klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, March 26, 2012

Rendang Ayam

Pagi-pagi lagi, aku dah terjaga sebab kunci jam pukul 3.00 am untuk kejutkan suami aku buat keje pejabat yang tak pernah selesai.. Then, aku cuba tidur balik. Tidur-tidur ayam macam biasa.. Dalam pukul 6.00 pagi, aku bangun untuk masak rendang ayam serta masak nasi buat bekal suami ke opis. Juga aku gorengkan fish finger untuk bekal anak2 ke sekolah. Bila semua dah settle dan anak-anak dah gi sekolah kecuali Syakirah sebab sakit perut, aku mula mengadap laptop. Tiba-tiba.......... jeng jeng jeng... Amendanya..

Aku nampak ada benda terbang kat hal aku ni.. Terkejut beruk jap aku. Ada burung sesat dalam hall aku ni. Entah dari mana datangnya, aku pun tak tau. Panik, aku terus ke dapur nak bubuh sliding door dan baru aku perasan, sliding door tu tak tutup. Pagi2 tadi suami aku buka dan lupa nak tutup balik. Aku bukak pintu dapur dan nasi baik burung tu terbang hala ke dapur. Malang betul la burung tu tak jumpa pulak pintu yang terbuka. Tiga empat kali dia terbang langgar sliding yang tertutup padahal hujung sana, terbuka luas sliding tu. Baru aku nak ambik kamera, tengok-tengok, burung tu dah berjaya memboloskan diri dengan meninggalkan najis atas lantai. Aku rasa dia terbuang air besar masa terlanggar sliding tu tiga empat kali.. Cian kat dia...

Ok, berbalik kat rendan ayam yang aku buat. Rendang simple ajer, memang amat sempoi. Anak aku suka makan rendang ni especially Shuhada. Tadi lepas makan dia kata dia suka rendang ni sebab rasa dia lain dari rendang yang orang lain masak. Katanya rendang orang lain masak ada satu rasa yang dia kurang gemar.. Well anak-anak, lain kali nak buat rendang ayam or daging simple style Umi ni, senang ajer. Jom jenguk:

Rendang ayam/daging simple
Bahan-bahan:
ayam
bawang besar+halia+serai+bawang putih+cili kering = blend
santan
daun limau purut (hiris halus)
kerisik
gula merah
asam keping/air asam jawa.



Cara-cara:
1. Masukkan bahan-bahan blend dalam kuali.
2. Masukkan ayam/daging.
3. Masukkan santan.
4. Biarkan mendidih. Bila ayam empuk, masukkan kerisik dan air asam. Masukkan daun limau purut.
5. Tambahkan garam dan gula merah secukup rasa.
6. Masak hingga nampak pecah minyak. Jika nak berkuah, tambahkan sedikit air.
7. Siap untuk dimakan dengan nasi panas..
(aku tak bubuh daun kunyit sebab tak ada, kalau ada, bolehlah hiris2 dan masukkan sekali).

3 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

Assalam..masak rendang ni simple je kan, tapi ramai juga kaum perempuan yg dah bersuami masih tak pandai lagi memasaknya.

akak nak follow balik tak dpt lagi, problem kot.

iema said...

sedapnye..lame dh x mkn kak ina masak..

shida said...

tu la lm tk rasa kaak ina msk..huhu..sedap brg pon simple..selalu ltk mcm2...tpi kdg2 yg simple tu lgi sedap...nk try nnti la...