klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, January 31, 2011

Aku Menerima Tetamu

29 Jan 2011 hari sabtu, pagi ni aku buat jemput kentang+udang+bawang lagi. Then, dalam pukul 10 pagi, aku sibuk lagi nak masak untuk lunch pulak. Tengahari ni, aku nak buat Lamb Chop. Chewah, seumur hidup, ni la first time aku buat lamb chop. Resepi kat entri lain ye sebab hari ni aku nak citer ttg tetamu yang berkunjung ke apartment aku. Dalam pukul 10 lebih, aku dapat panggilan dari Zati. Katanya nak datang apartment aku setelah bershopping and window shopping dengan dua kawannya. Aku tak tanya pulak sapa teman2nya. Dipersilakan Zati, akhirnya berjumpa jugak kita setelah kenal melalui FB.

Sambil masak makan tengahari, aku masak jugak inti karipap utk dihidangkan pada tetamu yang bakal berkunjung. Sebenarnya hajat di hati nak buat samosa tapi bila aku bukak plastik popiah, dah tumbuh tompokan kulat. Aku pun heranlah padahal lambah lagi nak expirednya. Sama gak la dgn mee kuning yang aku beli kat Paris Store dulu. Ada lagi 5 hari nak expired tapi bila aku nak goreng, dah tamat riwayat rupanya. Dah ada tompokan kulat. So, dari menu samosa, aku pun terpaksalah uli tepung untuk buat karipap. Ala, lupalah pulak nak snap gambar karipap harini....

Zati n Azim. Sayang, Ali dh balik dulu. Lupa nak snap gambar tadi.
Zati , kalau nak tau resepi doh tu, senang ajer tapi masalahnya bila buat tu tak pakai resepi pun. Just masukkan tepung dalam mangkuk dalam 3 cwn kot. (in my case, kena la pakai periuk ajer). Tabur sikit garam then bubuh lah butter or margerin dalam 3/4 cawan. Ramas2 butter ngan tepung tu then masukkan air sikit2. uli sampai jadi doh yang lembut dan tak melekat. Simpan doh dalam 10 mins. Then, bulat2kan dan bolehlah digelek dan dimasukkan inti dan dikelim. Lepas tu, bolehlah digoreng.

Lepas sessi minum petang, aku, suami dan dua anak aku iaitu hanif dan Ika keluar ke town dgn Zati dan Azim. Zati tunjuk kat mana Monoprix dan beberapa kedai makan halal.
Zati, pinjam gambar dr blog Zati. Ampun, tk mintak izin dulu...
Last sebelum balik, singgah kedai burger halal. Aku dh lupa nama kedai tu....



Habis makan kat kedai tu, kitaorang pun balik. Sayang, hari ni hujan sepanjang ari. Kitaorang jalan dalam hujan. Dah lah sejuk, hujan pulak. Tangan dah rasa beku. Korang pernah rasa tak tangan celup dalam ketul ais, tak yah lama. Dalam 5 saat pun jadilah. Cam tu lah rasanya.

Ika pulak rasa kakinya dah kebas sebab air dh masuk dalam kasut. Apalagi, sampai ajer rumah dia mula menggaru. Jenuh aku sapu losyen kat kaki Ika dan suruh dia letak kaki kat atas heater.

Kesimpulan ari ni, seronok dpt jumpa Zati dan kawan2. Nanti lain kali bila dah akak dah pindah rumah sendiri, bolehlah Zati datang lagi dengan Ali dan Azim serta kawan2 lain....

Barang Kontena Sampai

Rasanya lama gak aku biarkan rumahku ni bersarang. Lama betul tak update padahal macam2 benda yang ada dalam kepala hotak aku ni. Aku citer laa apa2 yang teringat dek kepala otak aku yang dah makin hari makin hilang keupayaan mengingat. Hari rabu minggu lepas, rasanya 26hb Januari 2011, barang2 kontena yg aku bawak dari Malaysia sampai ke destinasinya iaitu di rumah
 baru yang bakal aku duduki. Kelakar giler rasanya sbab setakat ni, hanya barang2 ajer yang boleh masuk rumah tu. Kami semua tak boleh duduk lagi disebabkan masalah kewangan yang masih tak settle2 lagi. Apa nak buat, terperap lagi la aku kat apartment ni.

