klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Tuesday, January 31, 2012

Secret Coke formula

Anda pengemar Coke? Yes.... aku memang pengemar tegar coke suatu ketika dulu. Bermula masa sekolah menengah dan menjadi suatu minuman yang harus buat aku ketika aku mula menjadi pelajar di ITM suatu ketika dulu.. Masa tu kalau dahaga, dah tentu terbayangkan coca cola yang sejuk.. Perg, sungguh menyegarkan tekak ku.. Berbelas tahun atau mungkin berpuluh tahun...?? aku dengan coke memang tak dapat dipisahkan. Cuba bayangkan minuman pertama yang terbayang dalam benak kepalaku ketika aku habis berpantang anak pertama... COKE...  44 hari boleh berpantang tanpa ais, hanya dengan air suam dan ketika tu, betapa sedapnya minuman tanpa ais tapi sebaik habis pantang, COKE jugak yang aku cari... ish3....

Tapi dari tahun berganti tahun, kegilaan aku dengan coke sudah berkurangan..... So, hari ni aku nak share info yang aku dapat dari fb... Betul atau tidak, wallahualam...


Samada kandungan coca cola terdapat alcohol atau tidak pada masa kini, apa yang pasti ianya adalah minuman yang tidak baik untuk kesihatan kerana kandungan gula dan kafeinnya. Antara sebabnya:

Coke has around 40 grams of added sugar for one 12 oz can. Your daily limit of added sugar if you are an adult male is 37 grams. For a woman, it's only 25 grams. For a child or teen, it is higher, around 65 grams at the highest. If you have a can of Coke a day, let alone 2 or more, you have already consumed 3-15 grams more than you should have of added sugar for the entire day if you are an adult. This is only a 12 oz can we are talking about. (dari Answer.com)


read more: answer.com


waffle

Pagi-pagi tadi aku buat waffle untuk anak-anak bawak bekal ke sekolah.. Resepi waffle ni dari manual waffle maker, malas dah nak cari yang lain.. Tapi kalau perhatikan resepi ni, lebih kurang macam resepi pancake gak tapi kalau buat pancake, anak-anak tak berapa suka. Kalau waffle, memang laku. Sapu dengan butter and nutella..

filing untuk waffle

WAFFLE
bahan-bahan:
300 gm tepung
1 sudu teh baking powder
2 biji telur
75 gm gula castor
500 ml susu segar
100 gm butter - cairkan dan sejukkan
secubit garam

Cara-cara:
1. Cairkan butter
2. Pukul telur dengan susu hingga sebati.
3. Masukkan gula dan pukul sebati.
4. Masukkan tepung yang dicampur dengan baking powder dan sedikit garam. Pukul sebati.
5. Tuangkan butter dan sebatikan adunan. Perap sejam. (tak sempat perap pun)
6. Tuang adunan dalam acuan dan biarkan masak/garing. Angkat.
7. Sapukan dengan inti pilihan..

31 Jan 2012

Duduk tak duduk, rupanya dah penghujung bulan Januari buat tahun 2012 ni.. Sebaik anak2 pergi sekolah, aku menyiapkan sarapan aku buat pagi ni, kuaw  teow goreng. Pagi tadi, aku buat waffle untuk anak2. Sambil lepak bersarapan, sambil tengok tv dan sambil memaksa diri ini update blog. Once datang rasa malas, memang akan malas.. Agaknya, sebab tu lah ada teman2 aku yang malas nak buat blog walaupun banyak yang boleh diceritakan sebab takut tak dapat nak update selalu. Macam aku jugaklah, banyak betul entri yang terbabas dan insyaAllah, aku ingat nak buat beberapa entri hari ni..
sarapan pagi ni, kuey teow goreng, waffle dengan semug teh
Alamak, call dari cik abang sayang pulak dah. Nak balik rumah sebab kurang sihat.. "Dah masak ke?" hehehehe, belum lagi laaa. Nampaknya, segala entri tergendala sebentar sebab aku nak kena gi dapur.. Hajat di hati nak bakar ayam tandoori tapi nak bakar pukul 3.30 pm karang so bila anak-anak balik sekolah, ayam tu panas lagi. Well, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya... Karang aku kongsi resepi waffle untuk sarapan pagi tadi..

