klik la sini sama...

terima kasih sudi follow

terima kasih sudi follow

Wednesday, February 23, 2011

DOWN


Sometime you feel 'Down'. So deep down inside that you feel so sad...


Friday, February 18, 2011

Sendirian lagi

Bersendirian membawa diri menenangkan fikiran di tengah-tengah bandar Capitole sambil ditemani iphoneku. Sempat melihat beberapa pemuda berkulit hitam bertumbuk ditenga-tengah keriuhan manusia dan dileraikan oleh beberapa orang polis. Tk nerani pulak aku nak tangkap gambar. Takut gak sebenarnya. Nanti aku masukkan gambar tempat aku lepak menenangkan jiwa. Tk reti la pulak nk masukkan gambar dr iphone ni ke dlm blog.

Sedangkan lidah lg tergigit

Bak lagu P. Ramlee,

Sedangkan lidah lagi tergigit
Ini kan pula suami isteri
Buang yg keru ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Mmg lah selalu tergigit lidah tapi kalau asyik sangat tergigit, sakit juga. Korang pernah gigit lidah aendiri tk? Lidah sendiri ekk, bkn lidah orang lainn. Ooops, sensor sikit. Jiwa tgh bercelaru, ginilah jadinya. Laptop ada org guna, kenalah update guna iphone aje. Kejap2 lost cinnection. Lg lh tension jadinya...

Cukup lh dulu entri kali ni... Biar cooool down jap.

Thursday, February 17, 2011

Wanita itu berlari2....

Wanita manalah yang berlari2 pulak tu cik Harleena ooiii. Wanita mana lagi, akulah tu yang berlari2.. Sebelum sambung citer, aku nak bagitau akhirnya aku tiba ke apartment dengan selamatnya... Sampai ajer apartment, menggigil2. Menggigil lagi....... Apahal pulak? mana taknya, dah pukul 4.30. Aku belum lunch lagi. Pagi tadi dahla makan roti 2 keping ajer... Lapar giler dah ni.  Sambil menaip entri, sambil makan... Ok laaa tu.

Ok, sambung citer wanita berlari2 tu. Bila sampai kat bus stop tadi, aku sibuk mengupdate blog dengan iphone aku laaa. (chewah, saja nak bagitau aku dh boleh update ikut iphone)...

Depan aku mmg aar ada bas tapi aku tak nampak no. bas tu 64. Aku rasa macam nombor lain ajer. Aku pun ralit ngan iphone, bila bas jalan baru aku perasan kat belakang bas tu tertera no. 64..  Huaaa, aku terlepas bas.. Bas seterusnya 10 minit lagi, dalam pukul 1.52. Nasib baik dapat tempat duduk. Aku sampai ke destinasi terakhir basa dalam pukul 2.35. Alamak, appointment dengan doktor kat sekolah anak aku tu pukul 2.30. Apa lagi, dengan selambanya aku berlari ke sekolah. Naik semput aku, mana taknya, jauh oooo sekolah tu dari bus stop. Adalah dalam 800-900 meter. Tekak aku sekering2nya, aduii... tolong. Letih berlari Tuhan ajer yang tau. Sampai2 sekolah, anak aku dh tunggu kat pintu. Aku sampai pun dah dekat pukul 2.43 rasanya.  Perghhh. Akhirnya sampai gak.....

Aku rasa kalau sekolah kat Malaysia buat check up cam ni, mesti nurse yg check dan ramai2 sekali. Ni, sekolah buat appointment dulu ngan parent. On time pulak doktor tu. Bukan nurse yang check tapi doktor. Young lady doktor, lawa la gak... Nampak gaya, anak aku kena gi klinik untuk suntikan. Aku pun tak sure, karang nak check buku suntikan dia. Yang aku tahu kalau kat Malaysia, kalau dah suntik kat sekolah dulu, next suntikan kena ambik dalam tempoh 10 tahun tapi doktor tu kata kalau kat France, kena ambik every 5 years sampai umur dia 18, then baru every 10 years. Gitulah lebih kurang... Ok laaa. Ralit menaip pulak. Aku nak makan dulu....

Gambar dr internet ye, bkn  doktor tadi. Masa checking tadi, adalah doktor ketuk2 lutut ngan sikut. Then doktor suruh berdiri tegak utk check kaki, check tapak kaki. Suruh dia tunduk untuk check tulang belakang dia. Macam2 gak laaa...

Sendirian

Dimulai dgn kalimah Bismillah dn diikuti dgn bacaan Al-Fatihah, aku pn melangkah keluar dari apartment menuju ke stesyen Metro. Dgn tangan menggigil, aku beli tiket guna mesin layan diri. 2 deplacement dgn harga 2.70 euro. Dgn kaki menggigil dan lemah longlai, aku melangkah menaiki Metro dr stesyen jean jaures ke Arennes. Sampai ke destinasi, aku tercangak sebentar memikirkan arah seterusnya. Lalu aku melangkah ke stesyen bas pula utk menantikanbas no. 64. Moga selamat sampai ke sekolah anakku. Wa cakap lu, wa menaippun sambil menggigil. Menggigil kesejukan dan ketakutan. Takut? Tk de la... Suspen aje kena keluar sorang2.

Sengal punya connection

Apasallah hari ni slow sangat connection internet... Letih nunggu nak blog nak upload...
Tak bolehlah nak melawat rumah teman2 arini...
Muka Buku (Facebook) lagilah tension. Berpusing2 icon kat atas tu tapi page tak juga bukak2. Ayo yo, camana mau bukak cityville ini macam....
Camana nak ngendeng resepi kat blog teman2 ni....
lama betul nunggu ni.....

Awal pagi ni, aku dah siap masak untuk makan anak2 balik sekolah karang.... Awat cepat sangat masak chek oiii, baru pukul 9.00 pagi dah masak untuk makan pukul 6.00 petang karang? Bukan apa, saja masak awal sebab jap lagi tengahari aku nak meredah Metro ngan bas. Nak kena pi sekolah anak bongsu aku tu... Hari ni dia ada medical check up.. Suami pulak masih di Paris lagi, tak abis urusan keje... Aduh, malasnya aku nak pergi. Karang turun bas, adalah kena jalan punya la jauh... Adussss...

Tadi pagi kelam kabut masak, tgh syok dok chop punya chop bawang putih tu, aku pun chop la sekali jari aku. Nasib baik sikit ajer kena. Dh dua kali kena chop ngan pisan tu... Aritu, terchop sekali ngan kuku. Nasib baik sikit jugak. Kalau tidak, anak2 aku jadi Raja Bersiong lah jawabnya.. heheheh




Wednesday, February 16, 2011

Ni entri terlepas. Sempena Maulidur Rasul semalam, anak terunaku gi sekolah dengan memakai baju melayu...  Bolehlah promote pakaian kebangsaan kat mat2 salleh tu. heheheh.


abang bergambar, apalagi. Adik pun sibuk nak bergambar gak...

Carbonara lagi...

Bila sejuk2 ni, mulalah penyakit M datang... Hari ni, anak2 balik cepat dari sekolah. Habis sekolah pukul 12.30. Aku pula diserang penyakit M. Camana tu??

Bila penyakit ni datang, aku kenalah cari something yg simple utk aku masak. Malas nak tumis2 dah. Sambil menaip ni, aku rebus spagheti. Kat sini, spagheti murah. sebungkus 500gm tu tak sampai 1 euro pun.. Karang, aku masak ajer laa kuah carbonara tu. Nasib baik anak2 suka makan. Selamat.....

Sejuknya....

Pagi2 ni sejuk bonar lah pulak... Rupa2nya anak2 aku dah tutup heater. Dua2 heater dah kena tutup... Patut la aku sejuk sangat. Nak mandi pun malas dah rasanya ni... Kalau dapat berselubung, best gak tapi kalau dah berselubung, camana nak ngadap internet...

best dapat berselubung cam ni
kucing ni pun tengah sejuk gak..
notes: gambar dari internet..

Roti Poket

Selesai sudah riuh rendah pagi tadi bila anak2 sibuk bersiap nak gi sekolah... Dalam sibuk bersiap tu, mesti ada yang terjerit2. Ada jer orang ni komen orang tu, orang tu komen orang ni... huhhhh, kekadang ni pening gak pagi2 time anak2 nak gi sekolah..

Pagi ni buat bekal Roti Poket untuk anak2... Itu ajer yang terfikir bila ada roti dan telur tapi intinya bukanlah ayam or daging. Just scramble egg ajer. Resepi diintai dari dapur Mamafami , dapur Mas pun ada gak...




Bahan2:
Roti
Telur (kocak dan campur garam serta lada)
Breadcrumbs (aku guna nestum sbb tak de breadcrumbs)
salad
Mayonis
butter
cili sos

Cara2:
1. Mula2, Lapiskan roti dan gelekkan nipis.  Aku gelek guna botol cili sos ajer.
2. Celupkan roti dalam telur then, celupkan pulak dalam nestum.
3.Goreng hingga kuning keemasan. Toskan. Buatlah sebanyak mana korang nak.
4. Balance telur tu, goreng buat scramble egg.
5. Potong dua roti tu, isikan salad, mayonis dan cili sos, then masukkan scramble egg ka dalam poket tu...
6. Bolehlah dimakan.....


Tuesday, February 15, 2011

Aku Punya Pasallah..

Apasal aku tulis blog... Tujuan mula2 aku buat blog dulu, sbb nak promotekan barang2 yang aku jual... Tu dululah... Tapi blog yang aktif aku masukkan entri adalah blog sekarang ni... Tujuan memulanya adalah untuk berkongsi segala resepi yang aku selalu masak dan juga resepi2 yang ada di alam maya ni dengan anak2 aku supaya bila dia orang nak masak nanti, ada tempat rujukan... Yelah, anak2 aku ni bukan rajin masak sangat. Kalau aku tak de nanti, mana dia orang nak cekau resepi yang aku selalu masak untuk dia orang tu. Itu dulu laa tapi makin lama, aku mula menulis apa sahaja yang terlintas di kepala otak aku ni. Meluahkan apa yang aku fikirkan..

Baru2 ni, aku terasa seperti disindir pulak bila seorang kawan menanyakan apa yg sedang aku buat pagi tu. Aku jawab, aku tengah update blog. Boleh dia kata.. " Tak pe, nanti dapat gajilah tu".. Apa hal pulak dapat gaji. Aku bukan suruh orang bayar untuk aku tulis dalam blog aku ni. Aku pun tak bayar orang untuk jengok blog aku ni. Aku tau laaa aku masih baru belajar menulis, tak ada menarik sangat pun blog aku ni... Apahal pulak kau nak sindir2 aku...

AKU PUNYA PASALLAH AKU NAK MENULIS BLOG PUN. BUKAN NYUSAHKAN KO PUN...

Lunch Arini..

 Baru lepas masak makan tengahari... Dah pukul 1.23 tengahari dan perut aku dah berbunyi lagu keroncong untuk Ana. So, aku nak makan jap..... Hari ni punya menu:

ayam masak merah

sup sayur


Imaza93 1st Giveaway !

sLama tak bersiaran, bukak blog tengok2 dh kena tag ngan pak long
Tq Pak Long sbb tag saya antara ratusan pengunjung pak long... Tertanya2 gak apasal pak long pilih saya... Chewah, pak long punya pasal la pak long nak tag sapa, kannnn... heheheh

Okey, back tu Give Away Contest by Imaza93 


Kontest ini diadakan bersempena followers nya yang ke 500. Aku pulak dh jadi follower yang ke 578... huyooo.... banyak tu..
Untuk join contest ni, boleh klik http://imaza93luvgreen.blogspot.com

Tarikh penyertaan ialah dari 13 Februari 2011 - 13 April 2011

Antara syarat2nya ialah aku kena taq sekurang2nya dua orang... Wokey aku nak tag:


1. Azlina




Err... Hye... Saya Blogger Baru

Jom join segmen Ben Ashaari ni...

Segmen ni untuk blogger yang punya 100 FOLLOWER ke bawah .. Lebih 100 tak leh !!
Nak join boleh, tak paksa.. heheheh. Untuk join, ikut syarat2 ni. Mula2 buat satu entri khas... Lepas tu:
  1. Letakkan header BEN ASHAARI blog
  2. Tajuk : ERR .. HYE . SAYA BLOGGER BARU ... dan linkkan ke entri Ben Ashaari

Terima kasih

Entri ni khas buat mengucapkan terimakasih ke atas kesudian teman2 di alam maya ni yang sudi singgah ke blog aku yang tak seberapa ni.

3 hari aku tak bukak blog, banyak betul komen kat ruangan sembang aku tu. Tak sempat aku nak balas satu persatu... Kunjungan anda semua amat aku hargai....

Biasalah, hari sabtu ngan ahad selalunya jadi hari untuk anak2 mengadap internet pulak sebab hari sekolah, memang tak punya masa. Pukul 7.25 dah berangkat ke sekolah. Sampai rumah pulak kadang2 dah dekat pukul 6 petang... Makan malam then buat keje sekolah. Bila la nak ngadap lappy ni... So, weekend aku kasi peluang kat dia orang pulak.

Oh ya, hari sabtu lepas kami satu family gi tengok rumah dan siap cuci rumah. Lupa nak snap gambar la pulak. Cuaca mmg sejuk giler walaupun air cond kat hall tu aku dah bubuh temp sampai 30C. Lantai, tok sah cakaplah... Aku ngemop tak pakai selipar, siap kena marah ngan suami. Mana taknya, macam pijak atas ketul ais... Dah tu, dari tengahari aku mop lantai hall tu, sampai waktu balik pukul 7 lebih tu, lantai still basah lagi. Ni kena beli portable heater ni, kalau tak, mmg tak mandi aku duduk kat rumah tu. Sejuk woiii.....

Gambar yg sempat snap hanyalah gambar dapur.. heheheh sbb aku kat dapur time tu, masak utk lunch menu pasta kuah carbonara..
kat sini guna dapur elektrik

tengah rebus pasta

oven pun dah tersedia ada

Syakirah sempat bergambar kat Carrefour Market


Balik ngemas rumah (tak abis kemas pun), makan malam kat OBali sebab aku dah malas nak masak. Kalau rasa nak makan nasi goreng ke, soto ayam ke or even satay, bolehlah datang sini. Satu ajer yang tak best kat sini, masakannya tak pedas langsung. Even bila kita request suruh buat pedas2, dia tak boleh buat sebab katanya tak berani. Takut lain rasanya... kah kah kah... biar betul mamat ni... Lama sangat dok France kot sampai tak tau masak pedas lagi. Hanya dia bagi sambal cam sambal belacan gak laaa tapi rasanya tak ada belacan kot dalamnya.. Bolehlah tahan, ada gak rasa pedasnya. Satay pun, kuah tak pedas dan mmg tak boleh lawan tekak aku punya kuah kacang... Kureeeennng.. Just my taste opinion..

MAULIDUR RASUL

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Junjungan Nabi Muhammad SAW

Mudah-mudahan kita semua umat RASULLULAH S.A.W yang membawa rahmat kesekalian alam ini akan mendapat SYAFAAT nya di padang MASHAR kelak...AMIN


Friday, February 11, 2011

Ku Sangka Keria Rupanya Cekodok

Semalam gi pasar ngan kak Yah. Nampak keledek. Hajat dihati nak buat kuih keria. Sedapnya. Dah lama tak pekena kuih keria. Aku pun belilah dalam 4-5 ketul keria yang warna oren tu. So, hari ni ingat nak operasi buah kuih keria lepas masak makan tadi. Aku pun rebus laa ubi keledek tu sampai empuk. Then, aku pun lenyek laaaa. Lenyek punya lenyek punya lenyek walaupun aku rasa cam lembik ajer ubi rebus tu tapi aku terus melenyek. Then, aku pun campurlah ngan tepung gandum. Campur punya campur punya campur tapi aku tengok lembik gak adunan tu. Kena stop bubuh tepung dah ni, karang rasa tepung pulak.  So apa jadi, jadilah cekodok ubi keledek.
Punah harapan nak makan keria... huk3...



Menu ari ni

Dh settle masak utk makan malam karang... heheheheh, baru tengahari dah masak utk makan malam... Ye laaa. Time ni mana ada orang kat rumah... Aku makan roti ajer tadi. Karang anak2 balik sekolah, suami balik dari pejabat barulah nak join diaorang makan sekali. Bagus gak kalau hari2 cam ni. Manalah tau kot2 boleh gak turun berat badan aku ni. Timbang dahlah tak de kat sini. Kalau kat Malaysia dulu, hari2 mesti aku timbang berat aku ni... ok.. jom layan apa yang aku masak. Simple ajer.

Ieyda Shida, lauk yang Yong masak semalam tu lagi best dari apa yang kak ina masak ni.... Paling tak tahan, kerabu mangga...

sambal terung

gulai telur
Senang ajer nak masak menda2 tu, main campak2 ajer.. Meh kita review camana nak masak ye especially buat anak2ku. Manalah tau kot2 teringin nak buat gulai telur..

