klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Thursday, January 12, 2012

Apam Marmar


Apam ni aku buat untuk minum petang minggu lepas. Baru arini aku nak masukkan resepi dalam blog ni.. Apam ni memang sedap, ada rasa lemak2 manis. Lain kami boleh buat lagi. Aku jumpa resepi ni dalam blog Tun_Telani. Resepi apam ni ada kat apam marmar . Tun, tumpang copy paste resepi... hehehehe.

Apam Marmar
Sumber: CMG@myr

Bahan2:
250 gm tepung naik sendiri - aku guna tepung kek
200 ml santan - aku guna 100 ml santan kotak + 100 ml fresh milk
200 gm gula halus
2 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan ovallate
secubit garam
pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-Cara:
1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
2. Pukul dengan speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu.
3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
4. Dalam tin yang telah dilengser dengan mentega, bubuh warna merah dan hijau berselang seli diikuti bahagian yang tanpa warna di atasnya.
5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebanyak 1-2 kali. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

    sebelum dikukus

    apam yang dah masak.



    4 comments:

    tun_telani said...

    salam kak ina.. mmg ni apam yg sgt sedap! tun berulang2 kali buat. kalau buat utk makan2 mmg sesuai sbb senang nk buat dan jimat =)

    harleena said...

    betul tu tun.. Memang sedap..

    Wahidah said...

    thanks for sharing..bole la cuba lepas ne..nice blog..:)

    salam ziarah

    harleena said...

    thanks sudi melawat blog saya ni, wahidah..