klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, September 19, 2011

Kepulangan yang dinanti

Kepulangan siapakah yang dinantikan tu? Rasanya kepulangan bapa mertuaku ke Malaysia memang amat dinanti2kan oleh anak2 dan menantunya. Sebenarnya korang tunggu Atuk Raja Ahmad ke korang tunggu souvenir yang dia bawak balik? Cer citer.. heheheheh. Jangan marah...
Akhirnya pada 14 September, 2011 Abah pun pulang ke Malaysia setelah berada di sini lebih kurang 3 bulan. Tinggallah aku sorang2 kat rumah ni bila anak2 dan suami gi keje. Dulu masa abah ada, dialah tukang kebun, sekarang tugas tukang kebun dah beralih ke tangan aku. Aku nak share detik2 ketika abah berada di France melalui gambar2 yang sempat ditangkap..




pekerja KLM untuk tolak kerusi roda

duduk atas kerusi roda
Beberapa hari seblum tarikh kepulangan abah ke Malaysia, suami aku cukup risau sebab takut abah tersesat kat airport Amsterdam untuk tukar flight ke Kuala Lumpur. Tempoh yang ada tak sampai 2 jam. Pada mulanya kami suami isteri bercadang nak gi sekali ke Amsterdam dan bermalam satu malam tapi tambang punyalah mahal. Seorang pergi balik dalam tiga ratus lebih euro. Kalau tambang dua orang, dah boleh buat balik Malaysia. Akhirnya, suami aku ambik service wheelchair untuk abah. Memang bagus gak sebab lutut abah pun sakit dan tak boleh jauh laju2 or jauh2. So, dengan wheelchair tu, akan ada orang tolak sampai ke pintu masuk flight, dan di Amsterdam, akan ada juga orang uruskan dan tolak  sampai ke tempat boarding untuk balik ke Malaysia. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya...

2 comments:

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam.Tentu sedih ayah dah nak malaysiakan?

harleena said...

sedih gak tapi dah biasa tanpa ayah di sisi.