Pagi2nya dalam pukul 7.30 pm, aku dan suami menumpang kereta Sjn Hailmee dan isterinya untuk ke Mondonville menunggu brg2 kami sampai dan akan disimpan dalam rumah dulu. Cuaca pagi ni punyalah sejuk hingga aku jenguk kat pool aku tu dah jadi ketul ais lapisan atasnya.

tak tau laa nampak tak air yang dah beku ni

 Nak jadi citer pulak, letrik tak de so terpaksalah barang2 tu diletakkan dalam garage tanpa diunpackkan oleh pekerja2 tu. Tapi kotak yang tertulis pakaian semuanya aku suruh letak kat tingkat atas. Ada lebih kurang 56 kotak gak barang2 yang aku bawak. Semua kotak kami check sama2 utk memastikan tiada yang pecah atau rosak.


boss tgh bg arahan nak letak kotak kat mana

Monday, January 24, 2011

Perasaan tak keruan. Feel like crying....

Sunday, January 23, 2011

Di Sebalik Air Mata Wanita

Renung-renungkan....



"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Ku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak. “Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “Air mata kehidupan".

Friday, January 21, 2011

Tazkirah Pagi Jumaat

10 PEMBASUH DOSA DAN PENAWAR HATI

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan:

  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi

sumber: http://www.iluvislam.com

tak de title

Hari ni dh jumaat, penghulu segala hari. Seperti biasa, pagi2 aku akan sibuk menyiapkan sarapan anak2 untuk ke sekolah. Bukan hanya utk makan di rumah shj tapi juga untuk dibawa bekal. Bekalan ni anak2 aku akan makan masa break pukul 10.00 am. Lunch dalam pukul 1.00 nanti, dia orang akan makan apa yg dihidangkan di kantin tapi bukan semua. Dia orang hanya akan makan menu vegetarian atau telur atau ikan ajer.

Jam 7.20, anak2 akan turun apartment untuk menaiki kereta ke sekolah. Selepas tu, aku pun mulalah berinternet sambil mendengar era. Jap tadi, baru ajer azan zohor kat KL. Aku pulak, baru ajer habis goreng jemput untuk sarapan pagi ni.

jemput kentang+udang+bawang besar

Senang ajer nak buat jemput ni. Kalau kat Malaysia, memang selalu buat jemput kentang. Suami suka kalau dibubuh bawang besar banyak2 tapi anak2 tak suka. So, selalunya aku goreng dulu tanpa bawang. Then, baru masukkan bawang dan goreng sekali lagi. Tapi pagi ni, sarapan hanya untuk aku dan suami so aku bubuh bawang banyak2.
Nak tau camana aku buat jemput, rasanya semua orang pun tahu buat jemput ni. main campak2 ajer bhn2.

Bhn2:
kentang - potong dadu
udang- potong dadu/kecik2
bawang besar-hiris nipis
garam
tepung gandum
sedikit tepung jagung
sedikit serbuk kunyit
minyak utk menggoreng

Cara:
1. Masukkan semua bhn dlm bekas.
2. Gaul sebati dengan air.
3. Goreng
4. Angkat dan makan dengan cili sos...


Thursday, January 20, 2011

Butter Prawn

Ni entri semalam. Aku buat butter prawn. Setelah search cara2 buat butter prawn dalam internet, byk gak versi buat butter prawn ni. Akhirnya, aku buat versi aku yang serba kekurangan sebab aku tengok dalam peti ais, cili api tinggal sebii ajer. Then, aku tak de daun kari. So, buat aje dgn apa yang ada. Yang penting, kena ada udang. Kalau tak, tak de la namanya butter prawn. Jom tengok gambar dan camana aku buat butter prawn.
udang digoreng dulu dlm pan.

rupa butter prawn yang dah siap utk dimakan
Bahan2:
Udang dalam 400 gm - lumur ngan garam dan kunyit
2 ulas bawang putih - dicincang halus
5 bii cili padi (ikut kepedasan) -aku bubuh sebiji ajer sbb itu aja yang ada dlm peti ais
butter
2 biji kuning telur                                                                                                      
3 sudu besar susu cair - aku guna fresh milk sbb tak de susu cair
(campurkan kuning telur dan susu dan kacau sebati)
garam dan lada hitam/lada sulah
daun kari- tak bubuh sbb tak de.

