terima kasih sudi follow

Thursday, August 25, 2011

Puding laici

Nak kongsi puding laici kat sini tapi aku mohon maaf banyak-banyak, entah camanalah aku terlupa link kat mana aku ambik resepi ni.


Puding Laici

Bhn2.
11 gm agar-agar serbuk
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici (separuh di potong kecil2 dan separuh lagi buat hiasan atas puding)
1 cawan air laici (dari tin laici tadi)

Cara2:
1. Masak agar-agar dan gula hingga gula hancur.
2. Masukkan susu cair. Biar mendidih sekejap dan tutup api.
3. Masukkan laici yang dipotong kecil tadi ke dalam periuk. Kacau rata.
4. Tuang dalam loyang. Biar sejuk dan masukkan dalam peti ais.
5. Untuk menghidang, potong agar2 dalam pinggan dan taburkan laici di atas puding tadi.
6. Siap untuk dimakan...


Monday, August 22, 2011

kuih kaswi

Aku buat kuih kaswi lagi tapi kali ni aku guna resepi yang lain. Hari tu aku buah kuih kaswi gandum, kali ni resepi dari blog kurniaanmu.blogspot.com
Dengan resepi ni, aku dapat kaswi yang kenyal gitu.... Anak aku siap cakap "umi buat dodol ke?" Jom salin resepi. Memang sedap sesedap kaswi Kak Hanieliza dulu tu...




1 3/4 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung
2 cawan gula
2 cawan gula merah
1/2 sudu besar air kapur

Cara2:

1. Masak gula merah dan gula putih dengan 2 cawan air. Masak hingga sebati dan berbuih.
2. Setelah air gula masak, tapis. Campurkan lagi dengan air hingga air bancuhan gula jadi 9 cawan. (air gula tadi lepas ditapis, sukat berapa cawan. Tambahkan sampai jadi 9 cawan).
3. Campur semua tepung dan kapur. Masuk air sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4. Tapis bancuhan.
5. Isi adunan dalam loyang atau acuan lompang yang telah digris.
6. kukus kuih kaswi selama 15-20 minit kalau menggunakan acuan lompang. Kalau gunakan loyang, dalam 45 minit.

# pengukus perlu dipanaskan terlebih dahulu.
# Tutup tudung pengukus dengan kain supaya air tidak menitis atas kuih
# bila dah masak, angkat penutup dan gunakan kertas tisu untuk buang air yang terdapat atas kuih kaswi tersebut.

Adunan ni memang banyak. Dapat dua adunan cam dalam gambar tu...

Puding koktel

Aku nak share resepi puding koktel. Resepi ni aku ambik kat rumah Ummi Zaihadi


Bahan:-
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail
Cara-Cara:-
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.


Thursday, August 18, 2011

JOM JOIN GA DARI UMI

Aku memang tak sempat betul nak update blog ni dalam bulan puasa dengan timing memang lari dari yang sepatutnya. Berbuka puasa dalam pukul sembilan malam, isya pulak masuk memang lewat dalam pukul sepuluh lebih. Malam2 aku tidur dalam pukul sebelah lebih, kekadang dua belas dan kekadang  tiga belas satu pagi... Seawal pukul 3, pasti aku dah terjaga. sambil berkebil2 bijik mata menunggukan waktu nak bersahur. Habis waktu bersahur dalam pukul 5. Selalunya aku dh tak boleh tidur, bila suami gi keje around 7.15 am, aku mula lah mengular balik. Kekadang dalam pukul 11 lebih baru aku keluar bilik... Ruginya masa yang berlalu.... Wokey, topik lain pulak.
Aku nak ajak korang join GA dari umi yang jauh di Perth..

Hadiah memang menarik sesangat lebih2 lagi buat aku kat France ni yang minat bab2 baking ni. Nak beli buku kat sini, bukan tak boleh, murah ajer tapi masalah besarnya buku2 kat sini semua dalam bahasa FRANCE. Apa aku nak baca. Takkan aku nak translate habis mukasurat buku2 tu.... Jom jenguk hadiah yang Umi sediakan...
cover buku
antara kandungan dalam buku

Antara syarat2nya:

1) Penyertaaan dibuka kepada semua kecuali yang tinggal di Australia.
2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini.

