klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Friday, January 6, 2012

chocolate chips cookies

Ni antara resepi chocolate chips cookies yang aku selalu buat kat sini. Kalau kita search internet, memang macam2 versi chocolate chips cookies yang kita boleh dapat tapi setakat ni, resepi ni lah yang aku suka.. Anak2 angkat aku kat sini pun suka chocolate chip ni. So, hari ni aku nak kongsi resepinya..



Chocolate chips cookies

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
1 sb baking powder
1 sb soda bikarbonate
1 st garam halus
375 gm butter (suhu bilik)
1 1/2 cawan gula castor
1 1/2 cawan gula perang
3 biji telur
1 sb essen vanilla
3 cawan chocolate chip
3 cawan oat
2 cawan kelapa kering
2 cawan kacan pecan/hazelnut/almond (cincang kasar)

Cara:
1. Panaskan oven 170 C.
2. Campurkan tepung, baking powder, baking soda dan garam dalam satu mangkuk.
3. Dalam mangkuk lain, putar mentega pada kelajuan sederhana hingga berkrim.
4. Masukkan kedua2 jenis gula. Putar lagi hingga sebati. (lbh kurang 2-3 minit).
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar. Masukkan essen vanilla. Putar sebati.
6. Masukkan campuran tepung, gaul hingga sekata dengan senduk kayu. Masukkan chocolate chip, oat, kelapa dan kekacang yang digunakan. Gaul rata.
7. Gunakan sudu teh dengan menggunakan drop method dan letakkan atas loyang yang dilapik dengan baking sheet. Tak perlu disapu dengan mentega. Jarakkan 2 inci setiap satu kerana adunan akan mengembang bila dibakar.
8. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit. Pusingkan loyang separuh jalan.
9. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam balang.
dropped method, sebelum di bakar

biskut mengembang di dalan oven



5 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Leena :)
Wow dpt byk yer cookies nih... Blh print resipi dulu..tq for sharing :)

tun_telani said...

wahh.. letak kelapa ye.. kalaubiskut raya yg letak kelapa mmg sedap, tp choc chip cookies x pernah try lg.. mesti wangi je bila bakar kan.

harleena said...

Mama Hawa, memang dapat banyak cookies ni. Puas makan...

Tun_telani, cookies ni memang sedap. Lama dah nak share tapi asyik terperap dalam laptop ajer. Baru berkesempatan nak share.

umiyumi said...

Salam Kak,
Umi pun br je buat choc chip cookies haritu. mmg sedap kan, tambah2 budak2 pulak tgh cuti sekolah ni asyik nk makan je :)

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,

Hmmm beruntung anak2 dpt mak yg rajin cam Yong ni...yummy!