klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, March 15, 2012

Tangkapan pinggan mangkuk

Betapa mengantuknya tengahari buta ni tapi sebelum melelapkan mata jap, aku nak update entri jap. Ni entri semalam yang tak sempat aku update sebab malam tadi balik dah lewat. Ada dua entri tapi aku masukkan satu dulu... Cerita London part 3, nanti2lah aku sambung pulak..

Sejak dua menjak ni, aku alergik sikit ngan pinggan mangkuk lebih2 lagi setelah balik dari London beli set pinggan kat sana.. So, bila dok ngadap komputer ni aku ralit cari pinggan mangkuk kat internet. Laman yang aku guna pulak, yang ni: Leboncoin.fr Bila ada yang aku berkenan, aku pun antar e-mail guna google translator untuk translatekan dalam bahasa France.
Banyak juga e-mail dan sms yang aku hantar. Sampailah dua hari lepas, tiba2 aku dapat panggilan dalam bahasa France.. Gabra jap aku sebab aku tak faham amenda la minah tu cakap. Perkara pertama aku tanya ialah "Parlez vous Anglais?" Aku dah tahu pasti dia jawab non.. So aku balas la balik " Je ne parlez francais" (maknanya aku tak reti cakap french).. hehehehe. Itu ajer antara beberapa perkataan yang aku tahu. Nasib baik aku depan komputer, so aku terus translatekan kat dia katakan yang aku akan suruh kawan aku call dia. "Oui", katanya.. Aku pun terus call Madam Jenny yang mengajar kami bahasa french dan minta dia tolong callkan wanita tadi. So, selesailah segala urusan. Harga yang diletak adalah 80 euro dan aku minta tawar ke 65 euro. AKu terus hantar sms pada dia dan tentukan kat mana nak jumpa ambik barang.. So, petang semalam, suami aku dan anak2 keluar sekali untuk gi ambik barang tu.. Anak2 ikut sekali sebab lepas ambik barang tu, anak2 nak ke sekolah ada Maths Event.. So, jom layan gambar pinggan mangkuk yang baru aku sambar semalam..
baru turun dari kereta. ada tiga kotak kayu semuanya

whole set

mangkuk tureen

ada lebih kurang 84 keping semuanya
mangkuk gula

mangkuk sos
Kesimpulannya, walaupun pada mulanya aku rasa was-was nak beli pinggan mangkuk ni sebab gambar orang tapi bila dah ada dalam tangan, aku memang puas hati. Lebih2 lagi dengan kuantiti dan harganya.. Set ni sama pulak dengan tea set yang aku sambar kat vide grenier tahun lepas.. Ni tea setnya..

Kalau dicampur dua-dua set tu, kuantitinya lebih kurang dalam 111 keping dengan harga tak sampai 100 euro.. Puas hati? Memang puas hati dapat set ni tapi masih tak puas hati lagi sebab aku still nak mencari set pinggan mangkuk lagi... Tamaknya aku.... hehehehe

7 comments:

Aku Seorang Pengembara said...

Salam Yong

65 euro tu murah tu Yong....kat Sogo pun tak dapek hg tu. Memang berbaloi...cantek lak tu...jeles3

Harleena Kassim said...

Memang murah... Tu yang buat makin tamak nak cari lagi.. hehehe

shida said...

kak ina nak 1..hehhehehe lawa la..

iema said...

wahh..cantikla kak ina..

Harleena Kassim said...

amboi shida, order kaaa? kumpul duit dulu tau.. hehehe

iema: cantik ke? tak best sikit sebab gambar orang.. tapi nak gi cari lagi.. hehe

izan mama mia said...

wah cantiknyer...suka lah..set tu..

Harleena Kassim said...

izan mama mia, mmg cantik kan..