3) Buat post/entry di blog anda tentang GA ini dan sertakan link ke Give Away ini. Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Link ke GA ini adalah : http://umiyumi2.blogspot.com/2011/08/book1.html

4) Tarikh tamat GA ialah : tepat jam 12 tgh malam pada 31 Ogos 2011. Pemenang akan diumumkan pada
1 September 2011.
5) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi. 


 Maklumat lanjut, bolehlah gi ke rumah umi

Okey. Aku kena stop dulu sebab waktu berbuka dah hampir.... Chow for now...

Thursday, August 11, 2011

Ben tanya nak traffic free esok tak?


Buat ke sekian kalinya aku join segmen Ben Ashaari... Entah layak ke tak, aku pun tak tau laaa tapi tak per laaa. Join saja2 pun tak kisah... Boleh gak aku pembaca blog aku tengok rupa si 'Ben yang famous ni. heheheh. Okey, apa citernya?
Ben tanya nak trafik free esok tak ? Sila klik Sini 
Bila dah klik tu, tentu dah tau apa syarat2nya dan apa yang perlu dibuat.... 

Okey aaar dulu segmen untuk hari ni... Aku pun nak tidur, seandainya boleh tidur... Masalah tidur ni makin menjadi-jadi laa pulak... Ta ta ti ti tu tu..... 



Wednesday, August 10, 2011

Sago Pandan Gula Melaka


CMG , hari ni aku tiru dessert CMG tapi aku mohon mahap sebab aku dah tukar nama dessert tu. Jangan marah aaarrrr, nanti kena jual... Aku mohon copy n paste la CMG sebab aku malas nak taip. Jap lagi, aku nak siap2 untuk berbuka dah... Tapi aku memang jeles ngan gambar sago gula melaka kat blog Cik Mat tu... Meme cantik.
Jom kongsi resepi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram sago biji, cuci dan toskan
2 liter air
2 helai daun pandan, disimpul
3/4 camca teh pewarna hijau makanan (aku tambah perasa pandan sekali)
1 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga pekat, tapis dan sejukkan)
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam + 1/2 camca teh tepung jagung = satukan, kacau dan masak hingga panas, sejukkan.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan 2 liter air tadi bersama daun pandan dan pewarna hijau makanan, kemudian masukkan sago biji dan masak hingga kelihatan jernih. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu. Tutup api dan biar 4-5 minit dalam peiuk.
  2. Tuang dalam tapis dan cuci biji sago tadi bawah air paip untuk membuang kanjinya. Kemudian masukkan ke dalam bekas2 kecil atau acuan yang anda gemari, padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam. Sapu sedikit minyak pada acuan tadi.
  3. Keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas sesuai, tuang gula melaka tadi dan juga santan pekat tadi. Hidangkan sejuk....aduhh nyamann okeh..
Betul aku cakap, memang sedap... Eh camana tau sedap, belum lagi waktu berbuka laaa... Sssshhhh, diam2 aaarrr....

Puding Roti Pelangi


Jom share menu berbuka saya beberapa hari lalu, Puding Roti Pelangi. Selalunya kalau aku buat puding roti, memang yang tak bubuh agar2 dan dibakar. First time buat puding roti ni, senang pulak tu. Yang penting, sodap... Resepi aku ambik dari blogger yang tak asing lagi... Sapa tak kenal ngan Hana .. Hana, tumpang copy n paste, malas nak taip...

PUDING ROTI PELANGI
Bahan-bahan
  • 4 keping roti(aku guna 5-6 keping)
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket (aku guna serbuk agar2 11 gm sepaket)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.(aku lebihkan air sikit dalam 1/4 cawan)
  • pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2)
 Cara-cara:
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cawan). Kemudian, masukkan dalam periuk agar2 yang sudah mendidih tadi.
3. Bahagi kepada 3 bahagian. Masukkan warna pilihan dan kacau sebati.
4. Ambik sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. Kemudian, ambik sesenduk warna merah dan tuang perlahan2 atas adunan hijau tadi. Biarkan puding gerak sendiri ke tepi. Tak payah kacau atau ratakan. Kemudian, ambik pulak warna kuning, tuang perlahan atas warna hijau tadi. Ulang semula warna merah, hijau dan kuning hingga habis semua adunan. Ketika kerja2 memarblekan adunan, buat dengan cepat sebab agar2/puding mudah beku dengan cepat.
5. Bila habis kerja memarblekan tu, simpan dalam peti sejuk.


