klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, November 10, 2011

Puding roti

Resepi puding roti ni aku berhutang dengan adik ipar aku, Ilia Ahmad. Dah lama dia minta, baru kali ni aku berkesempatan nak kongsi dengan dia dan sesapa yang teringin nak cuba... Puding roti simple ajer, aku main campak-campak ajer.

PUDING ROTI
bhn-bhn:
8 keping roti
butter
500 ml susu cair/susu UHT
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

cara-cara:
1. Sapu roti dengan butter. Gunting bagi kecil (dalam 6 bhg, ikut suka). Masukkan dalam loyang.
2. Pukul gula dengan telur. Masukkan esen vanila. Masukkan susu, gaul sebati.
3. Tuang adunan telur dan susu tadi dalam loyang berisi roti. Biar roti terendam sekejap dalam 10 minit.
3. Bakar atau kukus dalam 45 minit atau hingga lidi yang dicucuk keluar bersih.
4. Kalau nak kukus pun boleh gak.
Jangan lupa sapu butter dalam loyang..


2 comments:

Ilia Ahmad said...

tq kak ina..

RaNiA said...

baru hari tu buat puding roti kat umah member..1st trial..sib baik jadi..tapi lupa plak nak sapu butter kat loyang..hehehe