Cara:
1. Panaskan butter dalam 3 sudu besar. Goreng udang hingga 3/4 masak.
2. Tumiskan bawang putih cincang bersama cili api dan daun kari.
3. Tuangkan adunan susu dan telur. (lebih cantik kalau gunakan acuan roti jala atau biar mengalir ikut garfu)
4. Masukkan udang. Gaul rata dan tambah garam serta lada secukup rata.
5. Goreng hingga sedikit garing.
6. Hidangkan panas dengan nasi panas.

Wednesday, January 19, 2011

Tazkirah pagi rabu

MENCARI KEREDHAAN ALLAH
Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hndak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

Tuesday, January 18, 2011

Nak beli kasut, nak beli kasut.

Hari sabtu lepas, (15 Jan 2010) tengaharinya kami sekeluarga keluar ke Le Claire untuk cari kasut sukan anak2.

naik tram kat metro Jean Jaures

tengah beratur nak top up pastel

dlm pejabat utk top up pastel

Turun tram kat Arenes, then naik train ke Grand Noble. pastu jalan kaki dlm 1 km ke kedai


tengah tunggu tram dari Arenes nak ke Jean Jaures

Nanti aku citer pulak pasal satu kad yang dinamakan kad PASTEL.

Aku edit sikit entri ni atas permintaan sahabatku  Puan Liza  yang nak tengok kasut2 yang kubeli untuk anak2. Ni dia:
Kasut untuk Hanif-Puma

kasut syakirah-hanna montana

kasut syakirah lagi

Ketiga2 kasut ni aku beli dengan harga 63.97 euro setelah ditolak diskaun yang ada. Kalau diconvert, mmg mahallah harganya jadi, tak yahlah kita convertkan ke RM kita.... Kalau tidak, sesak gak dada ni......

cerita makan

Hari ni aku nak citer pasal makan pulak. Bukan apa, saja nak postkan gambar2 makanan yang sempat aku masak sempena duduk kat apartment kecik ni. Dengan serba kekurangan lah katakan terpaksa jugak masak seadanya. Yang best pulak tu, walaupun masak seadanya, tapi penghuni apartment makan siap bertambah2 lagi. Sejuk2 ni memang lapar manjang. Kalau menu yang perlukan blender, terpaksalah aku cincang2 ajer. Macam arini, aku nak masak rendang ayam. Chewah..... macam real ajer nak buat rendang tapi bantai ajer laaaa. Mula2, aku cincang bawang besar, serai ngan halia. Nasib baik cili giling bawak dari Malaysia aritu ada tinggal sepeket lagi. So, lepas potong2 ayam bermulalah operasa masak memasak.
Menunya: rendang sempoi campak2. Mula2, aku masukkan ayam dalam periuk. Then, masukkan segala benda2 yang dah dicincang tadi. Masuk gak serai yang aku dh titik. Setelah itu, aku masukkan cili giling dan tuangkan santan dalam kotak yg aku beli kat kedai berdekatan. Brand Kara lagi, cam kat Malaysia.
Masaklah benda2 tu sampai ayam empok. Jgn lupa masukkan daun limau purut frozen dalam freezer tu.
Jeng jeng jeng, jadilah rendang aku yang tak seberapanya.... Boleh tahan gak laaaa.


Minggu2 sebelumnya punya menu:
 Ni ikan salmon yang aku beli aritu. Aku just tabur garam ngan lada then grill dalam microwawe. Side dishnya pulak, aku buat mashed potato, mixed vege aku goreng ajer ngan sos mayo. Cara buat mashed potato: senang ajer. Rebus ajer kentang, then lenyek2. Tambahlah butter ngan fresh milk. Jgn lupa bubuh garam ngan lada secukup rasa. Kuah mashed potato lak: alamak, ni main bantai ajer. Aku tumis bawang besar cincang ngan bawang putih tak guna minyak, guna butter. Then, aku masukkan tepung gandum dlm satu sudu besar untuk pekatkan gravy tu. Pas tu, masukkan air sikit. Bubuh garam dan lada hitam serta sikit perasa, aku guna kiub ayam yang aku beli kat kedai halal. Kicap tak de, so jadilah sos aku tu warnanya putih. hahahahah. Jadilah gak untuk dicurahkan atas mashed potato aku tu.
 Time ni, bakar ajer daging yg aku dah lumur ngan garam dan lada atas frying pan. Then aku hiris2 daging tu. Aku buat sikit sambal ikan bilis ngan sayur tu aku koyak2 then gaul ngan mayo. Entahlah apa punya nama meal aku ni tapi yang pasti, kenyang..

