klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, February 27, 2012

Happy Birthday Dear Syakirah

25hb Februari 2012
Entri terlepas lagi yang sepatutnya dimasukkan pada 25hb Februari 2012 lepas tapi disebabkan kebizian, terlepas lagi entri aku ni... Bz sebab buat majlis harijadi bidan terjun.. Hari jumaat baru decide nak buat majlis makan2, baru jemput tetamu dan hari sabtu, barulah nak membeli ikan laaa, daun kesum laaa. So, seawal pukul 6 aku bangun. Buat puding kastad koktel, buat kek karrot, buat sarapan pagi. Then, ajak cik abang gi kedai cari ikan ngan sayur2 ulam untuk laksa. Balik rumah, terus menyibukkan diri. Menu biasa2 ajer. Aku buat laksa, mee goreng (malam tadi operasi buat mee kuning dengan cik abang), then aku buat karipap pusing, kek carrot ngan puding kastard koktel.. Tetamu yang hadir juga ada bawak buat tangan. Ada yang bawak air, ada yang bawak buah2an, ada yang bawak popiah, ada yang bawak cupcake, ada yang bawak cheese cake dan macam2 lagi.. Di kesempatan ini, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang sudi menghadirkan diri ke majlis hari lahir si kecik bongsuku..
Buat Syakirah, Umi doakan agar Ira membesar menjadi insan yang berjaya baik di dunia mahupun di akhirat. Jaga peribadi, jaga maruah diri dan jaga maruah keluarga. Semoga Allah sentiasa melindungi Ira.. We love u Syakirah..
- Heppi Birthday -





























Jom buat Mee kuning

Pagi ni baru lah aku berkesempatan nak update blog. Banyak entri dah terlepas, been very bz. Lappy pulak asyik kena hijack ngan anak2 ajer sebab dia orang cuti sekolah. So, arini dah start semula sekolah setelah cuti hampir 16 hari dari 11hb Feb hingga semalam, 26hb Feb 2012..
So, hari ni kiranya entri terlepas untuk hari khamis 23 Februari aritu. Aku ada buat mee kuning dan aku nak share resepi kat sini.. Resepi ni aku ambik dari dapur mamasya.
Sebenarnya, aku ngan mee kuning ni ada sejarah tersendiri. Dulu2 dlm tahun 1999, aku ada gi belajar buat mee kuning ngan Chef Li.. Alaaa, Chef Li yang famous ngan buku Jutawan Senyap, Biar Kecil Asalkan Berhasil. Masa tu, tempat kursus tu dekat ajer ngan rumah aku di Taman Permata.. Habis kursus, aku siap beli mesin uli utk 5 kg sekali uli ngan mesin buat mee (roller n cutter). Mahal gak dua mesin tu, beribu2 lemon gak tu.. Time tu aku dah pindah ke Butterworth. So, aku pun buatlah mee kuning. Market aku tak pandai buat, ada la jual kat kawan2. Gitu ajer lah.. Time tu, aku buat mee kuning bubuh segala soda ash, sodium silicat ngan apa lagi, aku pun dah tak ingat.
Ingat lagi aku time dok buat mee kuning tu, aku tengah mengandung si kecik bongsu Syakirah yang baru ajer sambut birthday dua hari lepas..  Sambil duduk masukkan doh dalam mesin mee, aku dah terasa contraction.. Aku cakap ngan suami aku, tunggu bila dah sakit 5 minit sekali, baru kita gi hospital.. Kejap2, aku tengok jam. Dan akhirnya bila selang masa constraction aku 5 minit sekali, barulah aku ke hospital. OOppppps, sori. Dari nak share resepi mee, aku dah melalut2 pulak dah.. Ok, ni dia resepi mee yang simple tanpa apa2 bahan pengawet.

siap di pek dalam plastik

aksesori untuk buat mee dengan mesin kenwood
Mee Kuning
500 gm tepung gandum
220 ml air *
sebiji telur*
(*campur kedua2 untuk dapatkan 220ml)
1 sudu teh garam (aku tambah)
sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning mee.
Sedikit minyak masak

Cara-cara:
1. Campur semua bahan dalam mesin uli. Uli hingga tepung bercampur. doh agak kering..
2. Bahagi tepung kepada beberapa bahagian.
3. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
4. Masukkan dalam mesin roller beberapa kali hingga permukaan jadi licin.
5. Masukkan dalam mesin cutter.
6. Celurkan mee yang siap dipotong tadi dalam air mendidih. Biarkan sebentar dalam 2-3 minit.
7. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak.


mesin roller

mesin cutter

Thursday, February 23, 2012

Perubahan cuaca...