Gulai telur
Bhn2
5 biji Telur rebus
Sepeket rempah kari
2 biji Kentang - potong 4
sebiji bawang besar - blend then campur dgn rempah kari
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang ngan buah pelaga)
daun kari (kalau ada)
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Tumis bawang yang dihiris ngan 3 sekawan dan daun kari sampai naik bau. Jgn lupa bubuh minyak dulu...
2. Masukkan campuran rempah. tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan air sikit then masukkan kentang. Masak sampai kentang empuk.
4. Masukkan telur rebus dan perasakan dgn garam dan sedikit gula

Jeng jeng jeng........masaklah sudah kari telur yang sempoi ni...

Tu resepi yg biasa dibuat laaa tapi kat sini serba kekurangan so, 3 sekawan tak de. Dah abis, daun kari lagilah tak de, tak bubuh gak. Janji jadi gak lah gulai telur ni. Yang pasti, makan tengah lapar dengan nasi panas2, okey ajer. Sedap gak pun...

Macamana ngan sambal terung pulak. Ni pun masak main campak2 gak. Terung tu rebus dulu tapi tadi just bubuh jap dlm mikrowave bagi lembut.
Tumis bawang besar ngan bawang putih yang telah dicincang (blender tak de) dan masukkan cili giling (guna yg segera ajer). Tumis sampai pecah minyak, perasakan ngan garam dan gula. Then, masukkan terung. Gaul rata dan masak dah... heheheh.

Operasi pindah rumah..

Oooppp, jgn silap ye. Ni bukan operasi pindah dari apartment ke rumah yang masih ditunggu2 untuk didiami. Ni operasi pindah rumah di alam maya ni. Nak clearkan dan sharekan entri di rumah lama ke rumah baru ni... Baru pulak, lama gak dah rumah baru ni.. heheheh.... So, arini nak jengok rumah lama kat sini. Then nak pindahkan apa2 entri dari sana ke sini pulak.... Cam byk keje la pulak... Tak pe2 sebab rumah sana dah jarang2 jenguk, baik aku ambik entri sana masuk sini pulak....

Entri pertama sekadar renungan....

Terperangkap di pusara ibu

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengahari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibu nya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibu nya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibu nya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibu nya. " RM 20 aja! " si gadis berkata. " Tak ada," jawab ibu nya. " Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibu nya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! " " Kalau emak ada du... " ibu nya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibu nya dan menolaknya kepintu. Si ibu jatuh kelantai. " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibu nya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibu nya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibu nya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibu nya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibu nya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibu nya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibu nya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibu nya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap." Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibu nya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibu nya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibu nya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibu nya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah d ibu at kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ..Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibu nya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak d ibu at untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibu nya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . hanya 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan airmatanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibu nya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung..sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Thursday, February 10, 2011

Muhasabah Cinta

Wahai Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian darimu
Ku pasrahkan semua pada Mu

Tuhan .............. Baru ku sadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir
di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta airmataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah
selama ini Ya Illahi
Muhasabah cintaku

Tuhan ...............  kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir
di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta airmataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah
Selama ini Ya Illahi
Muhasabah cintaku


Sejuknya...

Pagi ni macam biasa, cuaca mmg sejuk. Hari ni 1C. Walaupun dah terpasang heater kat apartment ni, aku siap pakai baju 3 lapis lagi, macam biasa.... Aku ni mmg tak boleh la sejuk2 ni. Sedangkan kalau kat bilik hotel di Malaysia yang suhunya 16C pun aku dah tak tahan, apatah lagi kat sini....

Ni pemandangan dari tingkap apartment aku di tingkat 18...
pukul 6.45 am

pukul 9.00 am
Sedap2 aku mengupdate blog, ada la pulak mamat french ni dah ketuk pintu nak kemas bilik... Kacau idea aku nak berblog laaa.  So, stop jap. Biar dia kemas bilik dulu.

Wednesday, February 9, 2011

Akhirnya Jalan Kaki lagi

Bermula hari Isnin lepas, hanya tinggal satu kereta sahaja ada untuk menghantar dan mengambil anak2 bersekolah. Tu pun nasib baik kereta tu dibeli oleh salah sorang staff abang. Kereta yang disewa hari tu dah cukup sebulan. Mahal gak sewa sebulan. Dalam 1800 euro... Entah bilalah agaknya kereta untuk kegunaan pejabat boleh dapat..