Kalaulah ada asam jawa, pergh tentu sedap makan daging cicah ngan air assam.

spaghetti cabonara

kuahnya

spaghetti
Time ni aku buat spaghetti atas sebab BERAS DAH ABIS. Tak sampai sebulan aku kat sini, dah 10 kg beras yang aku bawak dari Malaysia naik kapalterbang aritu dah abis. So, beras tak sempat beli lagi. Dalam almari ada spaghetti. Peti ais ada sausage ngan susu dan ada gak cheese sikit. Aku pun macam biasa, mai bantai ajer lah buat sos cabonara ni.
Cara2nya:
Macam biasa, rebus spaghetti dgn sedikit minyak and garam.
sausage aku hiris nipis2, bawang putih ngan bawang besar aku cincang2.
Dlm satu bekas lain, aku campurkan susu ngan tepung gandum ngan serbuk mushroom soup.
Mula2, aku panaskan butter dalam periuk. Then aku tumiskan sausage ngan bawang tadi. Bila agak garing, aku pun masukkan campuran susu tadi. Kacau punya kacau sampai mendidih. Ada cheese sikit dalam peti ais, aku masukkan sekali dalam sos tu. Lepas tu, perasakan ngan kiub ayam, garam ngan lada. Jadilah kuah carbonara aku.

Sebenarnya kalau kat Malaysia, aku dh gunakan sos carbonara dalam tin tu tapi kat sini aku cari punya cari punya cari tak jumpa pun. Correction, aku jumpa sos carbonara dalam botol tapi bila aku belek punya belek punya belek ingredient dia, terpandang aku satu perkataan yang tak sedap di baca. Ada bacon dalam sos tu. So, aku pun dgn berat hati terpaksalah letak balik sos tu.

Tapi, at least tanpa sos segera dalam tin tu, jadilah gak spaghetti carbonara aku. yang paling best bila budak2 balik sekolah tgh lapar, habis gak spaghetti 500 gm yang aku rebus tadi.

Alhamdulillah

Friday, January 14, 2011

tak de tajuk

Hari ni aku nak tulis entri awal2 sikit supaya tak berbabas lagi. Pagi2 ni, lepas anak2 gi sekolah ngan kereta yang disewa dan dipandu boss suami aku, kami berdua pun (husband n wife) keluar gi sekolah gak sebab nak jumpa principal anak yang primary school tu.

dalam lif nak turun ke bawah apartment utk gi sekolah
Naik Metro ke Arenes, then naik bas 64 sampai ke Lycee International School. Then, jalan kaki dekat 700-800 mtrs ke Toulouse International School. Principal sakit pulak, so kena buat appointment lain. Kami bertiga pagi ni dengan kawan suami, Hailme. Naik balik balik ke Arenes dan naik Metro untuk balik rumah tapi kami tak turun di Jean Jaures tapi turun di Capitole. Hajat di hati nak cari kedai burger halal yang kononnya di bukak di Capitole. Di sebabkan tak jumpa kedai tu, kami makan ajer kat kedai kebab di Capitole.  This year of time kat France ni tengah sale. Merata2 tertera perkataan SOLES. Macam murah2 lak barang2. Diskaun sampai 50 percent. Perghhh. Nasib baik tak de duit dalam kocek.




pemandangan dari dalam bas utk ke sekolah. Cuaca sejuk betul. Kabus tebal.

