klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Tuesday, January 24, 2012

sahabat


Setelah beberapa hari aku menyepikan diri walaupun banyak entri yang tertangguh, hari ini aku gagahkan untuk berkongsi perasaan, mencurah rasa tentang erti persahabatan... Apa bezanya kawan dah sahabat... Tentulah perbezaan dari segi ejaan atau sebutan... hehehe tapi bagi aku atau mungkin bagi teman2 semua, perbezaan kedua2nya adalah dari segi keakraban perhubungan. Kawan adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup kita. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan, kawan akan muncul di sisi kita tapi bila kita kesedihan atau terluka, kawan hanya akan datang bertanya khabar dan terus meninggalkan kita keseorangan. Adakah kawan-kawan yang sanggup bersama-sama menanggung derita kita? Sahabat pula adalah teman yang sanggup bersusah payah menempuh segala onak dan duri dalam kehidupan kita. Sahabat merupakan seseorang yang sentiasa memahami kita, tidak hanya muncul ketika kita sedang ketawa tapi berada di sisi kita ketika kita terluka. Sentiasa memberi semangat kepada kita.

Menurut pakar motivasi Dr. H.M Tuah, "Kawan inilah orang yang lari daripada kita sepantas-pantasnya tatkala kita amat memerlukan dia. Kita perlukan sahabat kerana sahabat akan sedia bersama kita dalam semua keadaan, susah ke, senang ke, sahabat tetap akan setia."

Kadang-kadang bila sendirian, aku terfikir masih punyakah aku seorang sahabat? Atau aku hanya punya kawan-kawan? Betapa sendiriannya aku dalam dunia Allah yang sementara ini..

Sesiapa yang mengenali aku pasti akan tahu tentang sikap aku. Aku seorang yang amat setia pada persahabatan. Sentiasa menjaga hati teman-teman hinggakan hati sendiri selalu terluka. Aku akan sentiasa mohon kemaafan seandainya aku bersalah malah aku juga selalu memohon kemaafan walaupun bukan kesalahan aku sebab aku amat sayangkan semua yang berteman dan bersahabat dengan aku.. Lately, memang aku terasa hati ini dilukai hanya kerana kebenaran yang Allah tunjukkan padaku bahawa yang berkilauan itu tak semestinya permata. Aku seorang yang amat ikhlas bersahabat dengan sesiapa sahaja. Rupanya aku tersilap, bukan semua kawan boleh menjadi sahabat.

Di kejauhan ini, aku bersyukur kerana masih punya kawan yang aku anggap sahabat. Yang sama-sama meluah rasa. Buat teman-teman di luar sana, janganlah menilai aku dari luaran. Kenalilah aku dan aku pasti menjadi teman sejatimu...


"Persahabatan bukan tentang siapa yang datang lebih dulu dan bukan siapa yang lebih lama kamu kenal tapi mereka yang datang dan tak pernah pergi....!!!


SAHABAT...
Bukan berjalan seperti GUNTING yang lurus,
yang selalu memisahkan yang bersatu. Tapi....
SAHABAT itu berjalan seperti JARUM
mesti pun menusuk dan menyakitkan,
tapi menyatukan yang terpisah.
Terkadan kita keras dan kasar berbicara
tapi hati tiada niat untuk melukai.

SAHABAT bukan untuk jadi teman masa senang
serta bukan sekadar teman untuk melepaskan duka...
tapi teman saling mengingati, peduli dan tanpa ada rasa iri hati,
selalu berkongsi suka dan duka kehidupan serta belajar
saling mengerti dan memaafkan....

Mungkin aku tak selayaknya menjadi sahabatmu, aku bersyukur kerana aku tahu ada hikmahnya setiap kejadian yang Allah turunkan padaku. Usahkah bersedih lagi hati kerana seorang kawan pergi, kau pasti mendapat seorang sahabat sebagai ganti,. Terima kasih Ya Allah kerana menunjukkan kebenaran kepadaku tentang siapakah sahabatku di saat aku memerlukan seorang teman dan sahabat. 

4 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,

Betoi tu Harleena...kita banyak kawan, tapi sahabat amat limited dan priceless!

blog-tips-kurus said...

saya sedang mengalami krisis. tacing baca entry ni... huhu!

harleena said...

Moh kembara, thanks kerana sentiasa sudi berkunjung ke blog saya ni... InsyaAllah, semoga kita akan terus jadi sahabat biarpun hanya di dunia maya..

Blog-tips-kurus, banyak2 muhasabah diri..

Pn. Liza Mahmood said...

Ina, usah bersedih, jgn berduka.

Syukurlah dapat tahu the true colors si dia tu lebih awal.

Semua itu lumrah kehidupan-rencah duniawi.

Ina yg saya kenali adalah seorang sahabat yg berterus-terang, tidak pandai cover line & tidak hipokrit.

Ina sentiasa ingat kepada saya & jiran dgn bertanya khabar, saya dapat merasakan Ina mengucapkan "saya sayang awak, saya ingatkan awak" hanya dgn sepiring air tangannya yg dihulurkan jika ada.

Sungguh!

Sewaktu menatap sepiring kuih pemberian Ina itu, saya tidak nampak apa2 melainkan KEIKHLASAN kerana tiada perkataan riak di dalam piring itu, tiada perkataan aku memang rajin masak di dalam piring itu.

Sungguh!

Keikhlasan itu akan dapat dikesan sepantas kilat yg akan menambah hangatkan tali silaturrahim.

Seka air matamu Ina, masih ramai sahabat mu di luar sana yg memahami erti persahabatan mu.

Sesungguhnya nilai perSAHABATAN tidak akan dpt dibeli dgn ringgit & sen.