klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Wednesday, March 14, 2012

London & Royal Albert part 2

Selesai sarapan pagi tu, kami terus gerak ke Stoke lebih kurang jam 9.00 am. Sepanjang perjalanan, berkabus dan banyak jalan yang sedang dibaiki. Jadi perjalanan mengambil masa yang panjang gak sebab speed limit sesetengah highway hanya 50 mph.. Kat sini pakai miles per hour dan speed di lebuhraya dalam 70 mph. Kalau ditukar ke km, hanya dalam 110 km. Lebih kurang macam jalan di Malaysia laa. Terasa slow pulak sebab dah terbiasa di France, speed untuk lebohraya adalah 130 km.

berkabus sepanjang jalan

Langsung tak nampak apa2 di tepi lebuhraya

Sampai Stoke lebih kurang pukul 1 tengahari dan terus menghala ke rumah Fiza. Berbanyak2 terima kasih akak dan keluarga ucapkan pada Fiza dan Encik Hamzah atas kesudian menerima kami dan menumpangkan kami bermalam di rumah Fiza.. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan kalian berdua.. Lepas lunch di rumah Fiza, kami mula gerak mencari outlet/gudang porcelain yang merata2 di Stoke ni.. Masa tak banyak sebab kebanyakkan kedai tutup dalam pukul 5 petang. Tempat pertama (kami sesatlah juga walaupun dah masukkan alamat yang diberi Fiza dalam GPS) kami ke outlet Wedgewood/Royal Doulton



sempat snap dua keping ajer gambar dalam outlet tu.. Cik abang aku tu mmg tak suka aku dok tangkap gambar sesuka hati sebab takut orang kedai tu marah.. Ni pun tangkap sorok2.. Aku sempat gak sambar beberapa ketul royal albert ngan royal doulton. Jom cuci2 mata..

set pinggan makan Royal Albert country rose

tea set royal albert bunga country rose


dari belakang pinggan

pinggan makan royal doultan
dari belakang pinggan makan


dessert plate kot


belakang dessert plate
Lepas keluar dari outlet tu,  ingat nak cari gudang Royal Albert yang cik abang pernah pergi tahun 2005 dulu. Katanya, kat situ murah sebab jual barang second... Oooppps, bukan second hand tau tapi second tu sebab tak lepas QC. mungkin ada laa colour salah print sikit atau corak lari sikit tapi memang tak nampak langsung.. Pusing punya pusing punya punya pusing, tak jumpa2 dan akhirnya, ternampak jugak gudang tu sebab cik abang terperasan jalan yang dia pernah pergi dulu tapi sayang seribu kali sayang, gudang tu dah tutup... Hancusss harapan. Tapi tadi masa nak sampai gudang tu, ternampak lak outlet potmerion.. Masa tu dah pukul 5.15 pm. Terus gi situ, kot2 bukak lagi. Nasib baik, still ada 15 minit utk ditutup. Tak beli apa2 kat situ sebab boleh tahan mahal gak. Tak ada sales. Kalau sales, memang murah. Tu yang Fiza bagitau.. hehehe. 
Outlet Potmerion

antara tableware potmerion (Alamak, jari pun masuk sekali... hehehe)
Okey... aku kena stop dulu.. Biasalah, hari ni hari rabu and anak2 sekolah half day.. so, nanti kita sambung citer London lagi..

9 comments:

shida said...

seronok nyeeee..lawa2 onggn dia kak ina beli byk2 jual kt cn hewheeee

Harleena Kassim said...

beli tak banyak la pulak shida... Nak kena gi lagi ni... hehehehe

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Harleena,

Cantik2 bunga pinggan mangkok tu...mesti giler bagi orang yg minat!

Harleena Kassim said...

memang tengah giler pinggan mangkuk pulak ni kak Halima. Moh Kembara... hehehe

Nieza said...

wahh bestnyer kak shopping kat outlet ni..masa saya dok Dhaka dulu ada gi melawat kilang yg buat set royal dulton dan bone china ni.tapi diorang tak leh jual kat pasaran sana sebab diorang eskport ke europe.

shida said...

hehhe ape lagi pgeli ler...hehhe muarah tak kak ina...klu cconvert duit sn...

Harleena Kassim said...

shida, kalau nak convert kena kali ngan 4.. cer kali tengok... hehe

izan mama mia said...

mmg cuci mata baca entry ni...semua cantik-cantik...

Harleena Kassim said...

izan mama mia, thanks sudi baca entri yang ada...