klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, March 12, 2012

Aku Kembali

Salam buat mereka2 yang rajin menjenguk aku di blog ni.. Rasanya dah terlalu lama aku membiarkan blog tanpa diupdate. Bz tu memanglah agak bz gak tapi aku menyimpan keazaman untuk kembali berkongsi cerita di blog aku ini. Blog yang suatu ketika nanti akan jadi kenangan buat aku dan anak2 tentang cerita pengalaman di tempat orang. Terlalu banyak cerita yang aku tertinggal dan tak sempat dimasukkan. Ada cerita yang dah berusia setahun tapi masih lagi gambar2 dalam simpanan laptop aku ni. Semoga, sedikit demi sedikit dapat kucoretkan kembali segala yang telah tertinggal di dada blog ini kerana aku amat sayangkan segala kenangan yang telah berlalu.
Pagi2 ni, matlamat untuk mengupdate blog tersasar sebentar dek kerana aku asyik dengan youtube Dr Ustas Asri.. Masa kini lebih banyak dihabiskan dengan youtube2 dari ustaz kazim, Dr ustaz Asri dan ramai lagi ustaz2 lainnya.. Pengisian yg penting untuk jiwa aku. Pagi ni, motivasi tentang La Tahzan..

0 comments: