Maziana di Colomier tapi malangnya, masih banyak yang blm selesai so program ditukar ke rumah aku. Sekali lagi jugak, aku dengan berbesar hati menjemput kenalan dan anak2 yang berada di Tolouse untuk sama2 meraikan hari raya Aidil Adha kali ini..

Seperti biasa, jamuan raya kali ni pun secara pot luck. Bak kata suami kesayangan aku, ni bukan open house aku tapi open buat utk semua orang sebab masing2 bawak juadah sendiri. Aku hanya sediakan tempat utk berkumpul ajer.. Jamuan aku sendiri, aku sediakan ketupat nasi segera, kuah kacang, rendang dendeng dan pulut kuning serta pulut biasa. Suami aku yang request pulut biasa dan santan pun sikit ajer...
Malam raya pulak, anak2 angkat yang perempuan terdiri dari student2 sini bermalam di rumah aku. Thanks buat kalian yang tolong umi masak hingga ke jam 1.30 am. Malam tu, kami sempat buat chocolate chip cookies. Dapat dua orang anak angkat lagi dari Marseille, Farah dan Sabarina... Kalau free, nanti datang lagi rumah Umi, yer....

Ucapan jutaan terima kasih buat suami dan anak2ku kerana tolong settlekan rumah setelah majlis selesai... Agaknya, aku banyak sangat berdiri dari malam tadi membuatkan aku rasa sakit di bahagian bawah pinggang. Seusai majlis, aku terpaksa berbaring sebentar dan tertidur. Bila aku terjaga, rumah dah selesai di vaccum oleh Hanif dan suami serta shuhada dan syafiqah telah settlekan bahagian dapur. Thanks again...

Malam sebelum tu, aku tak dapat tidur dan pada malam raya pulak, aku tidur dalam pukul 3.00 am dan terjaga dalam pukul 4.30 am. Aku bangun seawal 5.00 am utk masak rendang dendeng dan pulut kuning. Nasib baik malam tadi, dah sempat goreng daging untuk rendang tu. Thanks buat Fara, Riby dan Feeza yang menolong aku dalam proses pembuatan rendang dendeng..
Jom layan gambar2 dari iphone aku... gambar2 ni memang tak ada kat fb..
gambar dari fb Athir

antara jamuan yang ada hasil potluck

antara yang hadir

Sabarina dari Marseille






Athir dari Marseille bersama Ali Hassan

Aku bersama Riby

Nasi Tomato dari Kak Yah

Pulut kuning dan pulut biasa serta kuah kacang dan rendang dendeng











New addition to Toulouse, Abie with my beloved husband



  

All the guys

All the ladies




Antara yang hadir



gambar penutup, anak daraku yang bongsu, Syakirah



6 comments:

shida said...

meriahnyee mesti bestg kn

Name : achoy06 said...

sambutan yg agak meriah ...& makanan yg banyak ..spt raya kt Msia lah pulaK...heheh

ABie said...

Maceh akak & abg pasai jemput saya & achoy. Makanan, suasana & kawan baru sempena raya kali ini - priceless :)

bardboo said...

ala kesian kak ina..sampai sakit2..lain kali jgn buat keja berat2 sgt tau..anyway, thanks atas jemputan..ada makan2 lagi, jgn lupa ajak kami lagi ye..hehe

Pn. Liza Mahmood said...

Wah Ina! Dah mcm kat Mesia aje.. best!

RaNiA said...

Seronoknya kak...saya mmg dah lama2 berangan2 nak pergi france..sampai siap berangan nak dok kat france la..hehehe...