Lepas makan, suami ngan kawannya ambik Metro untuk gi sembahyang jumaat kat Basso Cambo. Aku terus hala balik rumah tapi sebenarnya tak balik rumah. Melencong ke supermarket dan mula membeli barang kat situ sebab ada sales. heheheheheh, pantang betul tengah harga barang2 yang murah2 ni.

barang2 yg aku beli tadi.
 
flan ni cam cream caramel. Murah betul. 6 bekas tu dalam 68 sen ajer.

minyak ni sebotol 1.09 euro. kena beli gak sebab kalau tak sale, seboto dalam 1.99 euro.
 
cornflake baru 1.79 euro



entri semalam

Ni entri terlepas. Patutnya semalam dah nulis tapi tak berkesempatan. Pagi2 lagi lepas anak2 gi sekolah, cik abang pulak gi tengok office. Aku keluar ngan kak yah gi pasar. Belilah kentang, buah2 ngan sayur2. Lepas tu, singgah kedai halal nak beli minyak bunga matahari 1 liter (baru 1.99 euro) n beli telur satu tray dengan harga 3.50 euro. Punya la banyak  barang nak diangkut. Berat betul. Tak pernah2 aku angkut barang2 dapur seberat cam tu. Dah la jauh nak menapak balik.

Kat rumah, teringin benar nak makan something yang masam2. (oopppppppps, jangan salah sangka). So, fikir punya fikir punya fikir, aku pun masak tom yam. Masalahnya...... jeng jeng jeng. Seumur hidup aku, tak pernah lah pulak aku masak tomyam tanpa menggunakan kuib tom yam knorr. Selalunya kat malaysia, memang tu lah faveretnya. Memang aarrr tak ori tapi anak2 suka, suami pun suka. So, kira teramat sedap dah tu. Datang sini pulak, aku tak bawak la supply kiub tom yam. Kena lah buat cara lain. Tom yam putih lah jawabnya.

Blender dah lah tak de, lesung pun tak de. So, apa lagi. Mulalah aku mencincang bawang besar ngan halia ngan cili api yang merah2 tu. Then, tumis jap dengan serai yang dipotong2 dan dititik. Masukkan air then masukkan ayam. Didihkan sampai empuk ayam. Akhir sekali, masukkanlah segala sayur2 yang ada. Nasib baik masa gi Paris store aritu ada beli frozen daun limau purut. So, jadilah tom yam putih aku.
Beras arini yang last aku gunakan. Masa datang 21hb Disember dulu, aku bawak 2 pek beras 5 kg. Hari ni, tamatlah sudah beras dari Malaysia. Esok kenalah beli beras kat bumi Toulouse ni.

Tom yam putih

Ni antara buah2 yang aku borong kat pasar arini...
anggur harini 1.50 euro sekilogram.
 
 Disebabkan tekak rasa nak makan yang masam2 ajer, so aku pun belilah mangga 2 biji. Sebiji harganya 1.50 euro kalau beli dua biji, 2.50 euro. Aku pun beli dua biji.

Wednesday, January 12, 2011

Hari pertama persekolahan

hari ni 5hb Januari 2011 pagi2 lagi bawak anak2 ke sekolah. Jauh gak sekolah dari apartment yang kami duduk ni. Mula2, naik Metro. Turun kat Arenes dan naik bas no. 64. Punya lah ramai orang dalam bas, berhimpit2. Aku sampai rasa nak termuntah sebab kepanasan. Dekat sejam baru sampai ke penghujung bas. Kat situ, kami ditunggu Kay untuk dibawak ke sekolah yang jauhnya dalam 700 mtr dari bas stop yang tempat kami turun bas tadi. Pagi ni, cuaca punya la sejuk. Masing2 mengiggil. Sampai di sekolah, kami ditunggu oleh guru2 kelas anak2. Hanif masuk year 9, Ika year 10 dan Shuhada year 11. Di sebabkan hari ni hari rabu, waktu tamat sekolah ialah jam 12.30 tgh so, lepas hantar budak2 gi sekolah, aku, suami aku, Maziana dan Kay serta Kol Amin ke Mc D berdekatan utk breakfast. Masing2 memesan menu ikan dan fries. Kemudian, kami gi survey barang elektrik di kedai letrik berdekatan. Dalam pukul 12, kami ke sekolah untuk mengambil anak2 balik. Sempat belikan fillet o fish untuk anak2ku. Kami balik bawak anak2 naik bas ke Arenes dan naik Metro ke Joun Jaures.





sempat bergambar lagi sebelum gi sekolah

Bas untuk ke sekolah



menu kantin

kelaparan selepas tamat sekolah