Lepas salji mula cair aritu, cuaca pun mula meningkat. Dah tak negative lagi. Kat luar tu, mentari mula menampakkan dirinya. Anak2 jiran sebelah tu mula melompat2 kat atas trampoline. Walaupun cuaca dah makin panas tapi still suhu dalam 5 degree Celcius dan aku still kesejukan dalam rumah.. Tak lama lagi, musim bunga pun akan menjenguk pulak. Satu pengalaman yang tak dapat kurasai ketika di tanahair, merasa hidup di tempat yang punya empat musim. Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi atas rezeki yang Engkau kurniakan..
Pagi ni, kepada still tak okey lagi. Masuk harini, dah 3 hari aku sakit kepala. Asal aku tunjuk or batuk or ada pergerakan, kepala aku rasa macam nak meletup.. Ubat? dah letih makan ubat.. Cafergot aku tinggal beberapa biji lagi yang aku sparekan untuk saat-saat kecemasan tapi bila dah tiga hari still tak okey lagi sakit kepala aku ni, pagi tadi aku pun terpaksa telan sebiji cafergot tu.. Still berdenyut lagi tapi dah berkurangan..
Apa citer pagi ni.... tadi, sampailah vacum yang aku order ikut groupon.fr.. Kira2 macam irobot laa tapi aku beli yang murah ajer. Mungkin kalau ada rezeki lebih, sebelum balik malaysia, aku akan sambar yang mahal sikit, dalam 500 euro punya... Yang ni, dalam 60 euro ajer regenya... instruction pulak dalam bahasa french.. nak kena translate la dulu...
Add caption

Al-Fatihah buat adik Faris

Dalam aku melayari fb pagi ni, ternampak berita tentang adik Faris di blog Mazidul. Rupa-rupanya adik Faris telah pergi dulu mengadap Illahi pagi tadi jam10:18 waktu Malaysia.
Ternyata Allah lebih menyayangi adik Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu. InsyaAllah. Salam takziah buat Encik Sham, Puan Zuraine dan seluruh ahli keluarga atas kehilangan ini. Semoga rohnya tenang di sana. Cerita lanjut, bolehlah baca di sini: blog mazidul
semoga Puan Zuraine tabah atas pemergian adik Faris
Al-Fatihah buat Adik Faris Nur Daniel

Monday, February 20, 2012

Bantuan buat Adik Faris Nur Daniel

gambar ehsan Bersama Mazidul
Tentu hati meruntun melihat wajah insan kerdil yang masih kecil ini. Air matanya yang mengalir memperlihatkan penderitaannya... Terbaca cerita adik Faris ni dari blogger Ummi. Kisahnya boleh juga di baca di blog Mazidul. Aku tergerak untuk masukkan kisah adik Faris supaya kita yang berkemampuan ini sama-sama dapat membantu meringankan beban keluarganya. Jika tidak dari segi wang ringgit, cukuplah dengan doa yang kita panjatkan pada Illahi agar adik Faris akan sembuh seperti sediakala..
Semoga anak kecil ini kembali tersenyum

Keluarga si kecil ini memerlukan bantuan dari segi kewangan bagi membantu kos rawatan yang mencecah ribuan ringgit. Adik Faris disahkan mengidap Hemophagocytic lymphohistiocytosis HLH, penyakit yang dilaporkan mampu mengancam nyawanya...

Andai ada yang sudi menghulurkan bantuan, bolehlah dihulurkan ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail). Moga dengan bantuan dari semua pihak dapat meringgankan tanggungan keluarga ini... InsyaAllah..