Chow dulu..

Wednesday, January 25, 2012

Bonne Nuit


Selamat malam. Masa untuk melabuhkan diri. Jam menunjukkan tepat pukul 12.07 am. Semoga dapat melelapkan mata dan melupakan permasalahan di dunia sementara ini.


Tuesday, January 24, 2012

Hati Ibarat Raja

Ia memiliki tentera. 
Siapakah tentera hati?
Mereka adalah mata, lisan dan perasaan.
Jadi, jika kita ingin tahu hati kita bagaimana rupanya, maka lihatlah tenteranya.
"Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada segumpal daging yang apabila dia baik maka akan baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka akan buruklah seluruh jasad. Itulah hati.” 
[HR. Bukhari dan Muslim]
Dan Allah SWT mengajarkan juga kepada kita bahawa orang yang buta itu bukannya buta pada mata sebenarnya,
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga (akal) mereka  dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada." 
[QS Al-Hajj, 22:46]
Dan Rasulullah SAW juga mengingatkan kita bahawa,
"Allah tidak memandang pada rupa-rupa dan harta-harta kalian, tetapi Dia memandang pada hati-hati dan amal-amal kalian." 
[HR. Muslim]
Jika objek pandangan manusia adalah pakaian yang kita pakai, kenderaan yang kita guna, warna kaca mata atau style rambut, maka objek pandangan Allah adalah hati dan keadaannya.
Jadi, berhati-hatilah!
Jika objek pandangan manusia adalah sesuatu yang kita sering perhatikan agar ianya selalu dalam keadaan yang terbaik dan terbagus, kenapa kadang-kadang kita terlalu sanggup untuk membiarkan objek yang dilihat oleh Allah itu kekal dalam keadaan yang kotor lagi hina?
Di saat manusia sedang terbuai dengan melihat keadaan diri kita yang indah, tetapi dalam pada masa yang sama Allah melihat segala kehinaan yang kita sembunyikan.
Sehingga kita hanya menghias apa yang dilihat manusia, pada saat yang sama kita melupakan apa yang diperhatikan oleh Allah.
Maka, lihatlah kembali hati kita di mana sebenarnya?
Kerana ia adalah objek yang dilihat oleh Allah pada diri kita.
"Wahai Pembolak-balik hati, tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu!" 
[HR Tirmidzi dan Ahmad]
Ayuh! Bersihkan dia! Cantikkan dia!
Kalau kita sanggup untuk berdiri di hadapan cermin selama 20 hingga 30 tahun untuk memikirkan macam mana mahu mencantikkan diri kita dan melupakan tentang kebersihan hati kita, maka bermula dari sekarang kita harus memikirkan bagaimana pula mahu berbuat hal yang sama untuk hati kita.
Jangan lupa untuk menghiaskan dia. Bersihkan ia daripada noda, kotoran, hasad, dengki, mencintai syahwat yang telah mengusainya selama sepuluh atau lima belas tahun, dan sebagainya.

Terima kasih atas perkongsian dari www.ilmi-islam.com

kuih cara manis

Resepi aku nak kongsi ni merupakan menu untuk sarapan semalam, request from my youngest daughter, syakirah. Dia memang suka kuih cara manis ni.
 Resepi aku dapat dari fotopages rinnchan. Aku buat separuh ajer adunan yang diberi. Dapatlah 11 pasang kuih cara ni. (sepasang lagi dah selamat masuk mulut)... Jom share resepi:

KUIH CARA MANIS

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan air pandan (blend 2 helai daun pandan dengan air)
1 cawan santan
sebiji telur
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau

Cara-Cara:
1. Masukkan semua bahan2 dalam blender dan blend hingga sebati.
2. Panaskan acuan kuih cara dan sapu dengan minyak.
3. Tuangkan adunan (jgn penuh sangat) dan bubuh 1/2 sudu teh gula dalam adunan tadi.
4. Tutup dengan tudung periuk. Bila sudah masak, gunakan lidi satay utk keluarkan dari acuan..