Kesian anak2 yang kena naik bas. Kereta yang ada hanya boleh memuatkan 7 penumpang jadi, 6 anak2 dapat naik kereta pagi2 dan 4 lagi terpaksala naik Metro dan bas. Bukan apa, dari perhentian terakhir ke sekolah tu boleh tahan gak jauhnya. Dalam 800-900 meter dan dengan cuaca pagi2 dalam -2 ke -3 dan kadang2 sampai -5C, memang sejuk sangat. Aku dah beberapa kali merasa kesejukan berjalan kaki ke sekolah. Beku rasanya kaki dan tangan.....

Kekadang, perasaan seorang ibu tu tak dapat dibendung kerisauan akan kesusahan anak2 padahal anak2 diam tak berkata apa2....

Lamb Chop

 Ni sebenarnya entri dua minggu lepas tapi tak sempat dimasukkan dalam blog. Hirisan kambing dah beli seminggu sebelum dimasak. Ni first time masak kambing kat rumah sebab suami tak makan kambing. Kalau kt Malaysia, tok sah kata kambing, kalau termakan kuah  masakan kambing ajer, sure dia pening. Semua family suami sama ajer, tak boleh makan kambing tapi bg aku and anak2 especially yang sulung tu mmg suka makan kambing lebih2 lagi kalau ada function yang buat bbq. sedapnya.... So, harini aku nak share resepi lamb chop.


cendawan yang aku gunakan


Mula2 aku perap kambing aku tu hanya dengan garam dan lada hitam. Then, aku grill ajer atas frying pan.

untuk kuah/gravynya aku buat black papper mushroom sauce.

Bhn2 sauce:
2 sudu besar Butter
2 sudu besar tepung gandum
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar -cincang
sedikit halia - cincang
Lada hitam serbuk
garam
cendawan butang (tin atau yg fresh) - slice
1/2 cawan susu segar
Air (ikut kepekatan kuah)

Cara2:
1. Masukkan butter dalam pan. Bila dah cair, tumiskan bhn2 yg dicincang. Bila dah berbau wangi, masukkan tepung dan kacau rata.
2. Masukkan susu dan air. Kacau selalu.
3. Masukkan cendawan.
4. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

Side dishesnya pulak, aku buat mashed potato.
Senang ajer nak buat mashed potato.  Rebus kentang yang dh dikopek kulitnya. then, bila dah empuk, lenyek2 sampai halus. Campurkan dlm 1-2 sudu besar butter dan 1/2 cawan susu segar. Perasakan dengan garam dan lada.

Untuk sauce mashed potato tu, aku gunakan sauce yang sama utk lamb chop..

Percaya tak... jeng jeng jeng... Suami tersayang aku tu tak pening pulak makan kambing kat France ni.... Tu lah aku cakap kat dia, kambing kat malaysia tak mandi kot, tu yang buat dia pening. hehehehheeh.

Tuesday, February 8, 2011

Pancake

Pancake for breakfast.. Buat dua adunan. Memang sedap dan lembut tapi syaratnya, kena makan panas2 baru sedap.




Resepi asal pancake ni ambik kat sini tapi aku dah ubahsuai sebab tak nak bubuh blueberry. Takut ada  yang tak nak makan pulak. Anak2 ni pelik sikit..  Kat bawah ni resepi yang dh diubahsuai dari resepi asal.

Pancake

Bahan2
  • 2 biji telur
  • 120g tepung gandum - ayak
  • 1 sudu kecil baking powder - ayak
  • 2 sudu besar air
  • 40g mentega cair
  • 40g gula 
Cara2
  1. Masukkan telur, gula dan air  ke dalam mangkuk. Kacau sekejap dgn "hand whisk"
  2. Masukkan mentega cair. Kacau lagi.
  3. Masukkan 1/3 daripada bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.
  4. Masukkan lagi yg selebihnya. kacau cepat-cepat supaya tak berketul.
  5. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega.
  6. Ambik 1 senduk adunan tadi. Letakkan ke dalam kuali yg telah panas.
  7. Apabila dah nampak lubang-lubang pada permukaan pancake, bolehlah balikkan pancake ke permukaan satu lagi. Biarkan sehingga masak. 

