klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, September 26, 2011

Cabinet Medical

Pagi ni setelah 2 hari kelihatan tak bermaya, aku dan suami bawak anak terunaku ke klinik. Kat sini, kita boleh jumpa klinik yang diberi nama Medical Cabinet. Kebanyakkan klinik kat sini kena buat appointment tapi nasib baik klinik yang aku pergi ni, tak perlu appointment pada waktu pagi.. Tapi yang paling tak tahan tu, datang dalam pukul 8.30 am, rupa2nya klinik tu bukak pukul 9.00. Tunggu punya tunggu punya tunggu, 5 minit lagi nak 9.00 am, aku pun naik le ke klinik tu. Mak oooiii, rupa2nya dah ramai kat dalam.. Apa cer ni? Ada la 5 orang nunggu nak jumpa doktor ni. 5 orang punya masa tu lama betul.. Aku habis jumpa doktor dalam pukul 11.00 am. Cuba bayangkan berapa lama masa doktor tu ambik untuk jumpa satu patient... Tension ooooo, sorang dekat 20-25 minit.. Lepas ni nak cari farmasi pulak, beli ubat...



Serba sedikit tentang klinik kat France ni... Kat klinik ni, doktor akan check and bagi consultation ajer. Selalunya, untuk consultation, bayaran yang dikenakan ialah 23 euro untuk seorang.  Lepas tu, kena gi beli ubat pulak.Then, doktor akan bagi surat untuk ambik ubat. Ubat perlu dibeli di mana2 farmasi. Nasib baik harga ubat kat France ni tak mahal... macam Hanif tadi, doktor bagi ubat selsema, antibiotik, ubat kahak dan juga paracetamol. Semuanya hanya dalam 14 euro ajer.

Minggu lepas masa aku gi klinik ngan suami, setiap seorang dikenakan 23 euro. Dua orang dah 46 euro. Cuba bayangkan kalau dalam satu famili, 3-4 orang kena jumpa doktor, memang bocor poket agaknya... walaupun ubat murah tapi kalau setiap sorang dah kena 23 euro, memang banyak gak kena bayar.

2 comments:

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong Harleena,

Oh consultation fee mahal sikit ya, ubat tak bape mahal. Tp kalau banding kat Msia, ubat2 yg disebut tu lebih kurang RM25-RM30. SEbut pasal sakit, akak pun kena simptom yg sama..huhu! Semoga anak Harleena cepat sembuh. Jaga diri sbb dah nak masuk musim dingin kan!

harleena said...

semoga akak pun sembuh gak. Tu la, asal masuk musim sejuk, mulalah masing2 start sakit..