menu lunch 24 Jan 2012

Alhamdulillah, baru ajer lepas lunch dengan cik abang... Hari ni ngan semalam, cik abang cuti Chinese New Year. Walaupun duduk di France tapi cuti still ikut Malaysia. So, hari ni kami berdua-duaan di rumah. Masing2 dengan urusan masing2. hehehehe.
Menu arini, nasi beriani segera, kerabu tomato and gulai telur...


Menu orang kurang rajin ni... kalau sesiapa nak try nasi beriani ni, sonang sesangat. Just pakai rempah beriani maggie. Tumis bawang besar dengan minyak sapi. Then, masukkan rempah beriani. Kacau rata2. Then, masukkan beras yang dah dibasuh. Masukkan sekali ayam. Tekanlah button rice cooker tu. Jap ajer dah boleh makan nasi beriani ni.. Kalau rajin, buatlah gulai dhal.. hajat di hati tadi nak buat gulai dhal sayur tapi ralit sembang kat skype ngan adik ipar, terus hangit sudah dhal ku..

sahabat


Setelah beberapa hari aku menyepikan diri walaupun banyak entri yang tertangguh, hari ini aku gagahkan untuk berkongsi perasaan, mencurah rasa tentang erti persahabatan... Apa bezanya kawan dah sahabat... Tentulah perbezaan dari segi ejaan atau sebutan... hehehe tapi bagi aku atau mungkin bagi teman2 semua, perbezaan kedua2nya adalah dari segi keakraban perhubungan. Kawan adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup kita. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan, kawan akan muncul di sisi kita tapi bila kita kesedihan atau terluka, kawan hanya akan datang bertanya khabar dan terus meninggalkan kita keseorangan. Adakah kawan-kawan yang sanggup bersama-sama menanggung derita kita? Sahabat pula adalah teman yang sanggup bersusah payah menempuh segala onak dan duri dalam kehidupan kita. Sahabat merupakan seseorang yang sentiasa memahami kita, tidak hanya muncul ketika kita sedang ketawa tapi berada di sisi kita ketika kita terluka. Sentiasa memberi semangat kepada kita.

Menurut pakar motivasi Dr. H.M Tuah, "Kawan inilah orang yang lari daripada kita sepantas-pantasnya tatkala kita amat memerlukan dia. Kita perlukan sahabat kerana sahabat akan sedia bersama kita dalam semua keadaan, susah ke, senang ke, sahabat tetap akan setia."

Kadang-kadang bila sendirian, aku terfikir masih punyakah aku seorang sahabat? Atau aku hanya punya kawan-kawan? Betapa sendiriannya aku dalam dunia Allah yang sementara ini..

Sesiapa yang mengenali aku pasti akan tahu tentang sikap aku. Aku seorang yang amat setia pada persahabatan. Sentiasa menjaga hati teman-teman hinggakan hati sendiri selalu terluka. Aku akan sentiasa mohon kemaafan seandainya aku bersalah malah aku juga selalu memohon kemaafan walaupun bukan kesalahan aku sebab aku amat sayangkan semua yang berteman dan bersahabat dengan aku.. Lately, memang aku terasa hati ini dilukai hanya kerana kebenaran yang Allah tunjukkan padaku bahawa yang berkilauan itu tak semestinya permata. Aku seorang yang amat ikhlas bersahabat dengan sesiapa sahaja. Rupanya aku tersilap, bukan semua kawan boleh menjadi sahabat.

Di kejauhan ini, aku bersyukur kerana masih punya kawan yang aku anggap sahabat. Yang sama-sama meluah rasa. Buat teman-teman di luar sana, janganlah menilai aku dari luaran. Kenalilah aku dan aku pasti menjadi teman sejatimu...


"Persahabatan bukan tentang siapa yang datang lebih dulu dan bukan siapa yang lebih lama kamu kenal tapi mereka yang datang dan tak pernah pergi....!!!


