Salam buat mereka yang sudi menjengok ke blog aku ni.. Sepatutnya entri ni, dimasukkan malam tadi tapi disebabkan aku keletihan, tertangguh ke hari ni.. Ni pun aku bukak laptop kejap ajer, habis update blog, dgn berat hati aku terpaksa memaksakan diri tutup laptop sebab internet memang banyak menghabiskan masa aku.
Semalam, seharian aku tak on kan laptop, memang banyak yang aku buat. Seawal pagi seperti biasa, aku masak nasi, then aku buat sotong masak kicap dan goreng fish finger. Sebaik semuanya keluar ke sekolah dan pejabat, aku settlekan pinggan mangkuk yang banyak kat dapur tu, then aku basuh baju 3 round dan lipat baju 2 raga dan sambung menyambung lipat dari basuhan yang aku dah basuh tadi tu. Then, aku buat kuih seri muka.. Jap lagi aku kongsi resepi. Habis buat serimuka, aku buat pula keropok lekor dengan ikan makerel lebihan aku buat laksa masa birthday Syakirah dulu. Lepas tu kemas laa apa2 yang patut dikemaskan, bilik tidur dan hall serta dapur. Suami aku balik hantar anak2 dalam pukul 16:35 dan terpaksa keluar semula untuk ambil Shuhada dan Syafiqah yang balik sekolah dalam pukul 17:15 pm. Aku pun dengan setia, ikut menemani suami ambik anak2 balik dari sekolah. Baliknya, singgah Lidl Cornebarrieu dan Carefour market kat Mondonville. Sampai rumah, siap untuk makan nasi. Dalam pukul 20:00 pulak, aku siapkan meja untuk minum petang tapi waktunya dah malam. Kiranya makan malam laaa dengan kuih serimuka yang aku buat tu. Keropok lepor aku simpan dalam peti ais untuk aku gorengkan keesokkan harinya. ( pagi ni). Malamnya pula, aku tolong anak aku buat kuih bakar untuk dia bawa ke sekolah. (Resepi akan menyusul nanti).
hi-tea jam 20:00 |
Back to the Kuih Seri Muka.. Ni kali ke-3 aku buat tapi dengan resepi ni, kali pertama aku try. Resepi ni aku dapat dari blog Hairul.com . Bolehlah klik link tu kalau nak tengok resepi asal.
Kuih Seri Muka
Bahan-bahan lapisan bawah:
500 gm beras pulut
300 ml air
250 ml santan (aku guna santan kotak)
3/4 sudu besar garam
4 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
1. Panaskan periuk pengukus
2. Basuh beras pulut. Kemudian campur semua bahan-bahan lain dalam loyang. Kacau hingga rata.
3. Kukus selama 30 minit dengan api sederhana. Tutup tudung periuk dengan kain supaya wapnya
tak jatuh semula atas pulut.
Bahan-bahan lapisan atas:
150 gm tepung gandum
4 sudu besar tepung ubi
4 biji telur
180 gm gula pasir
500 ml santan (resepi asal 450 gm santan)
300 ml air paip
2 cubit garam
pewarna dan perasa pandan (warna ikut kepekatan yang korang suka)
Cara-cara:
1. Sementara tunggu pulut masak, campur semua bahan dalam blender dan blend semua bahan hingga sebati.
2. Lepas lapisan pulut dah masak, keluarkan loyang dan tekan pulut biar padat. Aku gunakan plastik untuk tekan hingga betul2 padat.
3. Tuang adunan lapisan atas dalam loyang berisi pulut.
4. Kukus lagi selama satu jam.
5. Selepas satu jam, bolehlah dikeluarkan dan disejukkan dahulu sebelum dipotong.
Nota: kuih seri muka yang baru masak akan nampak berair dan lembik. Aku guna tisu untuk buangkan lapisan berair di atas permukaan kuih. Jangan risan, once kuih dah sejuk, ia akan jadi keras.