Ni lah rupanya puding rotiku bila dah dipotong2. Marasalah jiran2 ku, siap dapat sms mengatakan puding ni sodap. Alhamdulillah. Lain kali bolehlah buat lagi..



Bersahur

Baru lepas bersahur. Macam biasa, panaskan lauk berbuka semalam.. Anak2 tgh tengok kartun sambil tunggu waktu subuh. Aku ambik kesempatan jengok blog jap... Pas ni, nak sambung tidur, kalau boleh tidur baliklah hingga jam 6.45 untuk kejutkan suamiku ke pejabat pulak.. Karang, harap2 ada kesempatan untuk masukkan resepi yang aku dah buat kebelakangan ni.... Jom tidur....
gambar sumbangan Mr Google....

Tuesday, August 9, 2011

Cahayamata Ramadhan

Sebelum aku stop entri buat hari ni sebab nak gi prepare apa2 yang patut yang berbuka malam karang, aku nak share berita gembira tentang kelahiran anak ketiga adik iparku. Baby selamat dilahirkan pada 8 Ramadhan bersamaan 8hb Ogos 2011. Tahniah aku ucapkan buat Ishan serta isterinya Shida. Semoga Allah memberkati keluarga kalian.

Baby di beri nama Raja Nuraisyah Izzah....




Menu Ramadhan-8 Ramadhan

 Menu 8 Ramadhan
Jom layan gambar-gambar menu pada 8 Ramadhan.
Alamak, baru aku perasan, hari ni aku tak snap gambar2 menu. Hanya gambar desert ajer.
Hari ni aku masak sambal sotong, sambal ikan bilik ngan gulai kambing serta kailan ikan masin... Tentu ada tertanya2 apasal ada sampai dua jenis sambal....?
Well, suami aku nak makan sambal sotong tapi bapa mertua ngan anak bujang aku tak makan sambal sotong so terpaksa lah aku masak sambal ikan bilis gak... Desert aku pulak cucur udang ngan cekodok pisang sebab pisang aku tu dah mintak nyawa. So terpaksa lah aku 'do something' ngan pisang tu... Jadilah cekodok pisang. Cucur udang tu pulak, aku buatkan kuah kacang. So, quite bz gak la hari ni dengan menggoreng kacang, buang kulit dan masak kuah kacang, then masak dua jenis sambal tumis. Habis tu masak pulak gulai kambing. Sejam sebelum berbuka, baru aku goreng sayur kailan ngan buat cekodok pisang..
cucur udang


Menu Ramadhan-7 Ramadhan


Menu 7 Ramadhan
Hari ni simple menu lagi, aku buat dua keping pizza yang besar... Deux grande pizza yang isinya memang kaw-kaw. Segala benda yang ada, aku bubuh. Antaranya daging cincang, ayam cincang, leftover nugget utk sahur pagi tadi, capsicum, bawang, cendawan, sausage, tomato dan semestinya cheese yang banyak untuk topping.
For dessert, aku buat puding roti ngan bubur caca.. Jom layan gambar:
 
tepung yang aku guna utk buat pizza




bubuh cheese banyak-banyak
ready for the oven
in the oven

puding roti pelangi



Menu Ramadhan

Hari ni dah 9 Ramadhan bersamaan 9 Ogos 2011. Dah 3 hari aku tak berkesempatan mengupdate blog aku ni... Sibuk ngan urusan harian. Bila malam lepas berbuka pulak dah hampir jam 10.00 pm, aku mula lah letih. Idea langsung tak mengalir dan mood malas pun melanda. Pagi2 seawal 3 am, aku dah terjaga. Lepas sahur terus tak boleh tidur hingga suamiku ke ofis. Then, barulah aku tidur. Akibatnya hampir jam 11.00 am baru aku bangun. Hari ni aku kerajinan sikit, so nak share menu2 yang dah terlepas beberapa hari...