    Nota:
- Pancake ni rasa manis. Sesuai dimakan begitu saja atau dengan mentega.
- Perlu masak dengan api perlahan untuk mengelakkan dari cepat hangus.

Masa hidang pancake ni, aku hidang sekali ngan madu, jem strawberry ngan chocolate sos. Ada gak anak yang picit whipped cream atas pancake tu. Ikut suka hatilah nak makan ngan apa2 pun.

Monday, February 7, 2011

Special Giveaway From Moscow!


 Lepas entri dengan Ben Ashaari, jom kita join satu lagi contest. Hadiah dia bestt tau. Boleh klik link kat sini http://norakhtar.blogspot.com/

Syarat2nya, silalah klik blog di atas. Yang penting, anda juga mestilah mempunyai blog. heheheheh.


Pesanan Penaja
  • Jika anda rasa giveaway ini membebankan..atau membuang masa anda..takyah susah2 nak join.. Semua ini hanya untuk suka2 sahaja 
  • Cara penghantaran hadiah akan dibincangkan selepas pemenang dapat ditemui.  
  • 5 peserta akan menerima 2 hadiah dari saya.
  • Pertukaran hadiah diantara pemenang boleh dilakukan suka sama suka.


Satu lagi syarat, anda dikehendaki tag 5 rakan blog anda dan pastikan mereka tahu diri mereka telah ditag.

Tarikh tutup adalah pada 28hb Februari, 2011.

Antara syaratnya juga adalah anda kena tag kan sahabat2 anda di alam maya ni. So, antara yang terkena tag:

1. lizahanum
2. yatie
3. Erin
4.Min
5. masya
6. Mas
7. nieza

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


Dasyat tul.... Ben Ashaari nak gegarkan 1000 blog dalam 3 hari. Haaaa, aku pun nak join gak laaa. Korang ada berani nak join tak? Kalau korang berani blog korang digegar2kan oleh Ben Ashaari, apalagi... Klik sini
Sangat mudah .. caranya , buat satu entri ...

1. LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG - macam yg aku buat kat atas tuh...

2. TAJUK - GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entri tu..

3. Tulis SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT
MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??


4. Tinggalkan url anda di ruangan entri Ben Ashaari tersebut.  

TARIKH TUTUP : 9 / 2 / 2011 , tepat jam 6 petang 
Bagaimana ? Berani ??

Sunday, February 6, 2011

Apartmentku

Duduk tak duduk, dah 45 hari aku di bumi Toulouse yang masih lagi asing buatku. Sejak aku disini, aku tak pernah tunjukkan tempat tinggalku so, hari ni nak share tempat aku menginap selama di Toulouse ni. Aku tinggal di service apartment yang tak punya bilik. Yang bestnya tinggal kat sini, tiap2 minggu hari khamis, ada orang datang kemaskan bilik apartment ku ini. Tukarkan tuala, tukar cadar, vakum dan mop lantai. Pergh, mmg best. Korang jangan jealous tau... heheheheh Yang tak bestnya, tak ada penyapu or mop kat bilik ni. Yang ada hanya penyapu dan penyodok kecil. Kalau aku nak sapu, kenalah aku duduk cam jalan itik dalam bilik tu. Takkan nak tunggu seminggu baru nak menyapu kot... isk isk isk.... Okey laaa, kita layan gambar2 ni pulak...














Friday, February 4, 2011

Bitterballen Nasi

Ni menu untuk anak2 bawak gi sekolah pagi tadi memandangkan ada nasi lebihan semalam. Kalau nak goreng, rasanya tak cukup untuk 5 orang makan. so, sampingan dari sanwich/burger yang aku prepare pagi tadi, aku buat jugak bitterballen nasi ni. Resepi ni aku dapat dari blog Diana yg mana resepi asalnya dari majalah Sedap. Kalau diikutkan dalam wikipedia, bitterballen ni merupakan sejenis makanan dari Belanda berbentuk kecil bulat-bulat. Biasanya dibuat dari daging atau udang dan disalut dengan breadcrumb dan digoreng dalam minyak panas. Tapi dalam resepi ni, digunakan nasi menggantikan daging.


Ni resepinya, maaf Puan Diana. Aku copy n paste ajer. Malas nak taip.

