klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Tuesday, March 20, 2012

Moist Chocolate Cake

Entri ni sepatutnya untuk hari ahad lepas tapi aku tak sempat nak masukkan. So, kita share hari ni.. Pagi ni memang bz as usual sebab kena buat  coklat kek untuk seorang teman di Toulouse ni, Zabidah namanya. Esok anaknya nak bawak ke sekolah, nak buat jamuan birthday. Dalam pukul 10:00, aku dan suami keluar menghantar Syakirah ke sekolah. Ada drama practice. Lepas tu, terus ke Tournefille.. Apa lagi, vide grenier laaa. Tiba tempat yang dituju, tak nampak langsung ada kalibat vide grenier. Rupa2nya, aku tersalah tempat. Sepatutnya, VG hari ni di Fernoillet. Lalu, kami ke Fernoilet pulak lepas singgah jap kat VG di Tournefille.. Hari ni tak ramai yang berjualan barangan yang menarik minat aku. Okey la dulu pasal VG. Tentu ada yang tertanya amenda VG tu? Nanti aku akan buat entri khas tentang Vide Grenier ni.. So, balik dari VG, aku buat mee dan buat topping untuk coklat kek aku. Buat Sesiapa yang berminat nak buat coklat kek, aku nak kongsikan resepi aku ni.. Bagi aku, memang best laa rasa kek ni sebab dulu masak duduk Kota Damansara, memang aku dok menjual kek coklat ni.. Mohon maaf buat Za sebab  akak ni tak berapa nak pandai deco kek. selalu bubuh ganache ajer, tak pernah lagi tulis2. Tu yang tulisan jadi senget.. Apa-apa pun,  Jom kita tengok resepi kek coklat kukus. Memang moist sesangat.


Moist Chocolate Cake
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 sk soda bikarbonat
(ayak ketiga-tiga bahan tersebut)
2 biji telur
1 cawan gula
1 tin kecil susu pekat manis
1 cawan minyak
1 cawan air suam
1 sk essen vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan oven 170 C dan alas loyang 9 in dengan kertas minyak
2. Ayak bahan-bahan kering. Ketepikan.
3. Putar telur dengan gula hingga kembang.
4. Masukkan minyak, susu pekat dan air suam. Putar sebati.
5. Masukkan essen vanila, putar lagi hingga sebati.
6. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Siap...
7. Tuangkan dalam loyang dan kukus selama sejam. Tutup tudung pengukus dengan kain untuk mengelakkan air menitis atas permukaan kek.

Topping:
100 ml cream
100 gm dark coklat (patah2kan hinga jadi kecil)
sedikit gula aising ikut kemanisan

Cara-Cara:
1. Panaskan cream hingga mula timbul buih2 kecil. (tak perlu hingga mendidih).
2. Tutup api dan masukkan kepingan coklat dankacau rata hingga sebati.
3. Masukkan gula. Kacau sebati. Sejukkan sebentar dan tuang atas kek coklat tadi.

Sudi-sudikanlah mencuba resepi aku ni.. InsyaAllah, menjadi sebab senang ajer cara nak buatnya.

5 comments:

kakchik@ella said...

Kek tu nmpk sedap.

Rtp Farra Arisha said...

so damn much temtping. kirimkan kek coklat yang lezat seperti ini ke jakarta please hiks.

Cekgu Maz said...

sedapnyer....

Harleena Kassim said...

kak chik, bkn nampak sedap ajer tapi mmg sedap..

Rtp Farra, Jakarta tu jauh bangat.. Apa kata Farra buat sendiri. senang ajer..

Cekgu Maz, tq singgah sini. mmg sedap.

misah rahman said...

Nmpk menyelerakn kak leena