SAHABAT...
Bukan berjalan seperti GUNTING yang lurus,
yang selalu memisahkan yang bersatu. Tapi....
SAHABAT itu berjalan seperti JARUM
mesti pun menusuk dan menyakitkan,
tapi menyatukan yang terpisah.
Terkadan kita keras dan kasar berbicara
tapi hati tiada niat untuk melukai.

SAHABAT bukan untuk jadi teman masa senang
serta bukan sekadar teman untuk melepaskan duka...
tapi teman saling mengingati, peduli dan tanpa ada rasa iri hati,
selalu berkongsi suka dan duka kehidupan serta belajar
saling mengerti dan memaafkan....

Mungkin aku tak selayaknya menjadi sahabatmu, aku bersyukur kerana aku tahu ada hikmahnya setiap kejadian yang Allah turunkan padaku. Usahkah bersedih lagi hati kerana seorang kawan pergi, kau pasti mendapat seorang sahabat sebagai ganti,. Terima kasih Ya Allah kerana menunjukkan kebenaran kepadaku tentang siapakah sahabatku di saat aku memerlukan seorang teman dan sahabat. 

Tuesday, January 17, 2012

Roti lagi..

Pagi ni seperti biasa, seawal jam 4 am aku pasti dah terjaga.. Disebabkan malam tadi aku ada buat roti bun manis, so pagi ni aku terus menyibukkan diri masak untuk lunch. Aku masak nasi, then buat tom yam seafood. Perap ayam untuk aku bakar tengahari karang dan lastly but not least, aku buat sambal cili api ikan bilis.
sarapan aku pagi ni, sepinggan nasi dengan tomyam dan seketul bun manis
 dengan sambal ikan bilis serta satu mug nescafe...
Apa yang seronoknya bila awal2 pagi aku dah buat lunch serta makan mlm utk anak-anak ialah, lepas ni aku bolehlah ngadap tv or internet or even settlekan sikit sebanyak kerja rumah. Tak payahlah aku nak masak lagi and it save time. Tapi yang paling tak bestnya bila aku dah siap masak lunch seawal jam 7.30 pagi ialah sebaik anak2 pergi sekolah dan seawal jam 8.30 pagi, aku dah sarapan dengan nasi... Dan yang paling tak best lagi, seawal jam 12.30 tengahari pulak aku dah lunch... Memang ada harapan naik berat badan aku ni...

Ni citer malam tadi, aku meroti lagi... sayang pulak inti kentang ngan daging tu ada lagi sikit lebihan dari buat pau daging, so aku buat lah roti dan bubuh inti kari daging gunakan bun manis hasil resepi dari rakan di fb iaitu Liza Othman. Mohon share resepi kat blog saya... Semoga Allah yang dapat membalas segala perkongsian dari Puan Liza..

bun roti manis berinti kari kentang dan daging

bun manis dengan slice cheese di atas


Roti asas (resepi Liza Othman, fb)
Bahan-bahan:
500 gm tepung roti atau gandingan 400 gm tepung roti dan 100 gm tepung gandum
(aku guna 500 gm tepung gandum)
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
1 st bread improver (optional)
11 gm yis atau sepeket yis
sebiji telur campurkan dengan air sejuk 265 gm
80 gm butter
1 st bread softener
(bread improver ngan bread softener ni aku beli kat Malaysia, kat sini, jangan haraplah nak jumpa. tak tau nak cari kat mana..)

Cara-cara: (aku gunakan mesin uli kenwood)
1. Campurkan semua bahan kering, putar sebentar.
2. Masukkan cecair, uli dan sebatikan.
3. Masukkan butter. Uli hingga licin.
4.Perap hingga naik 2 kali ganda. Bila doh dah naik, tumbuk untuk keluarkan angin.
5. Bahagi doh kepada 50 gm setiap satu. Kalau nak bubuh inti, canai doh dan isi inti, then
cantumkan semula doh.
6. Lepas dibentuk doh, perap lagi hingga naik 2 kali ganda.
7. Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 15-20 minit.