Daging Hitam Nasi Kandar

Ni menu aku minggu lepas tapi tak sempat aku nak update sebab anak2 tengah cuti sekolah.. Biasalah, susah la sikit uminya nak dapat laptop. Musim2 sejuk ni kalau aku tak cari apa2 nak buat kat dapur tu macam meroti ke, buat apa2 dessert ke, mulalah aku nak tidur awal.. Daging itam nasi kandar ni mmg favorit gak. Kalau kat Shah Alam dulu, aku selalu beli kat kedai mamak Bukit Jelutong tu... Ish3, baru setahun aku kat sini, aku dah lupa apa nama kedai mamak tu.  Masa masak ni, memang sedap aroma yang keluar dan rasanya pun sedap apatah lagi kalau dimakan dengan nasi panas2... Resepi ni aku terjumpa kat blog mamak haji. Sambil dok search2, jumpa gak kat blog Nieza
tapi aku dah modified bahan2 ikut apa yang ada kat dapur aku tu... Aku memang tak ada kas2 so, I ommit kas2 tu.. Buat yang nak tengok resepi asal, klik kat blog yang aku sebutkan di atas tu.. Percayalah (Macam lagu Siti Norhaliza)... memang sedap daging itam ni.. Kentang tu pun aku tambah kat dalam resepi... hehehehe


DAGING MASAK ITAM NASI KANDAR
600 gm daging lembu (rebus dan potong)
1 biji bawang besar- hiris memanjang
2 senduk rempah kari daging
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk cili/cili giling (ikut pedas)

Bahan kisar/tumis:
1 biji bawang besar kisar (asingkan)
3 ulas bawang putih + 5 cm halia - kisar (asingkan)
1 batang serai - titik
2 helai daun pandan - potong 3"
1 tangkai daun kari
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
2 sudu besar kicap pekat (sesuaikan warna yang dikehendaki)
Minyak masak

Cara-cara:
1. Rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan 4 sekawan, daun pandan, daun kari dan serai hingga naik bau.
3. Masukkan hirisan bawang, kacau hingga bawang bertukar keemasan.
4. Masukkan bawang kisar dan bahan kisaran halia + bawang putih. Tumis hingga berbau wangi.
5. Masukkan serbuk cili atau cili kisar. Kacau rata. Lepas 3-4 minit, masukkan air rebusan daging dan daging. Kacau rata.
6. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan kicap pekat. Kacau rata dan biarkan mendidih serta kuah pekat.
7. Kecilkan api dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata. Padamkan api.
8. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, February 14, 2012

Tragedi Sebelum Subuh.

Cerita pagi ni tak sama cam lagu Anita Sarawak, Tragedi buah epal...  Pukul 9 lebih malam tadi, aku dah terlena depan tv dan terjaga dalam pukul 1 lebih.. Kalau dah terjaga, memang la susah nak tidur balik... Pejam celik pejam celik sampai dekat pukul 2 lebih, aku pun tertidur tapi terjaga balik dalam pukul 3.30 am. Jenguk2 kot tingkat, dah memutih kat luar rumah. Salji turun lagi.. Ni bukan citer salji.. Dalam pukul 4 lebih, aku tertidur dan dalam pukul 5 lebih, terdengar suara memanggil-manggil nama aku. Rupanya anak teruna aku kat hujung katil memanggil aku. Katanya ada banyak air kat dining hall aku. Kelam kabut aku bangun terus keluar bilik... Ya Allah, dining hall aku ngan dapur  aku dah jadi kolam...
-flash back- Ingat tak, 8hb Februari lepas air kat dapur rumah aku tak keluar setitispun. Hari-hari aku kena angkut air dari bilik air. Ada sorang pakcik plumber datang rumah cuba betulkan paip kat sinki dapur aku.. Yang peliknya, hanya sinki dapur ajer yang tak ada air. Setelah pakcik plumber tu godek2 bawah sinki tu, dia kata nak datang balik hari isnin nanti.
Entah apa yang dah digodek2 dek pakcik plumber tu, rupanya dia tak ketatkan balik apa yang dia longgarkan so, air memancut keluar dari bawah sinki dapur aku. Air  tu la yang menyebabkan berlakunya banjir kat rumah aku ni.. Aku rasalah, sebelum ni air tak ada sebab suhu sejuk yang mencecah negative. Hanya malam tadi, suhu dah tak negative.. 3 degree dan masa banjir tu aku tengok suhu dalam 1 degree C walaupun salji tengah turun. Agaknya, tu la pasal tiba2 air dah tak beku dan keluar kat bawah sinki aku tu... Aduuhh, tensionnya aku. Dah lah ngantuk, bangun sebelum subuh pulak tu kena lap ngan mop lantai. Habis karpet belgium aku basah.. Sure bertompok-tompok karpet aku lepas ni...
cuaca pagi ni, 14 Feb 2012

meja kerja cik abang

dapur

hall

abis lah karpet

pintu ke dapur

mop, jangan tak mop...

salji yang turun awal pagi


belakang rumah, kolam pun dipenuhi salji lagi..