BITTERBALLEN NASI
Sumber : Majalah Sedap

BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan tepung gandum
150 ml air
1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
3/4 sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada sulah
300 gm nasi putih
25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus
25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus
30 gm keju parut
2 sudu makan marjerin untuk menumis
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SALUT:
1 biji telur
75 gm tepung goreng serbaguna

CARA-CARA:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
5. Bantukkan bulat dan celupkan di dalam telur dan gulingkan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi..
6. Goreng sehingga kuning keemasan..

TIPS :
Seelok²nya kepal nasi tu time dia panas²..

Tapi aku banyak derhaka ngan resepi ni sbb aku masak ikut apa yang ada kat dapur. So, aku tak bubuh any sayur2 sbb tak ada. Tepung goreng pun aku tak ada, so aku buat campuran tepung jagung ngan tepung gandum then, aku perasakan dengan lada hitam dan garam. Macam buat tepung goreng pisang. Aku tak bubuh telur, kehabisan.

Keseorangan Akhirnya

Alhamdulillah, settle sudah bab anak2 gi sekolah dan suami gi keje. Tiap2 pagi, mesti riuh rendah dgn suara anak2. Mesti ada yang nak bertekak pagi2 buta ni. Aku pepagi ni dahlah sibuk manjang nak siapkan sarapan ngan bekal bawak gi sekolah and bawak gi keje. Anak2 break pukul 10, so aku bekalkan apa2 yang termampu dgn apa yang ada kat dapur  nun. Then, pukul 1.00 lunch, aku suruh dia orang makan kat kantin tapi kekadang sedap kekadang tak sedap. Itu yang anak2 bagitau. Untuk suami, mmg aku kena bekalkan sebab dia tak keluar lunch. Kekadang aku bekalkan nasi goreng,  maggie goreng or bihun goreng tapi hari ni, aku bekalkan burger ajer. Takut tak cukup, aku bubuh sekali 2 ketul croissant dalam tupperware tu. Harap2, dapatlah tampung perut sampai  balik petang karang.

sandwich buat bekalan anak2 dan suami


daging burger yg aku guna
 Bila semua dah ke  destinasi masing2, Barulah sunyi sepi apartment ni. Tinggallah aku sorang2 so aku ambil kesempatan update blog jap.

Semalam suami aku cuti so tengahari tu, kita orang ke Mondonville ambik kunci rumah and ambik gak stok makanan sikit2. Cuaca taklah sejuk sangat, dalam 6C tapi aku punya la kesejukan. Ni gambar2 aku ambil dalam perjalanan ke rumah aku. Rumah aku ni area country side sikit. Punyalah jauh ke dalam. Nasib baik ada gak Carrefour Market dalam 1.5 km dr rumah....


Ni dah masuk ke kawasan perumahan aku

rumah aku dari jalan belakang.

Perasan tak ada pintu pagar nak masuk ke kawasan rumah aku. Aku pelik gak sebab hanya ada pintu pagar aje tanpa pagar. Yang memisahkan rumah aku ngan jalan hanyalah longkang. Jadi, kalau kita orang lalu ikut belakang ni, just langkah sebelah pintu pagar tu ajer utk kesebelah sana sebab pintu pagar tu mmg sentiasa berkunci. Kalau sebelah depan pulak, mmg ada pintu pagar besar, elektrik lagi so kami masing2 diberi sorang satu remote utk pagar tu. Aku tak sempat pulak nak  snap gambar dari area depan tadi.

So, dengan rasminya kami semua dah dapat kunci rumah tapi still entah bila nak masuk rumah sebab perabut tak diisi lagi. Takkan nak tidur atas lantai kot. Dah tu, elektrik pun tak disambung lagi. Takkan nak duduk dlm gelap kot. Masalahnya, tingkap2 kat rumah tu pakai blind yg guna elektrik. So, bila tak de elektrik, mmg gelap giler dalam rumah sebab tak boleh bukak blind dan tak boleh bukak tingkap.
nasib baik ada carrefour market berdekatan
Lepas ambik kunci dan stok sikit kat rumah, kami bergerak ke Portet. Cora bagitau aku, carrefour kat situ yang terbesar di Europe. Aku terlupa pulak nak ambik gambar tapi mmg besar. Sayangnya aku tak sempat jalan2 dalam tu sebab masa anak balik dah dekat sangat. So, terpaksa beredar ke Colomier, ambik anak balik sekolah.