Kiranya semalam tu memang hari Rajin aku sampai kan suami aku siap tegur. "Buat apa lagi kat dapur tu, cukup-cukuplah tu".. hehehehe. Yang bestnya bila duduk kat dapur, tak terasa sejuk sangat. Kalau tak, memang tiga lapis aku pakai baju dalam rumah..

So, apa lagi.. Jom meroti...

Monday, January 16, 2012

Pau daging

Ni merupakan entri aku yang terakhir... bukan terakhir buat selama2nya tapi terakhir buat hari ini... Pagi2 tadi, aku kukus pau untuk bekalan anak2 ke sekolah.. Pau segera yang aku beli di Paris Store.
pau kaya, beli di Paris store

dari Shah Alam lagi....
pau kacang merah

siap dikukus dan siap untuk dimakan
Lepas aku settlekan bekalan untuk anak2 pagi ni, aku terus masak inti kentang ngan daging... Untuk buat pau daging pulak sebab pau daging memang tak ada jual yang halal. Anak2 pun naik boring gak asyik makan pau kaya ngan kacang merah ajer.  Siap request nak pau daging pulak..
pau daging sebelum dikukus

siap untuk dimakan, gebu dan sedap
Jom kita kongsi resepi pau yang aku dapat dari MyResepi yang hanya menggunakan tepung gandum. Resepi dari Yani.. Thanks a lot yani for this recipe... resepi asal boleh ambik kat  sini:

Pau
Bahan-bahan
300 gram tepung gandum (450 gm)
6 gm baking powder (1 sudu besar)
secubit garam
162 ml air suam (240 ml)
6 gram yis segera (sepaket yis segera)
30 gram gula halus (45gm)
18 gram lemak sayur. (25 gm)
(aku buat 1 1/2 adunan so, dlm kurungan tu timbangan yg aku dah alter)

Cara-Cara:
1. Masukkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Campurkan air, yis dan gula dalam bekas lain. Kacau hingga gula larut.
3. Masukkan campuran yis dalam adunan tepung. Uli hingga adunan hampir licin.
4. Campurkan lemak sayur dan uli hingga licin. Bentukkan bulat dan perapkan sehingga naik 2 kali ganda..atau 40C dalam oven hingga naik 2 kali ganda.
5. Untuk uji samada doh naik atau tidak, tabur sikit tepung atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh tu dah naik.
6. Tekan2 untuk keluarkan angin. Bahagi doh kepada bebola kecil sebesar bola pingpong. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
7. Ambik doh, canaikan dan letak inti ditengah2. Tutup rapat2 dan alaskan bawahnya dengan kertas minyak.
8. Biarkan naik sebentar dlm 30 minit.
9. Kukus dengan api kuat selama 15-20 minit..

selamat mencuba..

(masa yang aku gunakan tak sama dengan masa dalam resepi asal sebab cuaca kat sini tengah sejuk. Aku terpaksa panjangkan masa).





Sunday, January 15, 2012

Puri

Sabtu, 15 Januari, 2012... bz jugak arini... Seawal pagi aku dah terjaga. Pagi ni, aku buat sarapan roti puri yang aku dok usha kat internet dalam beberapa hari ni.. Resepi yang aku jenguk tu resepi puri kentang dari blog izahdaut . Macam best ajer roti puri tu tapi disebabkan aku malas nak rebus kentang, jadi aku buat roti puri biasa ajer. Resepi roti puri tu pulak aku dapat dari blog sini. Aku minta izin copy paste ajer..  Then, aku masak sardin untuk makan dengan puri tersebut. Gulai sotong semalam pun ada lagi... Ni gambarnya.....

doh tepung yang siap dibulat2kan (asalnya12 ketul tapi lastly
aku cantumkan menjadikan doh  tu 6 biji, besar sikit.. hehehehe

menggoreng puri

hampir masak
voilla..... puri dimakan dengan kari

Roti Puri
(aku buat separut adunan ajer dan dapatlah dalam 6 ketul sebesar bola pingpong)

