terima kasih sudi follow

Thursday, September 29, 2011

Samosa

Entri yang aku ambil dari rumah lama di harleena's fotopages
Inti samosa ni sama ajer dengan inti karipap..
- Aku gunakan kulit popiah yang besar dan kulit popiah itu aku potong kepada 3 bahagian.
- Kemudian, aku sambungkan kulit popiah tu hujung ke hujung dengan tepung yang aku bancuh dengan sedikit air (kira macam gam lah).
- Setelah disambungkan dua, kulit popiah itu dibentuk seperti kelongsong segitiga...

- Lepas tu, bolehlah diisikan dengan inti tadi dan gulung ikut bentuk tiga segi tadi hingga penghujung..

- akhir sekali, dihujungnya digamkan dengan tepung yang dah dibancuh dengan air tadi..
 - bolehlah digoreng atau difrozenkan di dalam freezer..

open house Eid Mubarak n farewell Cora

Pada 10hb September, 2011, aku telah mengadakan jamuan rumah terbuka berserta farewell buat Cora. Entri ni dah lama terlepas tapi gambar tak sempat nak share dengan semua yang hadir.. Seperti biasa, jamuan adalah secara pot luck.... Jom layan gambar:
(ni merupakan percubaan kali ke 7 8 dalam 5 hari untuk upload gambar. Entah kenapa, slow bebenor connection internet ni. Harap2 berjaya, kalau dah ada gambor tu, kira berjayalah kita, ye).
Nasib baik hari ni, 29 september, 2011, aku berjaya juga masukkan gambar raya ni... Nama ajer open house n farewell Cora tapi sayangnya gambar Cora and famili tak ada pulak... Cora missing in action hari tu, dia ke rumah jiran depan rasanya.... Well, tak per laaa. 

pulut kuning n rendan nyonya by Izan

nasi impit and rendang arnab by Hanif


Laksa Utara by Harleena, tuan rumah.. heheheh


Hanif junior with Hanif senior




















gambar blurrr la pulak..












Wednesday, September 28, 2011

Sesangat Tensionnya!!!!!

Aku ni dah tension sangat sangat sangat sangat. Dah berhari-hari-hari aku try punya try punya try....
Nak kata connection slow, elok pulak aku tengok Asyik tv kat fb tadi tapi apasal aku nak post gambar, tak lepas2 gak. Banyak betul gambar2 yang aku nak postkan kat blog ni, antaranya gambar open house raya n farewell cora, kat airport masa hantar cora, open house rumah Lin, gambar2 masa gi paris,,,, and bla bla bla bla, banyak lagi laaaa tapi gambar tak lepas2 gak. asyik keluar "error, try again." Pe hal ni....!!!!!
Betul punya marah dah aku ni...

Tuesday, September 27, 2011

capricorn jadi capcisum

Hari ni, aku buat rambut sanggul dua. Masa aku tengah makan roti sapu butter dan jem strawberry, anak aku tegur aku. Katanya
"umi ni macam bintang zodiak tu la.. Amenda ntah namanya..". 
Aku dengan confidentnya pun sebut laaa,
"ooooo, macam bintang capcicum tu ke?" 
Anak aku terdiam sambil memikir2kan bintang yang aku sebutkan tadi.  Lalu jawabnya,
"Bukan la umi, capcricorn laaa". 

Aku yang dok makan tu, terus tersedak, bukan apa, terasa pulak betapa kelakarnya... Capricorn jadi capsicum... heheheheheheh Nasib baik tak tersembur roti yang aku tengah kunyah tu...









Monday, September 26, 2011

Cabinet Medical

Pagi ni setelah 2 hari kelihatan tak bermaya, aku dan suami bawak anak terunaku ke klinik. Kat sini, kita boleh jumpa klinik yang diberi nama Medical Cabinet. Kebanyakkan klinik kat sini kena buat appointment tapi nasib baik klinik yang aku pergi ni, tak perlu appointment pada waktu pagi.. Tapi yang paling tak tahan tu, datang dalam pukul 8.30 am, rupa2nya klinik tu bukak pukul 9.00. Tunggu punya tunggu punya tunggu, 5 minit lagi nak 9.00 am, aku pun naik le ke klinik tu. Mak oooiii, rupa2nya dah ramai kat dalam.. Apa cer ni? Ada la 5 orang nunggu nak jumpa doktor ni. 5 orang punya masa tu lama betul.. Aku habis jumpa doktor dalam pukul 11.00 am. Cuba bayangkan berapa lama masa doktor tu ambik untuk jumpa satu patient... Tension ooooo, sorang dekat 20-25 minit.. Lepas ni nak cari farmasi pulak, beli ubat...



Serba sedikit tentang klinik kat France ni... Kat klinik ni, doktor akan check and bagi consultation ajer. Selalunya, untuk consultation, bayaran yang dikenakan ialah 23 euro untuk seorang.  Lepas tu, kena gi beli ubat pulak.Then, doktor akan bagi surat untuk ambik ubat. Ubat perlu dibeli di mana2 farmasi. Nasib baik harga ubat kat France ni tak mahal... macam Hanif tadi, doktor bagi ubat selsema, antibiotik, ubat kahak dan juga paracetamol. Semuanya hanya dalam 14 euro ajer.

Minggu lepas masa aku gi klinik ngan suami, setiap seorang dikenakan 23 euro. Dua orang dah 46 euro. Cuba bayangkan kalau dalam satu famili, 3-4 orang kena jumpa doktor, memang bocor poket agaknya... walaupun ubat murah tapi kalau setiap sorang dah kena 23 euro, memang banyak gak kena bayar.

Monday, September 19, 2011

Atuk di France

Gambar2 atuk/bapa mertua ku semasa berada di France...


Hantar Zati balik Malaysia

Careffour

vide grenier

sarapan kat rumah.

atuk siap guna sudu garfu lagi..

depan sekolah


International school of Toulouse. Tengok pementasan Syakirah
lunch kat Boum Burger





ladang bunga matahari