klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Monday, January 16, 2012

Pau daging

Ni merupakan entri aku yang terakhir... bukan terakhir buat selama2nya tapi terakhir buat hari ini... Pagi2 tadi, aku kukus pau untuk bekalan anak2 ke sekolah.. Pau segera yang aku beli di Paris Store.
pau kaya, beli di Paris store

dari Shah Alam lagi....
pau kacang merah

siap dikukus dan siap untuk dimakan
Lepas aku settlekan bekalan untuk anak2 pagi ni, aku terus masak inti kentang ngan daging... Untuk buat pau daging pulak sebab pau daging memang tak ada jual yang halal. Anak2 pun naik boring gak asyik makan pau kaya ngan kacang merah ajer.  Siap request nak pau daging pulak..
pau daging sebelum dikukus

siap untuk dimakan, gebu dan sedap
Jom kita kongsi resepi pau yang aku dapat dari MyResepi yang hanya menggunakan tepung gandum. Resepi dari Yani.. Thanks a lot yani for this recipe... resepi asal boleh ambik kat  sini:

Pau
Bahan-bahan
300 gram tepung gandum (450 gm)
6 gm baking powder (1 sudu besar)
secubit garam
162 ml air suam (240 ml)
6 gram yis segera (sepaket yis segera)
30 gram gula halus (45gm)
18 gram lemak sayur. (25 gm)
(aku buat 1 1/2 adunan so, dlm kurungan tu timbangan yg aku dah alter)

Cara-Cara:
1. Masukkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Campurkan air, yis dan gula dalam bekas lain. Kacau hingga gula larut.
3. Masukkan campuran yis dalam adunan tepung. Uli hingga adunan hampir licin.
4. Campurkan lemak sayur dan uli hingga licin. Bentukkan bulat dan perapkan sehingga naik 2 kali ganda..atau 40C dalam oven hingga naik 2 kali ganda.
5. Untuk uji samada doh naik atau tidak, tabur sikit tepung atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh tu dah naik.
6. Tekan2 untuk keluarkan angin. Bahagi doh kepada bebola kecil sebesar bola pingpong. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
7. Ambik doh, canaikan dan letak inti ditengah2. Tutup rapat2 dan alaskan bawahnya dengan kertas minyak.
8. Biarkan naik sebentar dlm 30 minit.
9. Kukus dengan api kuat selama 15-20 minit..

selamat mencuba..

(masa yang aku gunakan tak sama dengan masa dalam resepi asal sebab cuaca kat sini tengah sejuk. Aku terpaksa panjangkan masa).





4 comments:

tun_telani said...

salam kak ina ^^ bulat2 cantik je pau akak.. tun bila wat pau, mula la mcm2 size ada. kalau kene go through QC mesti kene reject.. kui kui..

izahdaut said...

comelnyaaa.. saya pun pernah buat pau guna resepi ni. mmg sedap gebu

MOH KEMBARA said...

Salam,

Ha hah anak2 main order jer. Mak kan terer masak!

harleena said...

Tun,masa mula2 bentuk tu tak bulat pun tapi lepas kukus, dia naik gebu..

Izahdaut, memang sedap dan gebu kan... lain kali boleh buat lagi.

Moh Kembara, tu la pasal.. Dia orang tau order ajer... hehehe