Menu 5 Ramadhan
Hari ni aku masak nasi goreng cendawan sotong ajer makan ngan sup ayam. Then for dessert, aku buat puding cocktail ngan pengat pisang... Resepi akan menyusul...

puding fruit cocktail


lepat pisang

Menu 6 Ramadhan
Anak aku request suruh buat mee bandung. Aku tak reti sangat buat mee bandung tapi buat juga. Alhamdulillah, mee bandung menggunakan spaghetti tu laku gak malam ni... For dessert, aku buat apam salju ngan samosa daging.

mee bandung sempoi



Saturday, August 6, 2011

Kisah Syaitan Gemuk dan Syaitan Kurus

Suatu ketika Abu Hurairah ra.,salah seorang sahabat Nabi yang terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir.

Syatan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi, dan memakai baju cantik. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut, dan tidak berpakaian.

Syaitan gemuk itu bertanya pada syaitan penggoda kaum mukmin yang kurus,

“Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut dan tidak berpakaian?”

Syaitan kurus menjawab, “Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca basmilah menyebut nama Allah. Ketika hendak makan dan minum ia membaca basmilah menyebut nama Allah, maka aku tetap lapar dan haus. Ketika memakai minyak ia menyebut nama Allah, maka aku tetap kusut. Dan ketika memakai baju ia juga menyebut nama Allah sehingga aku tetap tidak berpakaian! “


Syaitan gemuk menyahut, “Kalau begitu aku beruntung. Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh ikut minum. Ketika memakai minyak ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut minyakkan. Dan ketika memakai pakaian ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut memakai pakaiannya.”

Begitulah, betapa agung faedah membaca basmilah. Syaitan tidak boleh ikut makan makanan orang yang membaca “Bismillahirrahmanirrahim !”

Malah dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda, bahawa rumah yang dibacakan basmilah maka setan tidak akan tinggal dan bermalam di dalamnya.

Baginda Rasulullah SAW mengajarkan agar umatnya memulakan segala perbuatan baiknya dengan membaca basmilah, menyebut nama Allah SWT. Agar perbuatannya itu benar-benar penuh berkah, tidak diganggu syatan dan mendapatkan redha dari Allah Yang Maha Rahman.


dari:  blog tok wan

Thursday, August 4, 2011

Selamat Ulang Tahun Shuhada

Hari ni, 4 Ogos bersamaan 4 Ramadhan merupakan hari kelahiran anak sulung aku, Nurul Shuhada... Tiada sambutan juga lebih2 lagi bulan puasa ni.

Umi doakan agar Shuhada berjaya dalam mengejar cita2 Shuhada dan semoga berjaya baik di dunia mahupun di akhirat...


Selamat Ulangtahun Hanif

Entri terlepas sebab masa tu, aku tengah bercuti jadi tak sempat nak masukkan entri. Aku ingin mengucapkan selamat Ulangtahun ke-14 buat satu-satunya anak bujangku, Muhammad Hanif. Rezeki dia menyambut hari lahir di Paris. Tiada apa-apa sambutan istimewa.

Hanif, Umi doakan agar Hanif  sentiasa menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup di dunia mahu pun di akhirat.


Kuih Kaswi Gandum

Nak kongsi kuih kaswi yang aku buat semalam. Aku ambik dari rumah Izzah Aku copy n paste ajer. Resepi ni asalnya dari Chef Hanieliza. Jom buat, senang ajer.

KUEH KASWI GANDUM

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

3 Ramadhan

Entri ni sepatutnya malam tadi tapi macam biasa, bila dah berbuka pukul 9.23 pm mata mula mengantuk dan kemalasan update blog pun datang. Hari ni dah 4 hari kita berpuasa tapi aku nak citer tentang menu berbuka 3 Ramadhan. Menu aku hari ni, nasi hujan panas, pajeri terung nenas dan ayam masak merah. Untuk dessert pulak, aku buat kuih kasui resepi dari Chef Hanieliza..