Bahan-bahan ( dapat ler dlm 20 biji )

  • 4 cawan tepung gandum
  • 5 s/b marjerin atau kalau suka bole campur dgn minyak sapi(3s/b marjerin +2s/b minyak sapi)
  • 1 s/b susu manis (tak letak pun ok)
  • 11/2 s/k baking powder
  • 1 s/k garam
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Satukan tepung dgn baking powder dan garam
  2. Masukkan marjerin gaulkan sehingga sekata..
  3. Masukkan susu yg dicampur sedikit air..kemudian masukkan air sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yg tak melekat di jari.
  4. bahagikan doh kecil-kecil sebesar 50 sen..akhir sekali canaikan doh..jgn terlalu tebal atau nipis...kemudian goreng..

Friday, January 13, 2012

Anak asset ke syurga atau neraka?

Jom kita renung2kan bersama...


Isu E-kod dalam makanan dan minuman

Isu ni dah lama diperkatakan oleh pelbagai pihak. Bila dah berada di luar negara ni, memang setiap kali nak membeli barangan makanan atau minuman terpaksalah membesarkan mata utk lihat 'ingredient' yang tertulis. Kena besarkan mata sebab dah rabun dekat, tulisan pulak kecik2. Jenuh nak baca. Ais krim, coklat, roti, minuman dan pelbagai lagi barangan yang nak dibeli, kena diperhatikan betul2 E-kod nya. Aku pun buatlah research sendiri kat internet nak aku nak berkongsi apa yang aku dapat dari seorang blogger ttg isu E-Kod di sini . Info tentang E-Kod ini juga terdapat dalam nota seorang teman aku yang merupakan pegawai  yang bertugas di JAKIM. Terima kasih Ieyna Hassan atas perkongsian tersebut. Aku copy paste apa yang aku dapat dari blog yang pernah ku baca.

Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu. Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian keatas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu.


Baru-baru ini, cerita mengenai bahan campuran makanan ‘E-Codes‘ ini sekali lagi tersebar dan menjadi salah satu isu dinegara kita. Ini bermakna sudah lebih kurang 3 tahun, kes mengenai kandungan campuran makanan bertanda ‘E -Code‘ masih menjadi tanda tanya kepada kita sebagai seorang pengguna. Malah ada yang menuding jari mempertikaikan tugas JAKIM dan tidak kurang juga yang mempertikaikan status negara kita sebagai Negara Islam. Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi.
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920
Walaubagaimana pun, agak menghairankan juga bila makanan ringan yang banyak terdapat dipasaran dikatakan mempunyai campuran lemak babi gara-gara mempunyai bahan campuran salah satu dari kod diatas. Sedangkan makanan ringan tersebut mempunyai logo ‘Halal JAKIM’. Disebabkan rasa ragu mengenai isu ‘E-Codes‘ ini, saya telah mengambil keputusan untuk membuat ‘research’ mengenai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi ini. Antara yang saya temui adalah salah satu aduan yang dibuat di laman web Portal E-Halal mengenai email Dr. M. Anjad Khan pada tahun 2007 yang lalu.


Menurut pihak JAKIM mengenai kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna
E100: merupakan dari sumber tumbuhan.
E110: dari sumber chemical
E120: dari summer serangga
E140: dari sumber tumbuhan
E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet
E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.
E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E234: Nisin; dari sumber microbe.
E280: Propionic Acid dari sumber chemical.
Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna
E153: carbon black.. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan Emulsifier
E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf bahan-bahan kritikal tersebut akan diperiksa dahulu sebelum disahkan halal. Pihak JAKIM nasihat kepada pengguna islam yang bijak agar memilih makanan yang mendapat pengesahan halal JAKIM atau badan-badan islam yang diikhtiraf.

