klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, March 12, 2012

London & Royal Albert part 1

 Sambil masak, sempat gak aku nak update entri. Bukan baru tapi entri yang dah terlepas. Kisah aku dan famili ke London pada 29 Februari lepas. Tujuan utama ke London, nak ambik keter yang aku beli kat sana dan lagi satu, nak jumpa kawan di Stoke sekaligus, nak beli pinggan mangkuk Royal Albert.. Sebelum datang sini, haram aku kenal amenda tu Royal Albert. Tiba2, bukan hanya Royal Albert ajer tapi aku jadi teruja nak membeli pinggan mangkuk tak kiralah jenama apa pun asalkan MURAH.. hehehe
Wokey, jom citer pasal perjalanan ke London..



Gud bye Toulouse..







check dokumen, jangan ada yang tercicir


easy jet ke London
Kami sekeluarga gi London naik flight Easy Jet setelah search kat internet mana harga yang murah maka dapatlah tiket untuk 6 orang ke London dengan harga tak sampai 300 euro untuk penerbangan sehala.. 29 Februari tu jatuh hari rabu padahal anak2 baru ajer mula sekolah 27 Februari selepas bercuti lebih kurang 2 minggu.. Apa lagi, ponteng sekolahlah jawabnya..

Airport London

Sempat lagi berposing kat car park depan airport Garwick

Flight sepatutnya pukul 10:30 am tapi delay la pulak sampai pukul 11 lebih.  Setibanya kami di London, kami disambut oleh Mr Tariq, pemilik Toho Motor di London tempat nak ambik kereta yang dibeli. Segala urusan kereta selesai lebih kurang dalam pukul 16:30 pm. Bila dah dapat kereta, kami terus ke B & B tempat  penginapan buat malam ni..


Park Hotel di Ilford
B & B ni ada sediakan sekali sarapan dan disebabkan kami ramai, so terpaksa ambik dua bilik. Aku booking ikut Booking.com ajer. Book 2 triple room dengan harga lebih kurang 110 pound. Tapi masa nak register, bilik triple tu rupa2nya kedua2 bilik tu dibangunan yang berlainan. Satu hala ke kiri, satu lagi hala ke kanan. So, aku request kalau ada bilik yang berdekatan, kalau boleh berhadapan atau bersebelahan sebab aku kata anak2 yang akan duduk di bilik satu lagi. So, nasib baiklah wanita yang jaga kat kaunter tu bagi bilik yang berdekatan. Tapi bilik yang berdekatan tu hanya ada bilik famili yang memuatkan 4 orang tapi dia tak mengenakan apa2 bayaran tambahan. Kiranya, bilik famili yang boleh  memuatkan 4 orang dengan 2 katil single dan satu katil double tu letaknya macam kat loteng la sikit. Di tingkat paling atas. Okey laaa. Jadi, semua anak2 tidur kat situ dan triple bed kat bilik aku tu dapatlah kami duduk berdua... hehehehe Malangnya, malam tu aku demam. Huk3, cian kat aku.

Malam ni, kami jalan ke town Ilford untuk cari dinner. Terjumpa la Subway halal.. Apalagi, kat situlah kami makan malam...






Kedai2 kat sini tutup awal gak, so lepas makan kat Subway, kami jalan balik ke bilik. Esok nak kena bangun pagi2. Lepas breakfast, nak gerak ke Stoke on-trent pulak.. Ke rumah kawan dan hajat di hati nak membeli pinggan mangkuk di gudang royal albert..

Nasib baik semalam orang kat kaunter tu kata breakfast kat Park Hotel tu halal. Kalau tidak, makan roti ajer la kami. Pekerja tu siap cakap, don't eat only bread. Eat everything.. Dia pun muslim gak dan dia kata kebanyakkan kedai makan kat Ilford tu halal. Alhamdulillah. Semalam, ada gak ternampak kedai makanan China yang tertulis halal. So, pagi ni makan english breakfast...




Jeng Jeng Jeng.... gambar kat bawah di di parking kereta Park Hotel dengan kereta yang baru diambil malam tadi.. Bersiap2 untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke rmh Puan Fiza di Stoke.


Jom, gerak ke Stoke on-trent pulak dan singgah ke outlet Royal Albert...


3 comments:

m.u.l.a.n said...

waahh.. seronok tu...

shida said...

wahhhhh...lawa giler kete kak ina...heheee....bestnyee dpt jejak jg ke london..hehee

Harleena Kassim said...

M.u.l.a.n: seronok la gak... hehehehe

Shida: best, tak terbayang yang satu hari nanti dpt jejak kaki ke London..