Entah apa pasal laaa hari ni, aku masak nasi hujan panas tapi lupa nak bubuh garam. Bila nasi dah masak, baru aku teringat. Jadi aku bancuh air sikit ngan kiub ayam + garam then aku curah rata2 atas nasi dalam rice cooker tu. Itu citer tentang nasi. Dessert aku pun tak kena gak hari ni.. Sepatutnya kaswi tu kena bubuh 2 cawan tepung gandum tapi aku bubuh secawan ajer. Aku punya la tak perasan sampailah tempoh kukus tu dah tamat dan aku pun bukak la loyang.. Tengok2, berair lagi kuih aku tu.. Aku pun buat laa immediate post mortem dan aku terperasan aku kekurangan secawan tepung lagi. Apalagi, aku pun cedok laaa adunan yang cair tu dengan sudu ke dalam mangkuk. Dalam mangkuk tu, aku pun tambahlah lagi 2-3 sudu besar tepung gandum dan gaul rata2. Then, aku curah balik dalam loyang dan kukus semula. Perg...... nasib baik jadi gak kuih kaswi aku tu. Legaaaaa.....
kaswi

nasi hujan panas sempoi


Aku sedekahkan pajeri nenas ngan kuih kaswi aku buat dua jiran depan rumahku. Kak Yah depan rumahku pula hantar lempeng dan ayam masak merah manakala Maziana juga memberi lempeng kepadaku bersama dengan masak lemak udang.... Murah rezeki aku hari ni, ada dua pinggan lempeng ngan 2 pinggan ayam masak merah. Alhamdulillah...

Hari ni suami aku cadang agar berbuka kat luar, bersebelahan swimming pool... Nasib baik cuaca tak berapa sejuk... So, kami pun makan beramai2 diluar dengan bersila. Best gak sekali sekala makan bersila ramai2 ni...


Wednesday, August 3, 2011

karipap pusing

Jom kita belajar buat karipap pusing... Inti yang aku selalu buat, tak de sukatan. main campak2 ajer..
Inti karipap:
kentang - dadu
bawang besar - dadu
daging/ayam cincang
rempah kari
garam dan gula secukup rasa

Cara2nya:
1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan daging dan goreng sekejap. Then, masukkan rempah kari.
2. Masukkan rempah kari, agak2 rasanya, jangan terlalu pedas. Tumis sekejap.
3. Masukkan kentang dan air. Masak hingga kentang hampir masak. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Terus masak dengan api perlahan hingga kentang empuk. Angkat.

Adunan tepung.
doh minyak:
75 gm marjerin
150 gm tepung gandum
- gaul hingga adunan jadi doh dan nampak berminyak.

Doh biasa:
350 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 cawan air (kalau lembik, tambah tepung sedikit)
- Uli hingga jadi doh. Rehatkan doh sebentar.

Cara buat karipap pusing:
1. Bahagikan doh minyak dan doh biasa kepada 8 bahagian.
2. Leperkan doh biasa dan masukkan doh minyak ke dalam. Tutup kembali dan jadikan bulat2.

doh minyak dalam doh biasa

gelekkan doh hingga nipis

gulungkan doh tadi

gelek lagi memanjang

gulung sekali lagi

potong kepada 5 bahagian


gelek doh yang telah dipotong tadi






Menu Ramadhan

Ni pulak menu aku berbuka pada hari kedua puasa.. menu thailand la kira2nya. Aku masak tomyam sebab memang dah jadi favorite aku ngan anak2. Suami aku pun suka la gak tapi kurang sikit dari kami ni laaa. Selain tu, aku kena masak la pulak paprik daging sebab bapa mertua aku tak makan tomyam.. Hajat di hati nak buat sekali kailan masak ikan masin tapi kansel sebab aku tengok dah banyak sayur. Dalam tomyam dah ada bunga kobis, tomato, bawang, carrot ngan cendawan. Dalam paprik pun dah ada sayur yang sama. Untuk dessert pulak, aku buat samosa ngan karipap pusing dibantu oleh anak sulungku dan bapa mertua. Aku buat banyak untuk difrozenkan...
samosa daging

karipap

tomyam dan sambal belacan
Terima kasih buat jiranku Maziana yang sudi bagi sambal belacan. Memang sedap sangat sambal belacan tu, pedas kaw-kaw sebab guna cili api. Perg, memang pembuka selera laaaa. Gambar daging paprik, lupa nak snap pulak....