Manakala dibawah ini pula, adalah jawapan dari pihak UKM mengenai isu ini pada 9 Dec 2009.
Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “diomong-omongkan” dengan perkara sebegini.
Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh musuh-musuh Islam.
Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan. Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).
Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin. Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.
Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.
Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Benarkan saya menjelasakan sedikit. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.
Munfaat ini TIDAK TERHAD kepada haiwan babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).
Mengikut konsep ISTIHALAH (transformation) yang digunapakai oleh mazhab Maliki dan Hambali, sesuatu bahan baru (produk) itu dianggag suci apabila ciri-cirinya berbeza sama sekali dengan ciri-ciri bahan mula, dengan syarat agen transformasi adalah halal. Dalam hal kolagen dan lemak, agen transformasi adalah asid atau enzim atau kedua-duanya.
Enzim industri pada masa ini dihasilkan daripada mikrob melalui teknik DNA rekombinan (recombinant DNA) dan kejuruteraan genetik (genetic engineering). DiMalaysia , kita adalah penganut mazhab Syafie, dan perkara seumpama ini tak dibenarkan. Sekiranya timbul isu halal/haram sebegini, eloklah kita tanyakan kepada pembekal produk itu sendiri, atau dapatkan pengesahan/kepastian daripada Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM, Serdang. Sekian dimaklumkan.
Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Kami termasuk Muslim brothers daripada India dan US dah cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.
Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Cara lain adalah dengan menggunakan kaedah bioteknologi seperti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan HalalMalaysia di UPM. Oleh yang demikian, saya tak dapat menjawab soalan saudari dengan tepat, kecualilah kita telah pasti bahawa komponen lipofilik sesuatu pengemulsi itu diperolehi daripada minyak tumbuhan..
School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
mamot@ukm.my

Friday the 13th...

Tak tau nak bubuh tajuk apa dah... Hari ni, friday the 13th.... hehehehe..
Seperti biasa, seawal jam 4 aku pasti akan terjaga... Baring2 atas katil, then dalam pukul 6 aku bangun macam biasa untuk siapkan sarapan pagi. Pagi ni, aku buat jemput/cucuq kentang+udang+bawang... Then, masak nasi dan sempat masak untuk lunch sekali. Aku buat gulai sotong.

Pagi ni cuaca still sejuk tapi temp tak serendah semalam. Hari ni 1 C tapi aku dah pakai 3 lapis baju ni, still dok sejuk lagi. Heater kat hall tu memang tak cover seluruh hall aku ni.. Duduk betul2 bawah heater tu barulah terasa panas sikit. padahal aku dah set temperature ke 30C...

Ni menu untuk anak2 bawak bekal semalam. sepatutnya dalam entri semalam tapi aku tak sempat nak masukkan.  Ada request dari anak teruna aku. Katanya nak roti poket. Jadi, aku pun buat roti poket. Isi poket ni boleh ajer kalau nak bubuh amenda pun. Semalam, aku bubuh scramble egg ajer. Kalau nak bubuh tuna pun boleh, sausage pun boleh, daging burger pun boleh.. Resepi ada kat sinii: 


menggoreng roti

roti yg siap dipotong dua menjadi poket

Thursday, January 12, 2012

Apam Marmar


Apam ni aku buat untuk minum petang minggu lepas. Baru arini aku nak masukkan resepi dalam blog ni.. Apam ni memang sedap, ada rasa lemak2 manis. Lain kami boleh buat lagi. Aku jumpa resepi ni dalam blog Tun_Telani. Resepi apam ni ada kat apam marmar . Tun, tumpang copy paste resepi... hehehehe.

Apam Marmar
Sumber: CMG@myr

Bahan2:
250 gm tepung naik sendiri - aku guna tepung kek
200 ml santan - aku guna 100 ml santan kotak + 100 ml fresh milk
200 gm gula halus
2 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan ovallate
secubit garam
pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-Cara:
1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
2. Pukul dengan speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu.
3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
4. Dalam tin yang telah dilengser dengan mentega, bubuh warna merah dan hijau berselang seli diikuti bahagian yang tanpa warna di atasnya.
5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebanyak 1-2 kali. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

    sebelum dikukus

    apam yang dah masak.