Monday, February 13, 2012

cream puff

Hari ni macam hari2 lainnya... Masalahnya, kalau aku dah ngadap internet, mmg tak jadi keje laaa.. So,ni entri pertama aku hari ni sebelum aku tutup laptop ni dan sambung ngan keje rumah, aku just nak share resepi cream puff yang selalu aku buat. Resepi ni lama dah dimintak oleh adik ipar aku dan baru2 ni, di minta oleh teman yang sama-sama merantau ke Touluse ni... gambar ni gambar lama, gambar masa aku buat di Malaysia dulu... Banyak pulak gambar2 yang dah hilang, entah kat mana aku letak.. So, gambar ni ajer yang ada..

dlm kotak untuk di bawak ke rumah kawan
CREAM PUFF
250 ml air
125 gm butter
150 gm tepung gandum
sedikit garam dan gula
4 biji telur

Cara-cara:
1. Didihkan air. Masukkan butter. Kacau sebati.
2. Perlahankan api, masukkan garam dan gula. Masukkan tepung gandum.
3. Kacau hingga tepung tak melekat di periuk. (jadi macam doh bulat).
4. Masukkan dalam mangkuk dan biarkan adunan suam-suam kuku.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau sebati. (boleh guna mixer tapi aku selalu kacau dengan senduk kayu ajer).
6. Masukkan dalam piping beg dengan nozzle bintang. Paipkan atas loyang yang telah dialas aluminium foil dan dilengser dengan sedikit minyak.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C selama 20 min..
8. Bukak oven dan cucuk setiap puff dengan lidi atau hujung pisau..  Kemudian, bakar semula dalam lima minit.. Tujuan dicucuk adalah untuk memastikan wap air dalam krim puff keluar supaya bila masak nanti, puff tak akan kecut bila dah sejuk.

Filling:
1. Campur semua bahan kecuali kuning telur. Kacau sebati.
2. Didihkan hingga agak pekat. Kecikkan api.
3. Ambil 2 sudu besar adunan kastard dan letakkan dalam mangkuk kecik dan campurkan dengan
kuning telur. Kacau sebati.
4. Tuangkan semula dalam adunan asal.  Gaul rata hingga sebati dengan cepat..

- bila cream puff dah sejuk, bolehlah dipotong dua dan diisi dengan kastard..

Untuk filling kastard
500 ml susu segar
75 gm tepung jagung
80 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh essen vanilla

Nota dari Chef Norzailina: Choux Pastry merupakan asas bagi Krim Paf (berbentuk bulat) dan Eclairs (berbentuk jejari). Pastrinya hanya memerlukan empat bahan asas iaitu tepung, mentega, air dan telur. Membuatnya nampak mudah. Namun ada pelbagai teknik yang perlu difahami bagi menghasilkan krim paf yang rangup di luar dan gebu di dalam.

Untuk mendapatkan krim paf yang sedap, gunakan mentega bermutu tinggi. Mentega jenis ini selalunya lebih mahal daripada biasa. Biar pada suhu bilik hingga ia lembut tapi jangan dibiar terlalu lama kerana ia mudah cair dan berminyak. Jangan gunakan marjerin kerana hasilnya tidak memuaskan. Satu lagi langkah penting setelah krim paf masak dan keperangan adalah mencucuknya dengan hujung pisau tajam. Lakukan dengan cepat. Anda tidak perlu mengangkatnya dari tin pembakar itu atau memastikan setiap ‘lubang’ sempurna. Bila semua paf sudah dicucuk, bakar semula selama 5 minit. Ini adalah untuk memastikan wap air di dalam krim paf keluar. Jika tidak dilakukan, krim paf akan mengecut setelah ia sejuk.