klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Wednesday, August 3, 2011

Menu Ramadhan

Just nak share gambar menu berbuka aku pada hari pertama dan kedua Ramadan....
ayam percik (what left of it)

masak lemak cili api rebung

tepung pelita

 Resepi tepung pelita
(sumber: Yani, MyR)
Bahan-bahan:
Lapisan bawah
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
sedikit air kapur
4 helai daun pandan (mesin dgn sedikit air) - aku guna pandan paste

Cara2:
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masak bancuhan hingga pekat dan berkilat.
3. Tuangkan dalam acuan.

Lapisan atas:
4 cawan santan (dari sebiji kelapa) - aku guna santan kotak ajer
4 sudu besar tepung beras
sedikit garam

Cara2:
1. Masak adunan santan atas api hingga pekat. (adunan ni cair sikit dari adunan pandan tadi)
2. Setelah masak, tuangkan atas adunan pandan tadi. Sejukkan dalam peti sejuk.



1 comments:

RaNiA said...

kak leena..terliurnya tengok masak lemak rebung tue...