    Cuaca oh cuaca


    Salam buat semua yang sudi menjenguk ke blog ku ini. Rasanya macam lama sangat dah tak update blog ni. Cuaca sehari dua ni memang sejuk. Rasa nak duduk dalam selimut ajer. Terus jadi tak produktif. Memang makin besar vitamin M datang.. 3-4 minggu lepas, memang sejuk. Cuaca menjangkau ke suhu -1 C tapi selepas tu, suhu makin meningkat. Setiap hari suhu dalam 7-11C hingga lah sehari dua ni, suhu makin sejuk semula. Hari ni ajer, suhu pagi ni menjangkau -2C..


    daun diselaputi ais ketika suhu -1 dulu


    Friday, January 6, 2012

    chocolate chips cookies

    Ni antara resepi chocolate chips cookies yang aku selalu buat kat sini. Kalau kita search internet, memang macam2 versi chocolate chips cookies yang kita boleh dapat tapi setakat ni, resepi ni lah yang aku suka.. Anak2 angkat aku kat sini pun suka chocolate chip ni. So, hari ni aku nak kongsi resepinya..



    Chocolate chips cookies

    Bahan2:
    3 cawan tepung gandum
    1 sb baking powder
    1 sb soda bikarbonate
    1 st garam halus
    375 gm butter (suhu bilik)
    1 1/2 cawan gula castor
    1 1/2 cawan gula perang
    3 biji telur
    1 sb essen vanilla
    3 cawan chocolate chip
    3 cawan oat
    2 cawan kelapa kering
    2 cawan kacan pecan/hazelnut/almond (cincang kasar)

    Cara:
    1. Panaskan oven 170 C.
    2. Campurkan tepung, baking powder, baking soda dan garam dalam satu mangkuk.
    3. Dalam mangkuk lain, putar mentega pada kelajuan sederhana hingga berkrim.
    4. Masukkan kedua2 jenis gula. Putar lagi hingga sebati. (lbh kurang 2-3 minit).
    5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar. Masukkan essen vanilla. Putar sebati.
    6. Masukkan campuran tepung, gaul hingga sekata dengan senduk kayu. Masukkan chocolate chip, oat, kelapa dan kekacang yang digunakan. Gaul rata.
    7. Gunakan sudu teh dengan menggunakan drop method dan letakkan atas loyang yang dilapik dengan baking sheet. Tak perlu disapu dengan mentega. Jarakkan 2 inci setiap satu kerana adunan akan mengembang bila dibakar.
    8. Bakar selama lebih kurang 15-20 minit. Pusingkan loyang separuh jalan.
    9. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam balang.
    dropped method, sebelum di bakar

    biskut mengembang di dalan oven



    Main salji di Pas de la Casa

    Dah masuk musim sejuk buat kali kedua aku di Toulouse tapi sayangnya, tahun lepas dan tahun ni, tak ada salji kat Toulouse. Setau aku, penghujung tahun 2009  dulu, Toulouse pernah dihujani dengan salji. Tahun ni juga, tahun kedua aku bermain salji di luar kawasan... hehehehe. Gambar main salji tahun lalu di Cauteret pun aku tak masukkan lagi dalam blog ni, dah main salji sekali lagi. Kali ni, konvoi beramai2 ke Pas de la Casa di Andorra untuk main salji. Kami pergi dengan 6 buah kenderaan, bertolak seawal jam 8 pagi. Sebaik sampai di sana, barulah kami bersarapan beramai2 dengan bekalan yang dibawak.
    Kita layan gambar2 ajerlah...
    welcome to Andorre

    dari jauh dah nampak gunung yang bersalji




    sampai ajer, terus sarapan. Masa ni dah dekat pukul 11 lebih

    Ain dan Harris


    Bad and Ammar

    Nasi lemak time



    Gerai Mej Saipol... hehehe




    cuaca sejuk tapi matahari memancar2..


    getting ready... snow, here we come






    tarik, jangan tak tarik..

    peace

    jom buat abc..




    floating on ice






    with opah sally

    group photo






    race to the witch mountain.... hehehehe

    Ketua konvoi tengah bagi arahan..